Scottish Marches

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Scottish Marches ialah istilah untuk negara sempadan yang terletak di antara Scotland dan England. Sejak penaklukan England oleh Norman sehingga pemerintahan James VI dari Scotland (yang kemudian juga dikenali sebagai "James I dari England"), pertempuran sempadan biasanya berlaku, dengan raja kedua-dua negara bergantung kepada Lord dari March untuk mempertahankan kawasan sempadan yang dikenali sebagai March.

Di kedua-dua belah sempadan, terdapat March Barat, March Tengah, dan March Timur. Wilayah-wilayah itu hampir mencerminkan satu sama lain, tetapi terdapat juga sesetengah tindihan antara wilayah Scotland dan Wilayah Inggeris.

Berwick-upon-Tweed, sebuah bandar strategi di tebing utara Sungai Tweed (sempadan tradisional March Timur), lebih dekat sedikit kepada Edinburgh daripada Newcastle. Bandar itu telah direbut banyak kali. Antara 1147 dan 1482, bandar itu bertukar tangan antara kedua-dua kerajaan melebihi 13 kail. Selewat pemerintahan Elizabeth I dari England, kerajaan Inggeris menganggap bahawa membelanjakan banyak wang untuk membina kubu (trace italienne) yang termoden merupakan suatu perbelanjaan yang berbaloi demi mempertahankan bandar itu daripada serangan Scotland.[1]

Scottish Marches merupakan tanah subur kepada banyak perompak dan penyerang untuk melakukan jenayah kerana sifat ketakstablian wilayah itu. Salah satu perompak yang paling terkenal di March Timur Inggeris pada 1590-an ialah Geordie Bourne yang kemudian ditangkap lalu dihukum mati pada 1597.

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Bacaan tambahan[sunting | sunting sumber]

Koordinat: 55°11′N 2°41′W / 55.183°N 2.683°W / 55.183; -2.683