Seadanya Aku

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Seadanya Aku
Genre
Berdasarkan daripada
Seadanya Aku
karya Nissa Ahdiya
Ditulis olehMufid Suhaimi
PengarahFeroz Kader
Dibintangi oleh
Lagu pembukaan"Seadanya Aku" oleh Ippo Hafiz
Lagu penutup"Seadanya Aku" oleh Ippo Hafiz
Negara asalMalaysia
BahasaMelayu
Bilangan episod28
Penerbitan
Penerbit eksekutifSyawal Aiman
PenerbitJalena Rejab
Tempoh siaran40 minit
Syarikat penerbitan
Country & Universal
Penyiaran
Saluran asalTV3
Format gambar
Format audioDolby Digital
Siaran asal15 Januari 2020 – 21 Februari 2020
Kronologi
MengikutiAdellea Sofea
Diikuti olehSeindah Tujuh Warna Pelangi

Seadanya Aku merupakan sebuah siri drama televisyen perdana Malaysia 2020 arahan Feroz Kader lakonan Azlee Khairi, Zara Zya, Redza Rosli dan Elvina Mohamad. Diadaptasi dari novel 2018 dengan tajuk sama, siri ini memulakan tayangan perdana di Slot Akasia TV3 bermula 15 Januari 2020 hingga 21 Februari 2020 menggantikan Adellea Sofea.[1]

Sinopsis[sunting | sunting sumber]

Segalanya seakan hancur buat Aufiya (Zara Zya). Disaat hari perkahwinan, tunangnya Taufik (Redza Rosli) tidak hadir kerana tidak boleh menerima kisah silam Aufiya. Janji Taufik untuk menerima dirinya seadanya dia, hanya tinggal janji.

Namun muncul Zarul (Azlee Khairi) yang menawarkan diri sebagai pengganti menyelamatkan maruahnya di hari pernikahan itu. Aufiya menerima bantuan Zarul walaupun rasa bersalah kerana lelaki itu merupakan tunang kepada Wina (Elvina Mohamad) yang juga sahabat baiknya. Perkahwinan itu tidak mampu Aufiya khabarkan hatta kepada kawan-kawan baiknya sendiri kerana yang menjadi suaminya itu hanyalah sekadar pinjaman. Pinjaman seorang sahabat yang dikhianatinya dalam diam.

Hati Aufiya mula berdolak-dalik, antara suami dan sahabat yang dikasihi. Sikap Zarul yang melindungi dan menerima dia seadanya tanpa sebarang syarat mula membuatkan hatinya terbuai. Tapi Wina itu sahabatnya yang paling baik. Melukakan Wina umpama melukakan hati sendiri. Aufiya bersahabat baik dengan Wina dan Zureen sejak zaman sekolah lagi dan sampai ke alam pekerjaan mereka masih bersama dan tinggal bersama. Namun tanpa disedari wujud perasaan cemburu antara mereka.

Pelakon[sunting | sunting sumber]

Pelakon utama[sunting | sunting sumber]

Pelakon pembantu[sunting | sunting sumber]

Runut bunyi[sunting | sunting sumber]

Lagu tema drama ini, "Seadanya Aku" dinyanyikan oleh Ippo Hafiz.[4]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Drama Seadanya Aku (TV3) My Info Taip (14 Januari 2020). Dicapai pada 8 Fedbruari 2020.
  2. ^ Norhayati Nordin (20 Januari 2020). Masih resah respons peminat Harian Metro. Dicapai pada 8 Februari 2020.
  3. ^ Serimah Mohd Sallehuddin (7 Februari 2020). 'Ada apa-apa ke?' Berita Harian. Dicapai pada 8 Januari 2020.
  4. ^ Syafil Syazwan Jefri (23 Januari 2020). Rasai jiwa Seadanya Aku Harian Metro. Dicapai pada 8 Februari 2020.