Seandainya Masih Ada Cinta (lagu)

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
"Seandainya Masih Ada Cinta"
Single oleh Dayang Nurfaizah
daripada album Seandainya Masih Ada Cinta
Dilancarkan pada11 Februari 2001
FormatCD
GenreR&B, Pop
Panjang-
SyarikatBroadway Entertainment
PenulisAjai / Syed EnV
PenerbitBoon Tan
Kronologi single Dayang Nurfaizah
""Ikatan Kita" (2000)" "Seandainya Masih Ada Cinta" ""Bahagia"
(2001)"
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Seandainya Masih Ada Cinta merupakan sebuah lagu balada berentak R&B yang dinyanyikan oleh penyanyi popular Dayang Nurfaizah. Lagu ciptaan Ajai dan Syed EnV ini berjaya melonjakkan nama Dayang ke senarai papan atas penyanyi di Malaysia. Ia sebuah lagu yang disifatkan sangat menguji pengawalan vokal terutama nada rendah selain lagu ini juga sangat menyentuh jiwa pendengar[perlu rujukan]. Ia bertahan sebagai juara di carta-carta muzik selama berminggu-minggu dan memenangi pelbagai anugerah termasuk anugerah Lagu Paling Popular Serantau di Anugerah Planet Muzik 2002 serta menjadi Juara Kategori Balada di Anugerah Juara Lagu ke 16 dan Lagu Terbaik di Anugerah Industri Muzik 2002. Lagu ini juga memenangi anugerah Pilihan Hits Pendengar Radio Malaysia Kuala Lumpur dan Radio Muzik di Dataran Merdeka pada 4 Mei 2002. Lagu ini memahat kedudukan di tempat keempat dalam senarai 100 Terhangat Di Era 2001.

Muzik video ini telah dirakamkan di Jakarta, Indonesia setelah lagu ini meletup di negara tersebut manakala Dayang pernah membawakan lagu ini dalam pelbagai gubahan dalam tahun-tahun selepas itu. Ia disifatkan sebagai salah sebuah balada terbaik dalam sejarah industri muzik Malaysia[perlu rujukan] dan malar segar hingga kini.