Seandainya Kau Ada

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Seandainya kau ada)
Jump to navigation Jump to search

Novel Seandainya Kau Ada karya Kamsiah Abu ini bakal diadaptasikan dalam bentuk filem terbitan Zeel Production yang menampilkan pelakon-pelakon seperti Aidit Noh,Raysha Rizrose,Fendy Bakry,Ruhainies,Scha Elinea ,Ali Reza dan ramai lagi.Pengambaraan filem di lokasi Terengganu,Perlis ,Kuala Lumpur serta Uzbezkistan.

Sinopsis[sunting | sunting sumber]

Apabila yang diimpikan dan diharapkan tidak menjadi kenyataan walaupun ianya sudah berada di depan mata, Nur Syahirah (Raysha Rizrose) jadi bagaikan layang-layang putus tali. Nur Syahirah berkelana ke negara yang amat asing baginya kerana membawa hati yang duka lara. Berbekalkan kecekalan hati dan kekuatan semangat yang masih bersisa, Nur Syahirah cuba membina hidup baru di perantauan. Di dalam kehidupan global tanpa sempadan itu, Nur Syahirah bertemu dengan Isaac(Aidit Noh). Perkenalan di alam cyber telah menjadi realiti kehidupan di alam nyata apabila Isaac menjejaki Nur Syahirah di negara yang berlainan benua itu. Cinta yang luhur membawa Isaac mencari Nur Syahirah, gadis yang dipujanya walaupun belum pernah bertentang mata. Bagaimanapun, Nur Syahirah jadi keliru apabila Iskandar, tiba-tiba muncul antara dia dan Isaac. Amat payah untuk Nur Syahirah menerima cinta Iskandar ataupun Isaac kerana kisah pilu dahulu sentiada membelenggu hidupnya.

Akhirnya, Nur Syahirah mengahwini Iskandar. Namun, kebahagiaan Nur Syahirah disamping suami tercinta diduga lagi. Fazlur(Fendy Bakry), lelaki yang pernah mengecewakannya kembali menagih perhatian Nur Syahirah. Walaupun telah berkahwin dengan wanita pilihannya(Ruhainies), Fazlur masih mengharapkan kehadiran Nur Syahirah semula. Tidak Nur Syahirah tahu mengapa Fazlur sanggup memutuskan pertunangan mereka dan memilih berkahwin dengan perempuan lain.Fazlur menyimpan rahsia besar sehingga dia tidak bahagia dengan isterinya .Dia mengorbankan cintanya kerana satu ugutan.

Nur Syahirah yang merasakan bahawa Fazlur perlu mendapat sokongan dan perhatiannya, telah menyebabkan Iskandar berada dalam keadaan serba salah. Apakah reaksi Iskandar terhadap isterinya itu?

Pelakon[sunting | sunting sumber]

Aidit Noh sebagai Tengku Iskandar @ Issac

Raysha Rizrose sebagai Nur Syahirah

Fendy Bakry sebagai Fazlur

Ruhainies sebagai Rozita

Ali Reza sebagai Rozaimy

Scha Elinea sebagai Zurina

Fauziah Nawi sebagai Puan Asiah

Daler Yusuf sebagai Dr.Andrew

Helmey Hamdah

Zaki Azeman

Shah Iskandar sebagai Rizman

Lydiawati

Rujukan[sunting | sunting sumber]

https://belibukuonline.com.my/buku-prima/1595-seandainya-kau-ada.html

Instagram- #seandainyakauada