Sebastian Francis
| Tuan Yang Terutama Kardinal Dato' Seri Sebastian Francis DGPN, DSPN (Pulau Pinang) | |
|---|---|
| Kardinal Uskup Pulau Pinang | |
| Takhta | Keuskupan Pulau Pinang |
| Bertakhta | 20 Ogos 2012 |
| Pendahulu | Antony Selvanayagam |
| Tahbisan | |
| Pentahbisan imamat | 28 Julai 1977 |
| Pentahbisan episkopal | 20 Ogos 2012 |
| Butiran peribadi | |
| Kelahiran | 11 November 1951 Johor Bahru, Johor, Persekutuan Tanah Melayu |
| Kewarganegaraan | Malaysia |
| Denominasi | Roman Katolik |
| Tempat tinggal | Pulau Pinang, Malaysia |
| Alma mater | Kolej General, Pulau Pinang Universiti Pontifical Saint Thomas Aquinas, Rom Sekolah Teologi Maryknoll, New York |
Kardinal Dato' Seri Sebastian Francis ialah Uskup Keuskupan Roman Katolik Pulau Pinang ke 5 dan terkini. Beliau juga merupakan Presiden Persidangan Uskup Katolik Malaysia, Singapura dan Brunei. Beliau telah dilantik sebagai Uskup Pulau Pinang oleh Vatikan pada 7 Julai 2012. Katedral Sacred Heart di Green Lane, Pulau Pinang ialah tempat duduk Uskup Sebastian, dan katedral untuk Keuskupan Roman Katolik Pulau Pinang.
Kehidupan awal
[sunting | sunting sumber]Sebastian Francis dilahirkan pada 11 November 1951 di Johor Bahru, Johor yang kemudiannya menjadi sebahagian daripada Persekutuan Tanah Melayu. Dari tahun 1967 hingga 1970, beliau menyertai Seminari Minor St Francis Xavier di Singapura, sebelum mendaftarkan diri ke Kolej General, Pulau Pinang dari tahun 1972 hingga 1976. Beliau telah ditahbiskan sebagai paderi untuk Keuskupan Melaka-Johor pada 28 Julai 1977.
Dari tahun 1981 hingga 1983, Uskup Sebastian memperoleh Tauliah dalam Teologi Dogmatik dari Universiti St. Thomas Aquinas di Rom, Itali. Beliau juga melanjutkan pelajaran di Sekolah Teologi Maryknoll di New York, Amerika Syarikat di mana beliau memperoleh Ijazah Keadilan dan Keamanan pada tahun 1991. Beliau juga pernah berkhidmat sebagai Pengarah Rohaniah dan pengasas di Kolej General dari tahun 1991 hingga 1998.
Pada tahun 2003, Uskup Sebastian telah dilantik sebagai Vikar Jeneral untuk Keuskupan Melaka-Johor, sehingga pelantikannya sebagai Uskup Pulau Pinang pada tahun 2012.[1]
Pelantikan sebagai Uskup
[sunting | sunting sumber]Pada 7 Julai 2012, Vatikan melantik Msgr Sebastian Francis sebagai Uskup ke-5 Pulau Pinang.[2] Beliau menggantikan Uskup Emeritus Antony Selvanayagam, yang meletak jawatan.
Pentahbisan Episkopal Uskup Sebastian Francis telah diadakan pada 20 Ogos 2012 di Gereja St. Anne di Bukit Mertajam, Pulau Pinang. Pentahbis utamanya ialah Uskup Agung Kuala Lumpur, Uskup Agung Emeritus Murphy Pakiam. Pentahbis bersamanya ialah Uskup Emeritus Antony Selvanayagam, pendahulu beliau dan Uskup Paul Tan Chee Ing dari Keuskupan Melaka-Johor. Upacara itu dihadiri oleh 10,000 penganut Katolik dan dihadiri oleh Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng.[3]
Moto beliau ialah "Fiat Voluntas Tua" ("Thy Will be Done" dalam bahasa Inggeris).[4]
Penghormatan
[sunting | sunting sumber]Darjah Pangkuan Negeri Peringkat Ketiga, Darjah Gemilang Pangkuan Negeri (DGPN) – Dato' Seri (2021)[5]
Darjah Pangkuan Negeri Peringkat Kelima, Darjah Setia Pangkuan Negeri (DSPN) – Dato' (2016)
Lihat juga
[sunting | sunting sumber]Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ "Profile:Sebastian Francis" (PDF). Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 2016-03-04. Dicapai pada 2018-03-12.
- ^ "Resignation of the Bishop of Penang and appointment of successor".
- ^ "Sebastian Francis installed as fifth bishop of Penang Diocese".
- ^ "71 new Datuks in Penang".
- ^ "TG SP BM". TG SP BM. 2020. doi:10.5040/9781350970090.
Pautan luar
[sunting | sunting sumber]| Gelaran Gereja Roman Katolik | ||
|---|---|---|
| Didahului oleh Antony Selvanayagam |
Uskup Pulau Pinang ke-5 2012-kini |
Diikuti oleh: Penyandang |