Tahun Masihi

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Sebelum masihi)
Lompat ke: pandu arah, cari

Tahun Masihi (bahasa Inggeris: Anno Domini, AD bermaksud "Tahun Tuhan kita") ialah gelaran yang digunakan untuk menomborkan tahun dalam Takwim Julius dan Gregory. Ia biasanya disingkatkan menjadi M.

Era kalendar yang dirujuk kedua-dua takwim ini ialah tarikh yang secara tradisionalnya dianggap merupakan tarikh lahir Yesus Kristus (Al-Masih). Tahun-tahun sebelumnya pula dilabelkan sebagai Sebelum Masihi (SM). Di dalam skema ini tiadanya tahun kosong jadi tahun Masihi 1 segera mengikuti selepas habisnya tahun 1 Sebelum Masihi. Sistem tarikh ini telah dicipta oleh Dionysius Exiguus dari Scythia Minor pada tahun 525, tapi tidak digunakan dengan meluas hingga selepas tahun 800.[1]

Kalendar Gregory adalah kalendar yang paling banyak digunakan di dalam dunia hari ini. Untuk berabad lamanya, ia telah menjadi asas tidak rasmi yang digunapakai untuk kepentingan dalam komunikasi antarabangsa, pengangkutan, dan intergrasi komersial, dan diterima pakai oleh institusi antarabangsa seperti Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.[2][3]

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Dick Teresi (Julai 1997). "Zero". The Atlantic. Dicapai pada 15 Jun 2017. 
  2. ^ Allan Eastman. "The Time of our Lives". Dicapai pada 15 Jun 2017. 
  3. ^ Caryl-Sue (5 Februari 2014). "1582: Gregorian Calendar Introduced". National Geographic. Dicapai pada 15 Jun 2017. 

Pautan luar[sunting | sunting sumber]


Jika Anda melihat rencana yang menggunakan templat {{tunas}} ini, gantikanlah ia dengan templat tunas yang lebih spesifik.

Templat:Kronologi