Sebum

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Kelenjar sebaceous adalah kelenjar mikroskopik pada kulit yang merembeskan bahan berminyak/berlilin, dikenali sebagai sebum, bagi melicinkan kulit dan rambut pada mamalia. Pada manusia, ia terdapat banyak di muka dan kulit kepala, sungguhpun ia tersebar diseluruh kulit kecuali pada tapak tangan dan kaki. Pada kelopak mata, Kelenjar sebaceous meibomian merembeskan sejenis sebum khas yang membentuk air mata. Terdapat beberapa keadaan perubatan berkait dengan sebum, termasuk jerawat, cyst sebaceous, hyperplasia sebaceous, adenoma sebaceous, dan carcinoma kelenjar sebaceous (lihat seksyen di bawah: Pathologi).

Kelenjar sebum atau kelenjar minyak terletak di seluruh tubuh badan. Kelenjar ini banyak terdapat di bahagian muka, kepala dan bahagian kulit yang berbulu. Setiap kelenjar terbina daripada gelembung-gelembung yang mempunyai tisu epitelium di sekelilingnya.

Salur dari gelembung ini menuju ke kulit luar melalui liang roma. Kelenjar sebum juga didapati di lubang telinga (kelenjar cerumen/kelenjar lilin) dan di kelopak mata (kelenjar meibomian). Kelenjar sebum berfungsi dalam:

Kelenjar sebum ini mula berfungsi semasa baligh dan dikawal oleh hormon androgen. Kelenjar sebum adalah salah satu contoh kelenjar holokrin kerana selepas sebum dirembeskan, sel kelenjar menjadi kosong dan mati.