Sechs Kies

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Sechs Kies
젝스키스
Latar belakang
Juga dikenali sebagai
Sechskies, 6Kies, Jekki
GenreK-pop
Syarikat rakaman
DSP Entertainment (1997-2000)
YG Entertainment (2016-sekarang)
Laman sesawang
SECHSKIES Korean Official Website
SECHSKIES Japanese Official Website
Ahli
Sechs Kies
Hangul젝스키스
Perumian SemakanJek Seu Ki Seu
McCune–ReischauerChek Sŭ K'i Sŭ

Sechs Kies (sebutan /ˈzɛkskiːs/ZEKS-kees, Korea : 젝스키스) sebuah kumpulan penyanyi yang disertai oleh 6 orang anggota di Korea Selatan. Memulakan debut pertama mereka pada 15 April 1997 , mereka merupakan salah satu kumpulan generasi pertama pop Korea ( K-Pop ) sekitar tahun 1990-an dan merupakan kumpulan yang menjadi kegilaan para remaja pada ketika itu. Antara anggota kumpulan yang telah menyertai semula adalah Eun-Jiwon, Lee Jai-jin, Kim Jae-duck, Kang Sung-hoon & Jang Su-won.

Sechs Kies telah dibubarkan pada 20 Mei 2000. Mereka bergabung semula pada 14 April 2016. Pada 10 Mei 2016, mereka telah mentandatangi kontrak bersama YG Entertainment.

Ahli kumpulan[sunting | sunting sumber]

Black Kies

White Kies

Latar Belakang[sunting | sunting sumber]

Eun Ji-won, yang pada ketika itu sedang melanjutkan pengajian di Hawaii, telah dipanggil oleh DSP Entertainment, bersama kawannya Kang Sung-hoon ketika di dalam sebuah kelab malam. Pihak agensi telah merancang untuk memulakan debut pertama mereka iaitu Eun Ji-won dan Kang Sung-hoon di South Korea sebagai pasangan duet, tetapi kejayaan yang cemerlang oleh pihak SM Entertainment's kumpulan lelaki idola H.O.T., pihak agensi telah mengubah perancangan untuk membentuk sebuah kumpulan yang dianggotai oleh enam orang lelaki idola.[2]

Kim Jae-duck dan Lee Jai-jin pada ketika itu merupakan ahli kepada sebuah kumpulan tarian yang dipanggil Quicksilver di tempat asal mereka iaitu Busan dan telah menghantar pita ujibakat kepada DSP Entertainment.[3] Jang Su-won telah diterima masuk ketika ujibakat terbuka, dan yang terakhir, Ko Ji-yong, iaitu kawan baik sejak kecil kepada Kang Sung-hoon, juga telah diterima masuk sebagai ahli yang terakhir dalam kumpulan Sechs Kies.

Pada 1 Jun 2016, ketika mereka menjadi tetamu jemputan dalam rancangan Radio Star bersama, Kang Sung-hoon berkata bahawa dia telah memilih untuk menyertai kumpulan tersebut pada waktu itu. Lee Ho-yeon, merupakan DSP CEO, telah memberikan keputusan kepada Kang Sung-hoon dengan menyatakan dia mempunyai kuasa veto yang betul. Selepas itu, empat ahli kumpulan yang lain telah dipilih oleh Kang Sung-hoon sendiri.<ref>전종선 (June 2, 2016). "'라디오스타' 강성훈, 젝스키스 결성 비화 공개 "내가 원하는 멤버로 뽑았다"" ["Radio Star" Kang Sunghoon telah menyatakan rahsia di sebalik ahli kumpulan SECHSKIES "Saya telah memilih ahli kumpulan yang saya inginkan"]. 서울경제 (dalam bahasa Korean). Dicapai pada December 3, 2016.CS1 maint: unrecognized language (link)</ref

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "스키스 프로필" (dalam bahasa Korea). Naver.
  2. ^ 은지원, 젝키 시절 '학원 별곡' "창피했다" 고백 (dalam bahasa Korean). TvDaily. August 20, 2010. Diarkibkan daripada yang asal pada April 13, 2013. Dicapai pada February 13, 2013. Unknown parameter |dead-url= ignored (bantuan)CS1 maint: unrecognized language (link)
  3. ^ 이재진, 과거 자서전서 직접 밝힌 ‘생활고(苦)’ (dalam bahasa Korean). Now News. April 9, 2009. Dicapai pada February 13, 2013.CS1 maint: unrecognized language (link)

Pautan luar[sunting | sunting sumber]