Sedum rubrotinctum

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search

Sedum rubrotinctum
Sedum rubrotinctum.jpg
Pengelasan saintifik
Alam:
Divisi:
Kelas:
Order:
Keluarga:
Genus:
Spesies:
S. rubrotinctum
Nama binomial
Sedum rubrotinctum

Sedum rubrotinctum, biasanya dikenali sebagai Pokok Kacang Jeli, atau Pork and Beans, tumbuhan ini merupakan sejenis pokok dari spesies Sedum. Gelarannya adalah, kacang jeli-like, tips,[1] spesies ini mula diberikan nama secara rasmi pada tahun 1948. Tumbuhan ini juga berasal dari Mexico,[2] tumbuhan ini mudah membesar, dan biasanya mudah untuk bertoleransi dengan pelbagai jenis tanah dan juga kawasan yang mempunyai sistem pengaliran buruk, panas dan kering. Tumbuhan ini sangat sesuai untuk kembang biak terutamanya pada musim panas, namun, dalam kebolehannya menyesuaikan diri dalam pelbagai keadaan cuaca dan iklim, ia tetap kurang sesuai untuk hidup secara normal pada keadaan beku dan fros. Tumbuhan ini boleh bertukar warna dari hijau ke merah terutamanya pada musim panas,[1][3] dan tumbuhan ini juga boleh mengeluarkan bunga yang berwarna kuning kecerahan diantara dedaunnya yang berbentuk kekacang terutamanya pada pertengahan musim bunga.[1][4] Tumbuhan baru boleh berkembang biak dari dedaun (atau kekacang berjeli) yang jatuh ke permukaan tanah. Sedum rubrotinctum adalah beracun dan anda adalah sangat dilarang untuk memakannya. Sekiranya dimakan atau disentuh jelinya, ia boleh menyebabkan iritasi dan keradangan.[1]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b c d "Sedum rubrotinctum (Pork and Beans)". Backyardgardener.com. Dicapai pada 2010-04-27.
  2. ^ "Jelly Bean – Sedum rubrotinctum – Indoor House Plants – Plant Encyclopedia Database at". Plantcare.com. 2007-10-25. Dicapai pada 2010-04-27.
  3. ^ "Pork and Beans (Sedum rubrotinctum)". Desert-tropicals.com. Dicapai pada 2010-04-27.
  4. ^ "PlantFiles: Detailed information on Sedum Sedum X rubrotinctum 'Aurora'". Davesgarden.com. 2005-02-21. Dicapai pada 2010-04-27.

Templat:Crassulaceae-stub