Sein Qudsi
Syed Qudsi | |
---|---|
Kelahiran | Syed Hussein bin Syed Mustafa 29 Jun 1983 |
Nama lain | Sein Qudsi |
Pekerjaan | Penyanyi, pelakon, pengarah, penerbit, penulis |
Tahun aktif | 1998–kini |
Pasangan | Noor Diyana Muhammad (k. 2006) |
Anak-anak | 4 |
Kerjaya muzik | |
Genre | Hip hop, R&B |
Alat muzik | Vokal |
Kegiatan berkaitan | M.O.B, Too Phat, Ruffedge, Syafinaz Selamat |
Syed Hussein bin Syed Mustafa Al-Qudsy (lahir 29 Jun 1983), lebih dikenali sebagai Sein Ruffedge atau Sein Qudsi, merupakan seorang penyanyi dan pelakon lelaki Malaysia berketurunan Melayu-Arab. Beliau memulakan kerjaya seninya sejak 1998 menerusi kumpulan M.O.B yang turut dianggotai oleh Shaheizy Sam, seterusnya bersama kumpulan Ruffedge. Syed Hussein atau lebih dikenali sebagai Sein turut menceburi bidang lakonan dengan membintangi sitkom Spanar Jaya sebagai Razlan di ntv7.
Pada 2013, beliau mengarahkan filem pertamanya, Langgar.[1]
Kehidupan awal
[sunting | sunting sumber]Syed Hussein dilahirkan pada 29 Jun 1983 di Johor Bahru, Johor dan merupakan anak bongsu daripada empat beradik.
Kehidupan peribadi
[sunting | sunting sumber]Syed Hussein telah mendirikan rumahtangga dengan Noor Diyana "Nana" Muhammad pada 8 Julai 2006 dan dikurniakan dua orang cahayamata (lahir pada tahun 2007 dan 2009).
Nana pernah menyertai program realiti TV3, Mentor musim pertama pada tahun 2005 dan berjaya ke peringkat separuh akhir.
Pasangan tersebut pernah menyertai program realiti tarian terbitan Astro iaitu Sehati Berdansa bagi musim ketiga dan telah muncul sebagai juara.
Pasangan tersebut telah bercerai dengan talak satu di Mahkamah Tinggi Syariah, Shah Alam pada 8 Disember 2010 tetapi telah rujuk semula sebelum tamat tempoh edah.
Mereka kemudiannya dikurniakan cahaya mata ketiga pada Februari 2014 dan keempat pada bulan Disember 2019.
Diskografi
[sunting | sunting sumber]Pada tahun 1998 hingga 2004 beliau merupakan anggota kumpulan hip hop tempatan, M.O.B. Kemudian pada tahun 2005 beliau menyertai kumpulan Ruffedge menggantikan tempat Mode sehingga tahun 2007, sebelum membuat kemunculan semula pada tahun 2018.
- Album bersama M.O.B
- Members of Blood (1999)
- Album bersama Ruffedge
- Ruffera (2005)
Filemografi
[sunting | sunting sumber]Filem
[sunting | sunting sumber]Tahun | Tajuk | Dikreditkan sebagai | Watak | Catatan | |||
---|---|---|---|---|---|---|---|
Pelakon | Pengarah | Penulis | Penerbit | ||||
2006 | Tipah Tertipu The Movie | ![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
Sein | Filem pertama |
2008 | Sepi | ![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
Ean | |
2013 | Langgar | ![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
— | Filem arahan pertama |
PSIKO : Pencuri Hati | ![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
Dr. Khai | ||
Balada Pencinta | ![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
Boy | ||
2014 | Penculikan Amar Affendi | ![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
— | |
2015 | Bangunan | ![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
Dirinya sendiri | Pengarah bersama dan penerbit eksekutif |
2019 | Till Death: Azalea's Wrath | ![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
— | |
2020 | Bulan dan Pria Terhebat | ![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
Ricky | |
2025 | Padang Kertas | ![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
Pengarah bersama |
Drama
[sunting | sunting sumber]Tahun | Tajuk | Dikreditkan sebagai | Watak | Saluran TV | Catatan | |||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|
Pelakon | Pengarah | Penulis | Penerbit | |||||
2003–2005 | Spanar Jaya | ![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
Razlan | NTV7 | Sitkom |
2010 | Adam Maya[2] | ![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
Adam | TV3 | |
2012 | Ariana Mikhail[3] | ![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
Mikhail | TV9 | |
2021 | Black | ![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
— | Viu | Pengarah bersama musim 2 |
2022 | Hilang | ![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
— | Pengarah bersama | |
2024 | Framed | ![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
— | Astro Premier | |
Nafsu | ![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
— | Viu |
Telefilem
[sunting | sunting sumber]Tahun | Tajuk | Watak | Saluran TV |
---|---|---|---|
2011 | Kerana Khilaf Itu | Razak | TV9 |
Tongkah Arus Dosa | Ustaz Faris | ||
2012 | Semadikan Aku | Sani | TV3 |
Salahkah Aku | Adam | ||
Lelaki | Ku Emran | TV2 | |
2013 | Strawberi & Karipap | Fareez | Astro Ceria |
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ Mohd Ifqdar Abdul Rahman (20 September 2011). Langgar 'bayi' sulung Sein Diarkibkan 2018-02-08 di Wayback Machine Utusan Malaysia. Dicapai pada 1 Oktober 2011.
- ^ http://www.tv3.com.my
- ^ Cinta Muncul dan Hilang Di Paris