Seindah Cinta

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Seindah Cinta
GenreDrama
Cinta
Konflik
PengarahJaverd Nizar
Dibintangi oleh
Negara asalMalaysia
BahasaMelayu
Bilangan episod20
Penerbitan
Tempoh siaran45 minit
Syarikat penerbitan
Creative Stew
Penyiaran
Saluran asalTV Okey
Format gambar
Format audioDolby Digital
Siaran asal7 Disember 2022 – 11 Januari 2023
Kronologi
MengikutiFantasia Inn

Seindah Cinta ialah sebuah siri drama televisyen Malaysia 2022 arahan Javerd Nizar, dibintangi oleh Sarah Hildebrand, dan Hazama. Siri ini memulakan tayangan perdana di Slot Drama Okey, TV Okey bermula 7 Disember 2022[1] menggantikan Fantasia Inn.

Sinopsis[sunting | sunting sumber]

Cinta seorang gadis cantik yang tinggal bersama ibunya di luar negara. Meskipun berada jauh di perantauan, Cinta berhubungan baik dengan neneknya yang berada di sebuah kampung di Negeri Sembilan.

Takdir menentukan Cinta akhirnya pulang ke tanah air. Namun Cinta menghadapi kesukaran menyesuaikan diri dengan kehidupan di kampung. Nasibnya lebih malang apabila orang kampung menuduhnya berdua-duaan dengan Jali, seorang pemuda kampung di tepi sungai.

Konflik timbul apabila harta Nenek Cinta perlu dibahagi melalui adat perpatih namun pakciknya tidak berpuas hati, kerana bahagiannya akan jadi sedikit. Sementara itu Jali memberi cincin tanda kepada ibu Cinta.

Sementara itu, Lina, ibu Cinta dan Cinta mencari diari arwah nenek yang hilang, kerana ia menjadi bukti harta pusaka mereka perlu dibahagi mengikut adat pepatih. Sementara itu Cinta perlu memulangkan cincin tanda kembali kepada Jali.

Cinta dan Jali semakin rapat kerana Jali banyak membantu Cinta di kampung. Dalam pada itu pak cik Cinta berterusan memaksa ibu Cinta untuk menjual tanah pusaka mereka.

Jali sentiasa berusaha membantu Cinta mencari diari arwah nenek Cinta yang masih hilang. Diari itu akhirnya dijumpai, namun isi kandungan diari lain daripada yang disangka. Lalu, itu mengundang konflik dalam keluarga Cinta.

Cinta mengesyaki bahawa sepupu dan pak ciknya telah mengubah kandungan diari arwah neneknya. Lalu Cinta, Jali dan Jdee, sepupu Cinta cuba menyeludup keluar diari itu dari rumah sepupu mereka.

Pak cik Cinta, ibu saudaranya serta ibu Cinta dipaksa oleh penjahat untuk menjual tanah pusaka demi melangsaikan hutan pakciknya yang gagal dibayar. Cinta dan keluarganya kemudiannya membuat keputusan untuk tidak menjual tanah adat mereka. Jali pula mendapat kerja di Kuala Lumpur dan bakal berhijrah untuk meninggalkan kampung.

Nek Ma mahu Jali melupakan Cinta dan menjodohkan Jali dengan gadis kampung pilihannya. Angah, mak cik Cinta pula menghadapi masalah kewangan dan berharap agar Ucu dapat menjual salah satu tanah mereka.

Jali cuba memenangi hati Cinta kembali walaupun dia sudah bergelar tunangan orang. Sementara itu seorang individu tiba-tiba muncul dan mengaku dia adik kepada arwah Nenek Cinta. Cinta berasa sedih dan memulangkan semua pemberian Jali setelah menerima kad kahwin Jali. Walaupun begitu Jali masih membantu Cinta menyiasat identiti ‘Tok Wan Nik’ demi untuk memenangi hati gadis itu semula. Lalu apakah kesudahannya?

Pelakon[sunting | sunting sumber]

Lagu Tema[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Seindah Cinta mCentralMY