Seindah Cinta Kapten Mukhriz

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Seindah Cinta Kapten Mukhriz
Umum
PengarangSophilea
NegaraMalaysia
BahasaMelayu
GenreCinta
Penerbitan
PenerbitTinta Creative
Tarikh penerbitan
Ogos 2016
Jenis media
Cetakan (kulit keras)
Halaman147
Kronologi
Anugerah Terindah

Seindah Cinta Kapten Mukhriz ialah novel 2016 oleh penulis novel Malaysia, Sophilea, dikeluarkan pada Ogos 2016 oleh Tinta Creative. Ia merupakan kesinambungan kepada novel Anugerah Terindah dan telah diadaptasikan sebagai siri drama yang bertajuk Sayangku Kapten Mukhriz oleh TV3 pada 2016.[1]

Sinopsis[sunting | sunting sumber]

Cinta itu kekuatan untuk jiwa yang rapuh. Ariana: Habib jangan risau kepercayaan Arin pada habib tak pernah goyah sebabb habib pernah cakap walau datang wanita secantik bidadari syurga habib tetap pilih ariana dahlia kan. Mukhriz: Selain Allah rasul ibu, Ariana paling istimewa dihati habib. Arin, habib tak mampu hidup tanpa seorang ariana. Sekuat mana habib cuba.. Habib tetap tak mampu mengusir kerinduan dan cinta habib buat arin.

Rabiatul Adawiyah: Mukhriz... Awak seorang lelaki, suami dan seorang hamba Allah yang kuat hatinya kental jiwanya. Jangan pernah biarkan syaitan menghancurkan tembok kekuatan yang awak bina. Mukhriz... DIA akan selalu mendengar doa awak. Jangan pernah berhenti meminta.

Keluaran dan legasi[sunting | sunting sumber]

Seindah Cinta Kapten Mukhriz dikeluarkan pada 2016 oleh Tinta Creative. Pada tahun yang sama, novel ini telah diadaptasikan ke siaran TV melalui drama waktu perdana di Slot Akasia bermula 15 Julai 2016 di TV3, dibintangi oleh Raja Afiq dan Niena Baharun.[2]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Seindah Cinta Kapten Mukhriz by Sophilea Goodreads. Dicapai pada 28 Februari 2020.
  2. ^ Drama Sayangku Kapten Mukhriz (TV3) My Infotaip (10 Julai 2016). Dicapai pada 10 Julai 2016.