Seindah Takdir Cinta
Seindah Takdir Cinta (drama) | |
---|---|
Genre | Drama Cinta Konflik Agama |
Pencipta | Kamsiah Abu |
Ditulis oleh | Mufid Shuhaimi |
Pengarah | Zul Huzaimy |
Dibintangi oleh | Amyra Rosli Saharul Ridzwan Redza Rosli |
Lagu pembukaan | Takdir Cinta - Fauziah Latiff |
Lagu penutup | Takdir Cinta - Fauziah Latiff |
Negara asal | ![]() |
Bahasa | Bahasa Melayu |
Bilangan episod | 28 |
Syarikat pengedaran | Zeel Production Sdn Bhd |
Penyiaran | |
Saluran asal | TV3 Slot Akasia |
Siaran asal | 25 Mei 2016 – 12 Julai 2016 |
Drama ini telah diadaptasi daripada novel 'Seindah Takdir Cinta' karya Kamsiah Abu di bawah terbitan Buku Prima. Drama ini telah menggantikan drama Duda Terlajak Laris sebelum ini pada slot Akasia. Drama ini dibintangi oleh pelakon-pelakon terkenal seperti Saharul Ridzwan, Amyra Rosli dan Redza Rosli. Ia ditayangkan di stesen televisyen swasta Malaysia, TV3 setiap Isnin - Khamis jam 6:58 petang. [1]
Sinopsis[sunting | sunting sumber]
Mia Karmila, seorang gadis yang biasa hidup dengan cara moden dan penuh kemewahan, langsung tidak menyangka pertemuannya dengan seorang pemandu teksi bernama Ustaz Shariman yang telah berjaya merubah keseluruhan cara hidupnya. Melalui beberapa pertemuan yang tidak pernah dirancang telah membenihkan bibit-bibit cinta yang tulus dalam hati mereka.
Adrian, lelaki yang maco, bergaya dan kaya-raya, terus tidak berputus asa untuk mendapatkan Mia Karmila sebagai kekasihnya yang dapat memenuhi kerakusan nalurinya, walaupun ramai perempuan lain bersedia untuk memenuhi segala kehendaknya.
Perubahan sikap Mia Karmila benar-benar mencabar kelelakian Adrian sehingga dia bertekad, walau apapun syarat yang diminta Mia Karmila, Adrian tidak akan peduli. Yang pasti Mia Karmila menjadi miliknya. Dalam kepayahan dan kepiluan yang mencengkam jiwa, Mia Karmila terpaksa juga menerima ijab kabul Adrian apabila lelaki itu telah berjaya memenuhi setiap syarat yang dipintanya. Pilu di hati Mia Karmila bertambah parah apabila mengetahui Shariman adalah dalang yang membolehkan Adrian menikahinya.
Siapakah Shariman sebenarnya?
Bagaimanakah Mia Karmila dapat meneruskan kehidupan hariannya bersama Adrian apabila Shariman juga sentiasa ada bersama mereka? Dapatkah Mia Karmila ataupun Shariman memadamkan rasa cinta yang pernah hadir dalam hati mereka?
Pelakon[sunting | sunting sumber]
Watak Utama[sunting | sunting sumber]
- Amyra Rosli sebagai Mia Karmila
- Saharul Ridzwan sebagai Ustaz Shariman
- Redza Rosli sebagai Adrian
Keluarga Mia Karmila[sunting | sunting sumber]
- Azri Iskandar sebagai Datuk Kamal
- Ifa Raziah sebagai Datin Mariam
Keluarga Adrian[sunting | sunting sumber]
- Mahmud Ali Bashah sebagai Tan Sri Affendi
- Raja Ema sebagai Puan Sri Zalina
Keluarga Ustaz Shariman[sunting | sunting sumber]
- Lydiawati sebagai Ustazah Habibah
- Mubarak Majid sebagai Ustaz Azri
Watak Pembantu[sunting | sunting sumber]
- Nazatty Rusli sebagai Zetty
- Tatty Hassan sebagai Diah
- Nada Suhada sebagai Zila
- Ben Ali sebagai Rashid
- Aina Abdul sebagai Irma
- Hairi Safwan sebagai Taufik,kawan Shariman di Mekah
Lagu Tema[sunting | sunting sumber]
No. | Tajuk | Artis | Masa |
---|---|---|---|
1. | "Takdir Cinta" | Fauziah Latiff | 3:54 |
Jumlah masa: |
--:-- |
Rujukan[sunting | sunting sumber]
- ^ Drama Seindah Takdir Cinta. MyInfoTaip.com. Dicapai 25 Mei 2016.
: Akasia Isnin–Khamis, 6.58 petang | ||
---|---|---|
Sebelumnya | Seindah Takdir Cinta | Berikutnya |
Duda Terlajak Laris | Sayangku Kapten Mukhriz |