Seindah Takdir Cinta (novel)

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Pergi ke navigasi Pergi ke carian
Seindah Takdir Cinta
Umum
PengarangKamsiah Abu
NegaraMalaysia
BahasaMelayu
GenreDrama, romantik
Penerbitan
PenerbitBuku Prima
Tarikh penerbitan
  • 1 April 2013 (cetakan pertama)
  • 30 April 2013 (cetakan kedua)
Jenis media
Cetakan (kulit keras)
Halaman656
Kawalan kewibawaan
ISBNISBN 9789670535166

Seindah Takdir Cinta ialah novel 2013 oleh penulis novel Malaysia, Kamsiah Abu, diterbitkan pada 2013 oleh Buku Prima. Ia telah diadaptasikan sebagai sebuah siri drama oleh TV3 pada 2016.[1]

Sinopsis[sunting | sunting sumber]

Mia Karmila, seorang gadis yang biasa hidup dengan cara moden dan penuh kemewahan, langsung tidak menyangka pertemuannya dengan seorang pemandu teksi bernama Shahriman telah berjaya merubah keseluruhan cara hidupnya.Melalui beberapa pertemuan yang tidak pernah dirancang telah membenihkan bibit-bibit cinta yang tulus dalam hati mereka. Adrian, lelaki macho, bergaya dan kaya-raya, terus tidak berputus asa untuk menjinakkan Mia Karmila sebagai kekasih yang dapat memenuhi kerakusan nalurinya, walaupun ramai perempuan lain bersedia untuk memenuhi segala kehendaknya.

Perubahan sikap Mia Karmila benar-benar mencabar kelelakian Adrian sehingga dia bertekad, walau apa pun syarat yang diminta Mia Karmila, Adrian tidak peduli. Yang pasti Mia Karmila menjadi miliknya. Dalam kepayahan dan kepiluan yang mencengkam jiwa, Mia Karmila terpaksa juga menerima ijab kabul Adrian apabila lelaki itu telah berjaya memenuhi setiap syarat yang dipintanya. Pilu di hati Mia Karmila bertambah parah apabila mengetahui Shahriman adalah dalang yang membolehkan Adrian menikahinya.

Siapakah Shahriman sebenarnya? Bagaimanakah Mia Karmila dapat meneruskan kehidupan hariannya bersama Adrian apabila Shahriman juga sentiasa ada bersama mereka? Dapatkah Mia Karmila ataupun Shahriman memadamkan rasa cinta yang pernah hadir dalam hati mereka?

Keluaran[sunting | sunting sumber]

Seindah Takdir Cinta dikeluarkan pada 2013 oleh Buku Prima. Novel ini telah diulang cetak sebanyak dua kali, iaitu pada 1 April 2013 untuk cetakan pertama dan 30 April 2013 untuk cetakan kedua.

Keluaran dan legasi[sunting | sunting sumber]

Pada tahun 2016, novel ini telah diadaptasikan ke siaran TV melalui drama waktu perdana di Slot Akasia bermula 25 Mei 2016 di TV3, dibintangi oleh Amyra Rosli, Saharul Ridzwan dan Redza Rosli.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Seindah Takdir Cinta by Kamsiah Abu Goodreads. Dicapai pada 10 Mac 2017.