Seindah Tujuh Warna Pelangi (drama)

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Seindah Tujuh Warna Pelangi
GenreMelodrama
Cinta
Keluarga
Berdasarkan daripada
Seindah 7 Warna Pelangi
karya E-Man Sufi
PenciptaHasniza Nordin
Ditulis olehIntan Zarina Mohd Yasin
PengarahEoon Shuhaini
Dibintangi oleh
Nabila Razali
Aeril Zafrel
Lagu pembukaan"Sinar Cinta" oleh Hafiz Suip
Lagu penutup"Sinar Cinta" oleh Hafiz Suip
Negara asalMalaysia
BahasaMelayu
Bilangan episod28
Penerbitan
Penerbit eksekutifHasniza Nordin
Amir Mirza
Hazrul Riza
PenerbitHasniza Nordin
PenyuntingKas Roshan
Tempoh siaran42 minit
Syarikat penerbitan
Saphire Screen
Penyiaran
Saluran asalTV3
Siaran asal24 Februari 2020 – 1 April 2020
Kronologi
MengikutiSeadanya Aku
Diikuti olehIroni Kasih

Seindah Tujuh Warna Pelangi merupakan sebuah siri drama televisyen Malaysia 2020 diadaptasi novel 2019 dengan tajuk yang sama karya E-Man Sufi.[1] Dibintangi oleh Nabila Razali[2] dan Aeril Zafrel, siri ini memulakan tayangan perdana di Slot Akasia TV3 24 Februari 2020 menggantikan Seadanya Aku. Drama ini kembali ditayangkan di RTB Aneka pada tahun 2022.

Siri ini boleh didapati melalui penstriman dalam talian di saluran YouTube rasmi TV3.[3]

Sinopsis[sunting | sunting sumber]

Setelah empat tahun menghilangkan diri, Aira Tihani pulang ke kampung menjelang pernikahan abangnya, Reyhan. Pertemuan semula dengan ahli keluarga serta anak yang telah ditinggalkan merubat segala kerinduan kecuali pertemuan semula dengan bekas suaminya, Andika Iman. Sakitnya luka lama masih terasa. Bekas suaminya, Andika mahu memenangi hati isterinya semula.

Andika dengan bantuan sepupu mereka, merancang percutian di Lata Pelangi, tempat kesukaan Aira supaya menggamit memori lama kembali. Sayangnya, bukan kenangan manis yang muncul di fikiran Aira tetapi kenangan pahit bagaimana kejamnya lelaki itu merampas segala hak miliknya. Aira masih enggan memaafkan kesalahan Andika yang mengahwininya bukan kerana cinta tetapi kerana harta pusaka keluarga mereka. Kata-kata manis yang pernah diucapkan kepadanya dahulu hanyalah untuk mengaburi niat sebenar.

Kini, Andika melamar Aira kembali. Tidak mahu terus berdepan dengan rayuan Andika, Aira memutuskan untuk kembali ke Cibubur, Indonesia. Malangnya, ketika dalam perjalanan ke lapangan terbang, Aira dan sepupunya, Arjuna yang merupakan satu-satunya adik lelaki Andika yang menghantar Aira ke lapangan terbang, terlibat dalam kemalangan jalan raya yang mengakibatkan Aira mengalami Amnesia. Bermula saat itu Andika kembali meraih cinta Aira.

Banyak rintangan yang berlaku, namun akhirnya mereka kecapi kebahagian yang terpisah suatu masa dahulu. Andika juga kesal kerana telah banyak menghabiskan masa yang sia-sia kerana mengikut amarah dan berharap dia dan Aira akan melakar semula kebahagiaan rumahtangga mereka umpama indahnya tujuh warna pelangi.

Pelakon[sunting | sunting sumber]

Pelakon utama[sunting | sunting sumber]

Pelakon pembantu[sunting | sunting sumber]

Pelakon sampingan[sunting | sunting sumber]

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Drama Seindah Tujuh Warna Pelangi (TV3) My Infotaip. (23 Februari 2020). Dicapai pada 25 Februari 2020.
  2. ^ Syafil Syazwan Jefri (7 Januari 2020). Nabila enggan penonton bosan Harian Metro. Dicapai pada 25 Februari 2020.
  3. ^ Seindah 7 Warna Pelangi (2020): Episod Penuh. YouTube. TV3. Dicapai pada 1 April 2020.
  4. ^ Sudirman Mohd Tahir (19 Februari 2020). Tak terkejut dengan populariti Harian Metro. Dicapai pada 22 Mac 2020.