Sejarah Afrika

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Tamadun-tamadun Afrika prapenjajahan pada pelbagai zaman.

Sejarah Afrika bermula pada zaman prasejarah Afrika dan berlanjutan hingga terbentuknya negara-negara moden. Sejarah awal peradaban Afrika bermula di lembah Sungai Nil melalui penubuhan kerajaan-kerajaan di tepi Sungai Nil dan kemudian di Maghribi dan Tanduk Afrika. Pada Zaman Pertengahan iaitu sekitar 800-1500 M, para pedagang Arab melakukan perdagangan di kawasan Afrika Timur. Kedatangan para pedagang ini juga sekaligus mengenalkan dan menyebarkan agama Islam di kawasan tersebut. Pada waktu kemuncak, sebelum penjajahan Eropah, dianggarkan bahawa Afrika memiliki sehingga 10,000 buah wilayah dan kumpulan autonomi berbeza dengan bahasa dan adat istiadat yang pelbagai.[1][2]

Menjelang akhir abad ke-15, para penjajah Eropah mula menyertai aktiviti pemerdagangan hamba di Afrika.[3] Hal ini menyebabkan kawasan terjajah di Afrika memuncak dari sekitar 10% (1870) hingga lebih 90% (1914) dalam Perebutan Afrika (1881–1914). Namun begitu, perjuangan tuntutan kemerdekaan di kebanyakan bahagian benua, dan juga situasi Eropah yang melemah setelah Perang Dunia Kedua (1939-1945 menyebabkan penyahjajahan berlaku di seluruh benua, dan memuncak pada 1960, dikenali sebagai Tahun Afrika.[4]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Meyerowitz, Eva L. R. (1975). The Early History of the Akan States of Ghana (dalam bahasa Inggeris). Red Candle Press.
  2. ^ Africa Information
  3. ^ "The Portuguese in Africa, 1415–1600". www.metmuseum.org. Dicapai pada 26 Januari 2021.
  4. ^ Hargreaves, John D. (1996). Decolonization in Africa (ed. 2nd). London: Longman. ISBN 0-582-24917-1. OCLC 33131573.