Sejarah Algeria

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Peta Algeria

Populasi kaum pribumi Barbar di Algeria telah berada di bawah pendudukan kuasa asing sejak 3000 tahun yang lepas. Orang-orang Phoenicia (1000 SM) dan Empayar Rom (200 SM) adalah yang paling penting diantara kuasa-kuasa asing di sini sehinggalah kedatangan kuasa Islam pada kurun kelapan masihi. Walau bagaimanapun penaklukan tidak datang sekaligus, pada zaman pertengahan Dinasti Fatimiyyah yang bermula di Algeria menakluki Mesir walaupun selepas itu dinasti ini meninggalkan Afrika Utara.

Algeria dikuasai Empayar Uthmaniyyah oleh Khair ad-Din dan abangnya Aruj yang menjadikan pesisir pantainya pelabuhan untuk kapal-kapal perang. Perancis kemudian menakluki Algiers pada 1830; bagaimanapun terdapat penentangan oleh pejuang-pejuang menjadikan usaha penaklukan Algeria menjadi lambat. Penaklukan Algeria tamat pada awal abad ke-20 apabila Tuareg ditakluki.

Sementara itu, pihak Perancis telah menjadikan Algeria sebagai sebahagian daripada wilayahnya sendiri. Beribu-ribu pendatang dari Perancis, Itali, Sepanyol, dan Malta berpindah menyeberangi Laut Mediterranean untuk membuka kebun di tanah lapang Algeria dan menduduki kebanyakan kota-kota Algeria. Bagi masyarakat majoriti Muslim Algeria, mereka tidak diberikan taraf kewarganegaraan Perancis mahupun hak untuk mengundi. Institusi sosial Algeria mencapai ke tahap kemuncak apabila kadar pandai membaca, menulis, dan mengira jatuh ke tahap yang paling rendah.

Pada tahun 1954 iaitu semasa Perang Kemerdekaan Algeria, Barisan Pembebasan Kebangsaan Algeria (BPKA) melancarkan serangan gerila dan hanya selepas sedekad berlakunya pertempuran di bandar dan desa, mereka berjaya mengusir Perancis keluar pada tahun 1962. Hampir 1,025,000 pieds-noirs, di samping 91,000 harkis (Orang Muslim Algeria yang pro-Perancis), atau 10% daripada populasi Algeria pada tahun 1962 melarikan diri ke Perancis dalam masa beberapa bulan semasa pertengahan peperangan tahun itu.

Presiden pertama Algeria merangkap ketua BPKA, Ahmed bin Bella, telah digulingkan oleh bekas sekutunya yang juga menteri pertahanan, Houari Boumédiènne pada tahun 1965. Algeria kemudian menikmati kestabilan selama 25 tahun di bawah sistem satu parti sosial Boumedienne dan pengganti-penggantinya.

Pada tahun 1990-an, Algeria terjerumus dalam kancah perang saudara selepas pihak tentera menghalang sebuah parti politik Islam, Parti Pembebasan Islam daripada mengambil alih kuasa selepas pilihan raya yang buat pertama kalinya melibatkan pelbagai parti. Lebih daripada 100,000 orang terkorban dalam serangan gerila oleh pihak-pihak yang bertelagah.