Pergi ke kandungan

Sejarah Arab Kristian

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Pada beberapa era dalam sejarah, Arab Kristian telah hidup secara agak amannya bersama-sama penganut agama-agama lain di Timur Tengah (khususnya Islam dan Yahudi). Walaupun selepas perkembangan pesat agama Islam dari abad ke-7 M dan seterusnya, banyak orang Kristian memilih untuk tidak menganut agama Islam sebaliknya mengekalkan kepercayaan asal mereka. Sebagai "Orang-orang Kitab", orang Kristian di daerah tersebut diberikan hak-hak tertentu di bawah hukum Islam teori Syariah untuk mengamalkan agama mereka bebas dari gangguan atau hukuman (dengan sekatan tertentu mengenai sifat pada ibadah awam).

Arab Kristian telah wujud lebih awal daripada golongan Arab Muslim, sebagaimana ada banyak puak-puak Arab telah menganut agama Kristen sejak abad pertama, termasuk golongan Nabatean (yang merupakan keturunan Aramea) dan Ghassanid (yang asalnya Qahtani dan bercakap Bahasa Arab-Yaman dan juga Yunani), yang melindungi batasan tenggara Empayar Byzantine di utara Arab. Arab Kristian memberikan banyak sumbangan kepada tamadun Arab dan masih lagi berbuat sedemikian. Sesetengah penyajak tinggi pada masa tertentu adalah Arab Kristian, dan banyak Arab Kristian adalah pakar perubatan, penulis, pegawai kerajaan, dan orang-orang kesusasteraan.

Lihat juga

[sunting | sunting sumber]