Sejarah Lubnan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Sejarah Lubnan hampir sama tua dengan bukti terawal kehidupan manusia. Kawasan Lubnan merupakan tapak manusia Zaman Neolitik yang wujud 7,000 yang lalu. Sejak itu, kawasan itu pernah dikuasai oleh kerajaan Phoenicia, Parsi, Yunani, Rom, Byzantine, Arab dan sebagainya. Akhirnya, kawasan itu dikuasai oleh kerajaan Turki Uthmaniyyah. Kerajaan ini mangalami kemerosotan selepas Perang Dunia Pertama dan kawasan Lubnan diserahkan kepada kuasa Perancis. Akibat tekanan diplomatik dan penduduk Lubnan, Perancis bersetuju memberi kemerdekaan kepada Republik Lubnan pada 1943.

Lubnan terlibat dalam Perang Arab-Israel 1948 tetapi tidak mengambil bahagian dalam Perang Enam Hari 1967 dan Perang Yom Kippur 1973. Namun Perang Saudara Lubnan tercetus pada 1975 akibat rusuhan antara golongan Kristian, pengikut Sunnah, Syiah, Druze dan juga pihak Palestin. Perang saudara ini ditamatkan pada 1990 melalui Perjanjian Taif. Kira-kira 150,000 orang penduduk telah terkorban dalam perang ini.

Sejak tamatnya perang, beberapa pilihan raya telah diadakan di Lubnan. Kebanyakan militia telah dibubarkan atau menjadi lemah, cuma Hizbullah mengekalkan senjata dan kedudukannya, kerana ia berterusan mempertahankan Lubnan dari serangan Israel, dan terlibat secara langsung dalam krisis Israel-Lubnan 2006.