Sejarah Makau

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Katedral St. Paul pada abad ke-19 oleh George Chinnery (1774—1852)

Makau diduduki Portugis pada tahun 1557, tidak lama selepas menawan Melaka pada tahun 1511 dan Timor Timur selepasnya. Bermula pada tahun 1670, Portugal menyewa kawasan ini daripada maharaja China. Tiada pindah hak milik pada masa itu. Makau berkembang sebagai pelabuhan perdagangan antara Portugis dan China dan cuba dikuasai Belanda secara berkali-kali pada abad ke 17.

Selepas Rumah Braganza menawan semula Portugal daripada tangan Pemerintah Sepanyol Habsburgs pada tahun 1640, Makau dinobat sebagai Cidade do (Santo) Nome de Deus de Macau, Não há outra mais Leal atau Bandar yang mempunyai Nama Tuhan Makau, tiada lagi yang lebih setia.

Motto "Tiada lagi yang lebih setia" diberi sempena membalas budi baik Makau yang tetap setia kepada pemerintahan Raja Portugal dan tidak mengiktiraf pemerintahan Sepanyol yang sebelum itu berjaya menawan dan menanluki Portugal. Secara realitinya pemerintah Hasburgs bukannya boleh mengubah keadaan ini pun kerana ia pada masa itu sibuk menghadapi peperangan-peperangan di Eropah. Tambahan pula, kegagalan Belanda menguasai Makau membuktikan bahawa Makau bukanlah bandar yang mudah ditumpaskan.

Dengan Hong Kong diambil oleh British dan dijadikan Jajahan Mahkota, status Makau sebagai pusat perdagangan serantau beransur-ansur luput kerana kapal-kapal lebih menyukai pelabuhan Victoria di Hong Kong yang lebih dalam. Pada tahun 1849, Portugal bertindak sendiri mengisytiharkan Makau sebagai bebas daripada China. Akan tetapi kerajaan China yang menghadapi tekanan politik dalaman terpaksa mengiktiraf tindakan ini pada tahun 1887.

Pada tahun 1955, rejim Salazar di Portugal yang menumpaskan pemerintahan monarki di negara itu mengisytiharkan Makau bersama dengan jajahan lain Portugal sebagai 'provinsi seberang laut' Portugal.

Walaupun budaya orang Makau merupakan budaya campuran Portugis dan China, ini tidak selalunya menjadi secara amannya, Rakyat China di Makau cuba untuk mendirikan identitinya sendiri untuk menentang pemerintahan Portugal.

Pada tahun 1966, penduduk cuba mendapatkan lesen untuk mendirikan sekolah swasta di Taipa, satu daripada dua pulau yang merupakan sebahagian daripada wilayah Makau. Selepas cubaan mendapat lesen ini gagal berkali-kali, mereka terus melanggar undang-undang dan mula membina sekolah itu. Pada tarikh 15 November 1966, polis Portugis menahan pentadbir sekolah dan memukul para pembina, penduduk awam, dan pemberita-pemberita akhbar. Sejerus selepas itu, rakyat mengadakan tunjuk perasaan di depan rumah Gabenor akan tetapi pada 3 Disember kerajaan mengarahkan mereka ditangkap. Ini menaikkan kemarahan rakyat dan lebih ramai lagi penduduk datang untuk menghadiri demonstrasi. Kerajaan Portugis menghantar polis dan mengistiharkan darurat. Demonstrasi ini menyebabkan 11 orang mati dan 200 cedera.

Untuk menentang secara aman, penduduk China mengadakan "tiga tidak", tidak kepada cukai, tidak kepada perkhidmatan, dan tidak kepada menjual barangan kepada Portugis. Mereka berjaya dan pada 29 Januari 1967 kerajaan Portugis meminta maaf. Ini menandakan bermulanya layanan sama rata terhadap semua dan pengakuan pemerintahan de facto China keatas kawasan Makau.

Selepas pergelutan kuasa di Portugal berakhir pada tahun 1974, kerajaan Portugal menjadi demokrasi dan mahu melepaskan kesemua kawasan tahlukannya di seberang laut. Akan tetapi Republik Rakyat China tidak mahukan penyatuan semula Macau dengan China dalam masa yang singkat. Pada tahun 1976, Lisbon bersetuju menjadikan Makau sebagai Kawasan Istimewa dan menberikan ia kebebasan politik dan ekonomi. Portugal dan Republik Rakyat China bersetuju merujuk kepada Makau sebagai kawasan yang dimiliki China tetapi diperintah sahaja oleh Portugis. Perjanjian pada tahun 1985 memjanjikan pemulangan Hong Kong kepada China, dan perjanjian pemulangan Makau turut ditandatangani pada tahun 1987 dengan status Makau sebagai Kawasan Pentadbiran Khas PRC. Kawasan Pentadbiran Istimewa Wilayah Makau direalisasi pada tarikh 20 Disember 1999.