Sejarah New Zealand

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

New Zealand merupakan salah satu daripada daratan yang paling baru diduduki sebagai kawasan penempatan. Pendatang pertama New Zealand adalah Polynesia Timur yang telah datang ke New Zealand di dalam satu siri migrasi, lebih kurang pada sekitar 800 dan 300 M.[1] Selama beberapa abad, pendatang-pendatang ini telah maju hingga terbinanya satu budaya tersendiri yang sekarang in dikenali sebagai Māori. Populasi ini terbahagi jeoada puak Iwi dan puak hapū yang telah bekerjasama, bersaing dan kadangkala bergaduh di antara satu sama lain/ Pada masa tertentu, sekumpulan Māori telah berhijrah ke Kepulauan Chatham di mana mereka memajukan budaya Moriori mereka yang tersendiri.[2][3]

Orang Eropah yang pertama dikenali sudah sampai ke New Zealand ialah seorang penjelajah Belanda bernama Abel Janszoon Tasman dan anak-anak kapalnya di dalam tahun 1642.[4] Orang Māori telah membunuh beberapa anak kapal beliau dan tiada orang Eropah yang kembali ke New Zealand sehingga penjelajah British, James Cook di dalam perjalanannya pada tahun 1768–71.[4] Cook telah sampai ke New Zealand di dalam tahun 1769 dan telah memetakan hampir seluruh pesisiran pantai. Berikutan penjelajahan Cook itu, New Zealand telah dilawati oleh banyak sekali kapal-kapal pedagang, paus dan anjing laut.

Berikutan penjelajahan Cook itu, New Zealand telah dilawati oleh banyak sekali kapal-kapal pedagang, paus dan anjing laut. Mereka memperdagangkan barangan dan makanan Eropah, terutamanya peralatan logam dan peluru, untuk kayu balak Māori, makanan, artifak dan air. Dalam masa-masa tertentu, mereka meniagakan barangan dengan seks. [5] Ubi kentang dan senapang lantak telah menukarkan budaya dan peperangan Māori, walaupun hasil Perang Senapang tiada apabila ketidakseimbangan senjata telah dibetulkan. Daripada awal abad kesembilan belas, mubaligh Kristian telah mula menetap di New Zealand, beransur-ansur menukarkan agama populasi orang Māori, yang menjadi tidak percaya kepada keimanan puak asli mereka apabila diperkenalkan budaya Barat.


Oleh kerana kesedaran terhadap keadaan semulajadi pendatang Eropah yang tidak patuh kepada undang-undang dan peningkatan minat terhadap kawasan berkenaan oleh Perancis, kerajaan British telah menghantar William Hobson ke New Zealand untuk mendapatkan kedaulatan dan membincangkan satu perjanjian dengan orang Māori.[i] Perjanjian Waitangi adalah pertama kali ditandatangani di Kepulauan Bay pada 6 Februari 1840. Pendrafan perjanjian telah dibuat secara tergesa-gesa dan kekeliruan serta percanggahan masih lagi berlangsung mengelilingi penterjemahan itu. Perjanjian ini telah dirujuk sebagai asas New Zealand sebagai sebuah negara dan dihormati oleh orang Māori sebagai satu jaminan terhadap hak mereka. Pada mulanya Hobson telah memilih Okiato sebagai ibu negara di dalam tahun 1840 sebelum memindahkannya ke Auckland pada tahun 1841.

Di bawah undang-undang British, New Zealand sudah menjadi sebahagian daripada koloni New South Wales. Di dalam tahun 1840, New Zealand telah menjadi penguasanya sendiri, telah menandakan peningkatan bilangan pendatang Eropah terutamanya dari kepulauan British. Pada mulanya, orang Māori ingin berdagang dengan apa yang mereka gelar sebagai 'Pakeha', dan banyak puak telah menjadi kaya. Disebabkan bilangan pendatang bertambah, konflik terhadap tanah telah membawa kepada Peperangan Tanah New Zealand dalam 1860-an dan 1870-an, menghasilkan banyak kehilangan tanah di kalangan orang Māori. Perincian mengenai pendudukan orang Eropah dan pengambilan tanah daripada orang Māori masih menjadi kontroversi.

Gustavus von Tempsky telah ditembak semasa peperangan tanah

Perwakilan kerajaan bagi koloni telah diberikan dengan meluluskan Akta Perlembagaan New Zealand 1852 oleh United Kingdom. Parlimen Pertama New Zealand telah bertemu buat pertama kali di dalam tahun 1854. Pada tahun 1856, koloni berkenaan berkerajaan sendiri secara berkesan dengan pemberian kerajaan terhadap hal-ehwal tempatan lain daripada polisi penduduk asli. Kuasa di dalam kedudukan ini akan dipindahkan kepada pentadbiran tempatan di dalam tahun 1860-an. Pada tahun 1863 Perdana Menteri Alfred Domett telah mengubah satu resolusi bahawa ibu negara dipindahkan ke satu kawasan di Selat Cook kerana sudah jelas kebimbangan bahawa Pulau Selatan boleh membentuk koloni berasingan. Pesuruhjaya dari Australia (telah dipilih kerana status berkecuali mereka) telah menasihatkan Wellington sebagai satu tempat yang sesuai kerana pelabuhannya dan kedudukannya di tengah-tengah. Secara rasminya parlimen bersidang di sana secara rasmi pada tahun 1865. Pada tahun 1893 pula, negara berkenaan menjadi negara pertama di dunia memberikan hak mengundi kepada wanita. Pada tahun 1907, New Zealand telah menjadi Dominion merdeka dan satu negara merdeka pula pada tahun 1947 apabila Undang-Undang Westminster (1931) telah diratifasikan, walaupun secara praktiknya Britain telah menghentikan apa-apa peranan sebenar di dalam kerajaan New Zealand lebih awal. Oleh kerana New Zealand makin lama menjadi makin berdikari, negara ini juga menjadi tempat pergantungan secara ekonomi; di dalam tahun 1890-an, perkapalan sejuk membenarkan New Zealand untuk mengalihkan seluruh ekonominya kepada eksport daging dan hasil tenusu ke Britain.

New Zealand adalah ahli aktif di dalam Empayar British, berperang di dalam Perang Boer, Perang Dunia I dan Perang Dunia II dan menyokong Britain di dalam Krisis Suez. Negara ini juga sebahagian daripada ekonomi dunia dan menderita sama seperti orang lain di dalam Zaman Meleset. Kemelesetan ini membawa kepada pilihan raya kerajaan Buruh pertama yang menubuhkan satu negara kebajikan dan satu berekonomi perlindungan.

New Zealand telah mengalami peningatan kemakmuran berikutan Perang Dunia II. Walau bagaimanapun, beberapa masalah sosial telah tumbuh; orang Māori sudah mula untuk berpindah ke bandar-bandar lebih-lebih lagi dalam soal pencarian kerja dan keseronokan dan bukannya kehidupan tradisi mereka yang bersifat kekampungan. Satu pergerakan bantahan Māori secara beransur-ansur dibentuk, mengkritik Eurocentrism dan mencari pengiktirafan lebih kepada Kebudayaan Maori dan Perjanjian Watangi, yang mana mereka telah fikir ianya masih belum dihormati sepenuhnya. Pada tahun 1975, Tribunal Waitangi telah ditubuhkan untuk melihat samada wujud dakwaan perlanggaran perjanjian berkenaan, ia membolehkan untuk menyiasat ketidakpuasan hati pada tahun 1985. Di dalam kebiasaan sama seperti negara-negara maju, pembangunan sosial telah dipercepatkan pada tahun 1970-an dan banyak perubahan berlaku dari segi politik dan sosial. Perubahan ekonomi dan sosial berlaku pada tahun 1980-an di bawah kerajaan Buruh ke-4 kebanyakannya diketuai oleh Menteri Kewangan Roger Douglas, dan ia dikenali sebagai "Rogernomics."

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. Mein Smith (2005), pg 6.
  2. Clark (1994) pg 123–135
  3. Davis, Denise (2007-09-11). Moriori "The impact of new arrivals". Te Ara Encyclopedia of New Zealand. http://www.teara.govt.nz/NewZealanders/MaoriNewZealanders/Moriori/4/en Moriori. Capaian 2008-02-17. 
  4. 4.0 4.1 Mein Smith (2005), pg 23.
  5. King (2003) pg 122.