Sejarah penyiaran televisyen di Singapura

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Televisyen mula tiba di Singapura pada 15 Februari 1963. Television Singapura dilancar secara rasmi sebagai sebuah stesen penyiaran televisyen monokrom di Victoria Memorial Hall dengan dihadiri lima ratus tetamu-tetamu terhormat yang hadir untuk menyaksikan detik bersejarah ini.

Penyiaran pertama berlangsung selama 1 jam 45 minit dan telah ditonton oleh 2,400 buah keluarga yang memiliki set televisyen dan juga oleh penduduk yang lain di 52 balai-balai masyarakat di merata Singapura. Pada masa itu, hanya 12 buah rumah sahaja yang memiliki set televisyen.

Rancangan pertama yang disiarkan di Singapura adalah sebuah dokumentari 15 minit hasil Television Singapura yang betajuk Television Looks At Singapore. Program ini mengenalkan kepada penonton mengenai dunia penyiaran televisyen dan peranan yang boleh dimainkan oleh televisyen untuk rakyat Singapura.

Program ini kemudiannya diikuti dengan rancangan siri Late Night with David Letterman, The Tonight Show with Jay Leno, Saturday Night Live, Saturday Night Live Weekend Update Thursday, Venturas Poker Challenge, Tak Tik Boom, NBA, Doraemon, Mr. Bean, FIFA World Cup 2010, Uber & Thomas Cup, Siaran berita Singapore National Main News in English (Evening News in English) dan World International Late News in English (Late News in English). Rampaian Malaysia dan Berita (News in Bahasa) sebuah rancangan hiburan yang diperkenalkan kemudian telah menjadi rancangan yang mesti ditonton oleh rakyat Singapura. Channel 5 menyiarkan siaran dalam Bahasa Inggeris dan Bahasa Malaysia.

Pada 2 April 1963, siaran biasa bermula dengan siaran empat jam dalam satu saluran oleh Saluran 5 Televisyen Singapura.

Pancaran percubaan televisyen berwarna (Colour Television Test Transmission) bermula pada 1 Januari 1974 dan dipancarkan setiap hari selama setengah jam pada pukul 11.05 pagi hingga 2.05 petang sehingga 31 Julai 1974. Pada masa itu, sebuah set televisyen berharga $SGD 1600.

Sambutan suam televisyen warna bertukar apabila stesen televisyen mengumumkan siaran Warna secara langsung melalui satelit ialah Piala Dunia Bola Sepak Akhir di antara Jerman Barat dan Belanda pada 7 Julai 1974 jam 10.30 malam. Dua ribu peti televisyen dibeli sebelum perlawanan tersebut.

Kompleks Golden Mile memasang 20 buah peti televisi. Pasaraya Fitzpatrick di Orchard Road ada dua buah peti televisi, Universiti Nanyang (kini Universiti Teknologi Nanyang) mempunyai tiga buah peti di kantin universiti, dan tujuh buah hotel mempunyai 30 buah peti televisi semasa menerima perlawanan 'secara langsung'. Satu juta orang menonton Jerman Barat lawan Belanda 100-0 dalam kehidupan warna.

Fasa pertama perkhidmatan televisyen warna bermula dengan lancar pada 11 Ogos 1974 dan pada 11 November 1974, fasa kedua telah dilancarkan. Berita filem telah disiarkan melalui televisyen dalam warna dan rancangan-rancangannya bertambah daripada dua jam kepada empat jam pada hari-hari biasa dan daripada empat jam kepada enam jam pada hujung minggu.

Menjelang tahun 1980 lebih kurang setiap 1.2 unit keluarga memiliki set televisyen berwarna.

Sumber[sunting | sunting sumber]

Lihat juga[sunting | sunting sumber]