Pergi ke kandungan

Sekam Di Dada

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Sekam Di Dada ialah sebuah drama televisyen Malaysia 2025 terbitan Saphire Screen Sdn. Bhd. yang diarahkan oleh Zamri Zakaria. Ia dibintangi oleh Dato Adi Putra, Amyra Rosli, Josiah Hogan, Qistina Khaled, Auni Yusri, Puteri Sarah Liyana dan ramai lagi. Drama ini memulakan tayangan perdana di Slot Samarinda, TV3 pada 12 Mac hingga 10 April 2025 menggantikan Teratak Kasih Salina.

Sekam Di Dada
Genre
Ditulis olehWan Mahani Wan Hassan
PengarahZamri Zakaria
Dibintangi oleh
Lagu pembukaan"Tetap Berharap" - Jimi Kamal (OIAM)
Lagu penutup"Lumrah Cinta" - Puteri Khareeza
Negara asalMalaysia
BahasaMelayu
Bilangan episod20
Penerbitan
Penerbit eksekutifHazrul Riza Amirul Rafik
PenerbitHasniza Nordin
PenyuntingNorsyilawati Idris
Tempoh siaran42 minit
Syarikat penerbitan
Saphire Screen Sdn Bhd
Penyiaran
Saluran asal
Format gambar
Format audioDolby Digital
Tayangan ulang di
Mediacorp Suria
14 Oktober 2025 — Kini
Siaran asal12 Mac 2025 – 10 April 2025
Kronologi
MengikutiTeratak Kasih Salina
Diikuti olehDari Rahim Yang Sama

Mengisahkan penderitaan Orkid (Amyra Rosli), seorang wanita yang terperangkap dalam perkahwinan toksik bersama suaminya, Nasir (Dato' Adi Putra). Di luar, Nasir mungkin nampak seperti seorang suami dan bapa yang bertanggungjawab, tetapi di sebalik dinding rumah mereka, Orkid berdepan dengan tekanan mental yang semakin menghimpit.

Apabila Nasir jatuh sakit dan kehilangan keupayaan berjalan akibat jangkitan kuman pada saraf tunjang, Orkid mengambil keputusan mengejutkan, dia menuntut cerai! Keputusan itu tidak hanya mencetuskan kemarahan Nasir, malah menimbulkan ketidakpercayaan di kalangan anak-anak mereka, Nazman (Apich Lo) dan Sara (Auni Yusri).

Nazman langsung tidak dapat menerima keputusan ibunya. Bagi Nazman, ibunya seorang yang kejam, curang, dan tidak bertanggungjawab. Namun, tidak semua ahli keluarga mudah terpengaruh dengan kata-kata Nasir. Noreen (Qistina Khaled) dan Sara percaya bahawa seorang ibu tidak akan bertindak tanpa sebab. Tapi apakah rahsia yang Orkid simpan selama ini? Mengapa dia memilih untuk meninggalkan Nasir ketika suaminya berada dalam keadaan paling lemah?

Pelakon utama

[sunting | sunting sumber]

Pelakon tambahan

[sunting | sunting sumber]
  • akan diumumkan

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]
TV3: Slot Samarinda, Isnin-Jumaat (Sepanjang Ramadhan dan Raya), 10:00 malam
Sebelumnya Sekam Di Dada Berikutnya
Teratak Kasih Salina Dari Rahim Yang Sama