Pergi ke kandungan

Sekendi sudu

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Sekendi sudu
Sekendi sudu samar
Pengelasan saintifik s
Domain: Eukaryota
Alam: Animalia
Filum: Chordata
Kelas: Aves
Order: Pelecaniformes
Keluarga: Threskiornithidae
Subkeluarga: Plataleinae
Bonaparte, 1838
Genus: Platalea
Linnaeus, 1758
Spesies jenis
Platalea leucorodia (sudu Erasia)
Linnaeus, 1758
Spesies

Lihat teks

Sekendi sudu ialah sejenis burung randuk yang besar dan berkaki panjang dalam genus Platalea. Sekendi sudu mempunyai taburan sejagat, ditemukan di setiap benua kecuali Antartika. Nama genus Platalea terbit daripada perkataan Yunani Kuno dan bermaksud "lebar", merujuk kepada bentuk khas paruhnya. Enam spesies telah dikenal pasti. Sungguhpun ia biasa ditempatkan dalam genus tunggal, ia terkadang dipecahkan kepada tiga lagi genus.

Spesies dan taburan

[sunting | sunting sumber]

Enam spesies sekendi sudu tersebar hampir di seluruh dunia.[1]

Spesies Platalea
Nama umum dan binomial Imej Huraian Julat taburan
Sekendi sudu Erasia
(Platalea leucorodia)
Burung muda dan dewasa sebahagian besarnya berwarna putih dengan hujung sayap luar hitam dan paruh gelap. Membiak di dalam mensiang, selalunya tanpa spesies lain. Timur laut Afrika dan kebanyakan Erasia dari Kepulauan British hingga ke Jepun
Sekendi sudu Asia Timur
(Platalea minor)
Berkait rapat dengan sekendi sudu Erasia. Asia Timur: Taiwan, China, Korea dan Jepun.
Sekendi sudu Afrika
(Platalea alba)
Spesies putih besar mirip sekendi sudu Erasia, di mana ia boleh dibezakan melalui muka putih dan paruh yang selalunya pucat. Makanannya termasuk serangga dan hidupan kecil, dan ia bersarang di pokok, rawa dan batu. Afrika dan Madagaskar
Sekendi sudu diraja
(Platalea regia)
Sekendi sudu putih dengan muka hitam. Di seluruh Australia dan New Zealand (khususnya Pulau Selatan); bertebaran di Papua New Guinea, Indonesia, dan Kepulauan Pasifik
Sekendi sudu paruh kuning
(Platalea flavipes)
Sekendi sudu putih dengan paruh berwarna kuning. Australia Tenggara
Sekendi sudu samar
(Platalea ajaja)
Burung dewasa besar dan berbulu merah jambu. Amerika Selatan, Karibia, dan tenggara Amerika Syarikat
  1. ^ Gill, Frank; Donsker, David; Rasmussen, Pamela, penyunting (July 2021). "Ibis, spoonbills, herons, Hamerkop, Shoebill, pelicans". IOC World Bird List Version 11.2. International Ornithologists' Union. Dicapai pada 12 August 2021.

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]