Pergi ke kandungan

Sekeping Cinta Sehampar Janji

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Sekeping Cinta Sehampar Janji
Album studio oleh
Dilancarkan pada1998 (1998)
Dirakamkan pada1998
TempatMalaysia Sunting nilai ini di Wikidata
GenreIrama Malaysia, Etnik, Zapin
BahasaBahasa Melayu Sunting nilai ini di Wikidata
SyarikatBMG
PenerbitM Nasir, Herman Tino
Kronologi Ramlah Ram
Cinta Di Musim Dangdut
(1996)
Sekeping Cinta Sehampar Janji
(1998)
Ketentuan
(2009)
Single daripada Sekeping Cinta Sehampar Janji
  1. "Sekeping Cinta Sehampar Janji"
  2. "Zapin Yang Tinggal"
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini


Sekeping Cinta Sehampar Janji merupakan album studio ke-10 nyanyian bentuk tradisional yang dihasilkan oleh penyanyi Ramlah Ram yang diterbitkan pada 1998. Album ini menampilkan 10 buah lagu berkonsepkan Irama Malaysia yang memuatkan lagu-lagu berentak ghazal, asli, zapin dan lain-lain, dan turut menyelitkan lirik yang selari dengan muzik pop semasa.[1]. Lagu Hits utama dalam album ini ialah Zapin Yang Tinggal yang layak ke peringkat akhir Anugerah Juara Lagu yang dijuarai oleh Cindai daripada Siti Nurhaliza.

Album Sekeping Cinta Sehampar Janji dihasilkan dengan menggunakan khidmat Herman Tino, Ramli MS, M. Nasir dan Bob Rezal sebagai penerbit bersama. Album itu turut memuatkan banyak lagu menarik termasuk lagu duet Ramlah bersama M. Nasir.

Lagu-lagu yang dimuatkan di dalam album itu ialah Satria, Kekasih, Kerana Janji, Gurindam Jiwa, Luka Yang Hiba, Zapin Yang Tinggal, Antara Kasih, Sayang dan Cinta, Jujurku Katakan, Sekeping Cinta Sehampar Janji dan Ala Canggung. Lagu Ala Canggung dinyanyikan secara duet bersama M. Nasir

Senarai Runut

[sunting | sunting sumber]
No.TajukPenulisKomposerMasa
1."Sekeping Cinta Sehampar Janji"Herman TinoHerman Tino4:42
2."Satria"Bob RezalBob Rezal4:45
3."Kekasih"Herman TinoHerman Tino3:39
4."Zapin Yang Tinggal"Herman TinoHerman Tino4:26
5."Ala Canggung"Copyright ControlledCopyright Controlled3:33
6."Antara Kasih, Sayang & Cinta"Herman TinoHerman Tino4:02
7."Kerana Janji"Herman TinoHerman Tino4:45
8."Jujur Ku Katakan"Herman TinoHerman Tino3:28
9."Gurindam Jiwa"Copyright ControlledCopyright Controlled4:30
10."Khabar Yang Hiba"Saari AmriSaari Amri4:05


Pautan luar

[sunting | sunting sumber]