Sekolah Kebangsaan Long Loyang

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Sekolah Kebangsaan Long Loyang
Lokasi
 Malaysia D/A Pejabat Pelajaran Daerah Marudi, 98050, Marudi,, Sarawak Bumi Kenyalang
Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah kebangsaan, Sekolah kerajaan
Ditubuhkan1956
Nombor sekolah0178094771
Kod sekolahYBB4326
Pengerusi PIBGPatrick Lee
PengetuaMarzuki Mahrip
GPK Pentadbiran dan Akademik(Kekosongan)
Penolong Kanan Hal Ehwal MuridEnggan Embi
Penolong Kanan KokurikulumZainal Teruki
FaksTIADA
Laman sesawang


Sekolah Kebangsaan Long Loyang atau nama ringkasnya SK Long Loyang, merupakan sebuah Sekolah kebangsaan yang terletak di sebuah Kampung Long Loyang. Kampung Long Loyang bertempat di daerah Baram di dalam Bahagian Miri, Sarawak. Perjalanan darat dari Miri ke sekolah mengambil masa 5 jam menggunakan Pacuan 4 roda. Selain itu, terdapat juga jalan air yang melalui Sungai Tinjar dari Pekan Lapok menggunakan perahu kecil. Kemudahan elektrik di sekolah ini menggunakan sumber genset 24 jam. Kemudahan air pula menggunakan takungan air dari bukit. Walaupun begitu, terdapat kemudahan internet di sekolah untuk membolehkan guru-guru mengakses dunia luar. Sekolah ini mempunyai sebuah padang serbaguna dan sebuah padang bola sepak. Seramai 20 staff termasuk guru yang bekerja di sekolah ini.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Sekolah Rendah Kebangsaan Long Loyang yang asal ditubuhkan pada tahun 1956. Tapak penubuhan sekolah ini adalah di Long Burui, Dapui di hulu sungai Tinjar. Nama asal sekolah ini juga mengambil nama kampung asal iaitu SRK Long Burui. Pada ketika itu masyarakat Sebob Long Loyang sekarang tinggal di Long Burui. Sekolah ini didirikan secara gotong-royong oleh masyarakat kampong Long Burui sendiri. Individu yang bertanggungjawab mengasaskan sekolah ini ialah guru besarnya pertama. Beliau ialah Encik Ahjoon, seorang guru yang telah mendapat latihan mengajar di Kuching oleh Jabatan Pelajaran Sarawak pada ketika itu.

Dalam tahun 1958, semua masyarakat Sebob dari Long Burui telah berpindah beramai-ramai ke Long Loyang atas nasihat Tuan Gabenor Negeri Sarawak melalui ketua masyarakat mereka mendiang Pemanca Madang Balan. Maka SRK Long Burui pun berpindah tapak ke Long Loyang dengan nama baru SRK Long Loyang sehingga ke hari ini.

SRK Long Loyang juga dibina secara gotong-royong oleh masyarakat Kampung Long Loyang Long Batan, Long Aya dan Apau Gon. Atapnya dibuat daripada daun “cilat” iaitu sejenis daun hutan yang lebar dan panjang, manakala lantai dan dindingnya diperbuat daripada bulu. Pada ketika itu jumlah murid dari keempat-empat buah kampong ini adalah lebih kurang 70 orang yang hanya belajar sehingga tamat tahun 3. Murid-murid yang terpilih dan lulus peperikasaan kerajaan akan melanjutkan pelajaran ke SRK Long Teru sehingga tahun 6. Pelajar yang lulus tahun 6 akan melanjutkan pelajaran ke Sekolah Menengah Kebangsaan Marudi.

Sekolah ini juga turut berkembang mengikut perkembangan dunia pendidikan. Banyak pembangunan fizikal yang didirikan seperti bangunan sekolah yang baru yang jauh lebih baik.

Selari dengan kewujudan sekolah ini, asrama sekolah yang didiami murid-murid dari Long Loyang, Long Aya, Long Batan dan Apau Gun juga mengalami perubahan yang sejak awal penubuhan sekolah sehingga sekarang. Sehingga 1999 keadaan asrama sekolah adalah serba kekurangan. Tapak asal asrama dahulu adalah terletak di tapak dewan makan sekarang. Bangunan asrama yang ada sekarang adalah dibina pada 2000. Hasil kerja gotong-royong masyarakat kampung Long Loyang, Long Batan, Long Aya dan Kampung Apau Gun. Guru Besar yang mengurus sekolah pada ketika itu ialah Encik Gabrail Wan.

Penubuhan asrama sekolah dari awal penubuhannya sehingga pada masa ini telah memberikan kemudahan kediaman yang baik terutama kepada murid-murid yang tinggal jauh di pedalaman. Sehingga sekarang fungsi asrama sekolah masih memainkan peranan yang sangat penting dalam kemajuan pendidikan anak-anak murid dari segi pembentukan sahsiah, jasmani, emosi, rohani dan intelektual.

Pencapaian[sunting | sunting sumber]

Pencapaian murid di sekolah ini amat memberangsangkan kerana pada tahun 2010 seorang murid mencipta sejarah mendapat 5A dalam semua matapelajaran iaitu Bahasa Malaysia, Matematik, Bahasa Inggeris dan Sains.

Alamat[sunting | sunting sumber]

Sekolah Kebangsaan Long Loyang
D/A Pejabat Pelajaran Daerah Marudi
98050, Marudi
Sarawak,  Malaysia
Telefon = 0178094771
Fax = TIADA
Email = seklongloyang@yahoo.com

Pautan luar[sunting | sunting sumber]