Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Sharifah Rodziah

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
SEKOLAH BERPRESTASI TINGGI SMKA SHARIFAH RODZIAH
Lokasi
Telok Mas, 75460, Melaka,, Melaka Bandar Bersejarah
 Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah menengah kebangsaan, Sekolah kerajaan
Nombor sekolah06-2618944
Kod sekolahMRA2127[1]
PengetuaHAJI ISMAIL BIN MOHMD
GPK Pentadbiran dan AkademikHJH SALMAH BINTI HARUN
Penolong Kanan Hal Ehwal MuridUSTAZ HAZALI BIN HASAN
Penolong Kanan KokurikulumTAIB BIN AZIZ
Faks06-2616518
Laman sesawang


Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Sharifah Rodziah atau nama ringkasnya SMKA Sharifah Rodziah, merupakan sebuah Sekolah menengah kebangsaan yang terletak di Telok Mas.

Pada 2009, Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Sharifah Rodziah memiliki 0 pelajar lelaki dan 800 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 800 orang. Ia mempunyai seramai 64 orang guru.2009

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Perletakan batu asas oleh YAM Pn. Sharifah Rodziah Syed Alwi Barakhbah isteri bekas Perdana Menteri Malaysia Pertama Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj. (Di bawah pentadbiran Jabatan Agama Islam Negeri Melaka) pada tahun 1969. Pembukaan sekolah pada 4 Mei 1970 dengan 131 orang pelajar, 6 guru dan 3 kakitangan. Perasmian sekolah telah dilakukan oleh Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Kelima iaitu Al Marhumah Tuanku Bahiyah pada 6 Ogos 1971. Pentadbiran sekolah diserahkan pada Bahagian Pendidikan Islam, Kementerian Pelajaran Malaysia sehingga kini.

Pencapaian[sunting | sunting sumber]

Pada 30 Mac 2007, SMKA Sharifah Rodziah telah diiktiraf sebagai Sekolah Kluster Kecemerlangan (SKK) oleh Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM). Pada tahun berikutnya iaitu pada tahun 2011, SMKA Sharifah Rodziah telah berjaya memperoleh Anugerah Tawaran Baru Pengetua begitu juga dengan tahun berikutnya iaitu pada 2012. Pada 19 September 2013 , SMKA Sharifah Rodziah telah dinobatkan sebagai Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT) Kohort 4 oleh KPM.

Alamat[sunting | sunting sumber]

Telok Mas
75460, Melaka
Melaka,  Malaysia
Telefon = 06-2618944
Fax = 06-2616518

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]