Sekolah Menengah Kebangsaan Elopura Dua

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Sekolah Menengah Kebangsaan Elopura Dua
Lokasi
Wdt 136 Pej Pos Rumah Persekutuan Bt 7, 90500, Sandakan,, Sabah Negeri Di Bawah Bayu
 Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah menengah kebangsaan, Sekolah kerajaan
Nombor sekolah6089632601
Kod sekolahXEA2083
PengetuaAnwar bin Madsalani
Faks6089632934
Map



Sekolah Menengah Kebangsaan Elopura Dua atau nama ringkasnya SMK Elopura Dua, merupakan sebuah Sekolah Menengah Kebangsaan yang terletak di Wdt 136 Pej Pos Rumah Persekutuan Batu 7.

Pada 2009, Sekolah Menengah Kebangsaan Elopura Dua memiliki 516 pelajar lelaki dan 541 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 1057 orang. Ia mempunyai seramai 64 orang guru.2009

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Sejarah Penubuhan

Pada permulaannya, SMK Elopura 2 memulakan operasinya dengan berkongsi fasiliti di SK. Mawar, Jln. Sibuga, Sandakan pada 2 Januari 2002. Keadaan ini berlaku disebabkan penangguhan rasmi penyerahan bangunan SMK Elopura 2, yang bermula pembinaannya pada tahun 2000 dan selesai pada tahun 2002. Penyerahan rasmi bangunan tersebut dilakukan oleh pihak kontraktor kepada En. Kamal D.E. Quedra, Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Sabah, yang seterusnya menyerahkannya kepada En. Noor Hamizam Shah bin Md. Nordin sebagai Pengetua SMK Elopura 2, Sandakan menjelang akhir tahun 2002. Perpindahan ke bangunan tersendiri berlaku pada 1 Januari 2003, menandakan peringkat penting dalam perkembangan sekolah. Dengan memiliki bangunan sendiri, SMK Elopura 2, Sandakan dapat lebih berkesan dalam menyediakan persekitaran pembelajaran yang berkualiti dan berfokus kepada keperluan pelajar-pelajarnya.

Pencapaian[sunting | sunting sumber]

  • Johan Pertandingan Kawad Kaki Peringkat Kebangsaan Kadet Koreksional - 2011
  • Naib Johan Bilik Sumber PPDa Peringkat Negeri Sabah - 2011
  • Johan Keceriaan Landskap Terbaik Antara Sekolah-sekolah Anjuran MPS,Peringkat Daerah Sandakan,Sabah - 2011
  • Naib Johan Anugerah PIBG Terbaik,Peringkat Daerah Sandakan,Sabah - 2012

Alamat[sunting | sunting sumber]

Sekolah Menengah Kebangsaan Elopura Dua
Wdt 136 Pej Pos Rumah Persekutuan Bt 7
90500, Sandakan
Sabah, Malaysia
Telefon = 6089632601
Fax = 6089632934

Pautan luar[sunting | sunting sumber]