Sekolah Agama Bantuan Kerajaan Maahad Al-Ummah

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
SABK Maahad Al-Ummah
(MUC)
Alamat
Jalan Jelapang,31200 Chemor,Perak
Chemor, Perak
Malaysia
Maklumat
JenisSekolah Agama Bantuan kerajaan
MotoMUC - Maahad Al Ummah Unggul Cemerlang
Ditubuhkan18 Disember 1989
Daerah sekolahKinta Utara
PengetuaTn. Hj Abdul Aziz Bin Musa
GredTingkatan 1 - Tingkatan 6 (STAM)
Buku tahunanAl-Hadharah
Laman sesawang

Sekolah Agama Bantuan Kerajaan Maahad Al-Ummah atau nama ringkasnya SABK Maahad Al-Ummah terletak di Jalan Jelapang, Chemor. Sekolah ini terletak di atas sebidang tanah berkeluasan kira-kira 9.8 ekar dan bersebelahan dengan Kompleks Menembak Amanjaya.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

  • Maahad Al-Ummah diilhamkan dan dicetuskan melalui kekuatan usrah, dakwah dan tarbiah para aktivis Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) Cawangan Negeri Perak dengan dokongan Biro Pendidikan ABIM Pusat. Didaftarkan di bawah JAP/SUR/1/91 melalui surat yang bertarikh 10 Januari 1991 sebagai Sekolah Menengah Agama Rakyat. Maahad Al-Ummah memulakan operasinya pada tanggal 18 Disember 1989 dengan mengambil pelajar sulung seramai 38 orang. Bangunan operasinya terletak di 12 unit rumah kedai dua tingkat di Persiaran 1, Taman Mas, 31200 Chepor melalui sewaan bulanan sebanyak RM3600 sebulan. Pelajar-pelajarnya terdiri daripada anak-anak tempatan dan luar negeri seperti Selangor, Kuala Lumpur dan sebagainya. Rata-rata mereka adalah anak-anak kepada ahli-ahli usrah ABIM seluruh Malaysia dan ibu bapa yang prihatin untuk pendidikan Islam secara menyeluruh dan bersepadu. Sesi pembelajaran yang diketengahkan ialah pendidikan bersepadu Kurikulum KBSM, mata pelajaran agama, akhlak dan kepimpinan serta mata pelajaran Thanawi bermula pada tahun 1994/1995 dengan sukatan yang telah ditetapkan oleh Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Perak. Pengajian yang turut diketengahkan ialah pendidikan Tahfizul Quran, komputer, dan kokurikulum bermula tahun 1992.

Landskap sekolah[sunting | sunting sumber]

Maahad Al-Ummah memiliki empat buah blok utama iaitu blok A, blok B, blok C dan blok D dan di setiap blok terdapat beberapa buah kelas dan kemudahan lain dan bersesuaian dengan keperluan guru dan pelajarnya.

Blok A merupakan bangunan utama bagi sekolah ini, menempatkan pejabat, bilik peperiksaan, bilik gerakan, bilik pergerakan Kesatuan Pelajar Islam Perak (KPIP) dan bilik guru kanan. Blok ini memiliki 2 paras kesemuanya. Blok B pula menempatkan kelas pelajar tahfiz dari tingkatan 1 hingga tingkatan 4. Di blok ini juga terdapat bilik guru azhariah, bilik audio dan visual, pusat sumber sekolah, bilik media dan kelas tingkatan 6. Sama seperti blok A, blok ini juga memiliki 2 paras.

Seterusnya, blok C pula, terdapat kelas tingkatan 5, kelas tingkatan 4 kelas, kelas bagi pelajar putera dari tingkatan 1 hingga 3. Terdapat juga sebuah bilik disiplin, bilik kaunseling, bilik guru lelaki.

Blok terakhir adalah blok D, terdapat kelas bagi pelajar puteri dari tingkatan 1 hingga tingkatan 3. Di blok ini juga terdapat makmal komputer, makmal biologi, makmal kimia serta bilik guru perempuan.

Di belakang blok ini, terdapat sebuah blok 2 tingkat yang baru dibina iaitu bilik masakan dan makmal fizik. Dihadapan blok baru ini, terdapat sebuah bengkel kemahiran hidup.

Sekolah ini juga memiliki 2 bangunan asrama putera dan 2 bangunan puteri, sebuah dewan makan dan sebuah surau. Prasarana ini memudahkan pelajar kerana mereka kesemuanya tinggal di asrama. Selain itu terdapat beberapa kawasan untuk pelajar beriadah seperti padang , gelanggang bola keranjang, gelanggang bola tampar, dan gelanggang sepak takraw.

Moto,Visi,dan Misi Maahad Al-Ummah[sunting | sunting sumber]

Moto

Unggul Taqwa Berwibawa

Visi

Maahad Al-Ummah Unggul Cemerlang

Misi

Melahirkan Generasi Menerusi Pendidikan Bersepadu Berteraskan Dakwah Dan Tarbiah.

Kemasukan pelajar[sunting | sunting sumber]

Proses kemasukan pelajar ke Maahad Al-Ummah adalah seperti biasa sebagaimana sekolah agama bantuan kerajaan (SABK) yang lain. Calon-calon UPSR dengan khususnya dari seluruh negeri Perak yang berminat untuk memasuki sekolah ini dikehendaki mengisi borang permohonan yang boleh diambil di pejabat sekolah ini setelah keputusan UPSR diumumkan. Calon-calon yang berkelayakan akan dipanggil untuk menduduki ujian bertulis. Bagi yang berminat untuk mengambil aliran Tahfiz Al-Quran, calon dikehendaki untuk mengambil ujian Hafazan Al-Quran selepas mengambil ujian bertulis.

Hanya calon-calon yang lulus ujian khas ini dengan aras tertentu akan dipertimbangkan untuk ditawarkan tempat ke sekolah ini.

Bagi kemasukan ke tingkatan empat, pemohon mestilah berasal dari sekolah menegah agama atau kelas-kelas khas agama di sekolah menengah kebangsaan biasa dan mempunyai kelulusan dalam Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3) termasuk Bahasa Arab.

Bagi kemasukan ke tingkatan enam yang akan mengambil Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM), pemohon mestilah berasal dari sekolah menegah agama atau kelas-kelas khas agama di sekolah menengah kebangsaan biasa dan mempunyai kelulusan dalam Sijil Pelajaran Malaysia termasuk Bahasa Arab Tinggi, Pendidikan Syariah Islamiah dan Pendidikan al-Quran dan as-Sunnah.

Syarat am pengambilan pelajar ke Maahad Al-Ummah adalah seseorang pelajar yang memohon mestilah beragama Islam, bumiputera, dan mempunyai kewarganegaraan Malaysia.

Pencapaian[sunting | sunting sumber]

Dalam bidang akademik, Maahad Al-Ummah telah menunjukkan peningkatan yang memberangsangkan tahun demi tahun. Peningkatan ini diukur berdasarkan Gred Purata Sekolah atau GPS.

Pada tahun 1992, Maahad Al-Ummah telah berjaya memperoleh 96% lulus buat kali pertama kalinya dan seterusnya mencapai 100% lulus Sijil Rendah Pelajaran (SRP) pada tahun 1995. Pada tahun 1994, Maahad Al-Ummah telah memperoleh 78.3% lulus dan 60% lulus pada tahun berikutnya.

Dalam bidang kokurikulum, Maahad Al-Ummah boleh berbangga dengan pencapaian sama ada di peringkat daerah, negeri, ataupun kebangsaan. Antara pencapaian yang membanggakan ialah tempat pertama Pertandingan Kawad Kaki KRS-IPA peringkat negeri Perak yang menyaksikan Maahad Al-Ummah unggul dalam kategori kawad kaki pada tahun 2018 dan sentiasa menunjukkan kecemerlangannya di dalam unit beruniform Kadet Remaja Sekolah (KRS) sejak tahun 2015 hingga kini.

Alamat[sunting | sunting sumber]

Sekolah Agama Bantuan Kerajaan Maahad Al-Ummah
Jalan Jelapang,
31200 Chemor,
Negeri Perak, Malaysia
Telefon = 6052012727
Fax = 6052012357

Pautan luar[sunting | sunting sumber]