Sekolah Agama Menengah Bestari

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Pergi ke pandu arah Pergi ke carian
Sekolah Agama Menengah Bestari
Lokasi
 Malaysia Jalan USJ 5/3A, Subang Jaya, SUBANG JAYA, Selangor
Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah Agama Menengah, Sekolah Agama Bantuan Kerajaan, Sekolah Kluster Kecemerlangan
MotoSambest Smart
Ditubuhkan29 Mei 1998
Nombor sekolah+60356377681
Kod sekolahBFT8002[1]
Pengerusi PIBGYA Dr. Arik Sanusi bin Yeop Johari
GPK Pentadbiran dan AkademikPn. Wan Noraini binti Wan Yaakub
Penolong Kanan Hal Ehwal MuridEn. Husnun Alsha'ri bin Mohamad Rasidi
Penolong Kanan KokurikulumPn. Ruslizawati binti Mahmud
Faks+60356327519
Laman sesawang
bilik biru gemilang

Sekolah Agama Menengah Bestari atau lebih dikenali sebagai SAMBEST merupakan sebuah Sekolah Agama Bantuan Kerajaan yang terletak di Jalan USJ 5/3A, Subang Jaya.

Logo lama SAM Bestari

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Penubuhan Sekolah Agama Menengah Bestari yang dirancang oleh Bahagian Pendidikan Dan Pembelajaran, Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) adalah bertujuan memantapkan sistem pendidikan yang menawarkan pelajar Tingkatan Empat dan Lima dalam jurusan Sains dan Teknik sebagai kurikulumnya. Kewujudan sekolah ini diharapkan dapat memenuhi Falsafah dan Matlamat Pendidikan Islam Kementerian Pelajaran Malaysia.

Sekolah ini mula beroperasi mulai 29 Mei 1998 di kawasan seluas 37 hektar. Bermula dengan dua kelas pelajar Tingkatan Lima yang dipindahkan daripada Sekolah Agama Menengah Tengku Ampuan Jemaah (SAMTAJ), Shah Alam, dan sepuluh kelas pelajar Tingkatan Empat yang dipilih daripada seluruh sekolah agama menengah (SAM) negeri Selangor. Jumlah guru dan kakitangan sokongan ketika itu adalah 38 orang. Pengetua yang pertama ialah Ustaz Sholehuddin Bin Kayat. Pada tahun 2000, sekolah ini mula menerima kemasukan pelajar Tingkatan Satu sebanyak dua kelas atas permintaan masyarakat setempat.

Senarai pengetua[sunting | sunting sumber]

Bil. Nama Mula Akhir
1. Sholehuddin Kayat 1998
2. Mohd Shaharoni Abd Basir 2009 2011
3. Samsori Yosok 15 Jun 2011 11 Julai 2013
4. Khairiah Sujud 2013 2017
5. Nadzarah Mahmud 1 Februari 2018 1 Jun 2022

Pencapaian[sunting | sunting sumber]

Sekolah ini telah mencatat kecemerlangan dalam Peperiksan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun 2001, 2002 dan 2003, dan menjadi salah sebuah sekolah yang cemerlang di Malaysia. Demikian juga dalam Peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) tahun 2002 dan 2003 di mana sekolah menduduki tempat ke 13 di seluruh Malaysia. Pada tahun 2005 dan 2006 seorang pelajar Tingkatan Tiga mencipta nama menduduki tempat kedua keseluruhan PMR seluruh Malaysia.

99 % pelajar lepasan sekolah ini berjaya melanjutkan pelajaran ke Universiti di dalam dan luar negara dalam pelbagai jurusan terutama kedoktoran dan kejuruteraan. Selain itu , sekolah ini telah meperoleh status SKK (Sekolah Kluster Kecemerlangan) dan Sekolah Harapan Berprestasi Tinggi pada tahun 2011.

Alamat[sunting | sunting sumber]

Sekolah Agama Menengah Bestari
Jalan USJ 5/3A, 47610 Subang Jaya
Selangor, Malaysia
Telefon = +60356377681
Fax = +60356327519

[2]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Senarai Sekolah Mengikut Kumpulan Jenis Dan Negeri
  2. ^ "Senarai Sekolah Mengikut Kumpulan Jenis Dan Negeri". Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-07-10. Dicapai pada 2018-08-08.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

Jabatan Agama Islam Selangor Kementerian Pendidikan Malaysia

Redaksi Sam Bestari Facebook Sam Bestari