Sekolah Agama Menengah Tinggi Kuala Kubu Bharu

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Sekolah Agama Menengah Tinggi Kuala Kubu Bharu
Moto BERILMU, BERAMAL, BERTAKWA
Ditubuhkan 1986
Jenis Sekolah agama menengah, Sekolah kerajaan
Pengetua Puan Hajah Mariahtol Kiftiah Binti Darus
Penolong Kanan Pentadbiran dan Akademik Puan Hajah Norlela Binti Maarof
Penolong Kanan Hal Ehwal Murid Encik Mohd. Harnain Bin Jajuli
Penolong Kanan Kokurikulum Puan Hajah Marzilah Binti Abdul Malek
Kod sekolah BFT5002
Lokasi Jalan Pahang Kuala Kubu Bharu, Selangor,  Malaysia
Nama singkatan SAMTKKB
Laman sesawang Sekolah Agama Menengah Tinggi Kuala Kubu Bharu
Telefon 03-60641224
Faks 03-60641224

Sekolah Agama Menengah Tinggi Kuala Kubu Bharu atau nama ringkasnya SAMT Kuala Kubu Bharu, merupakan sebuah sekolah agama menengah yang terletak di Jalan Pahang, Kuala Kubu Bharu, Selangor.

Pada 2009, Sekolah Agama Menengah Tinggi Kuala Kubu Bharu memiliki 380 pelajar lelaki dan 437 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 817 orang. Ia mempunyai seramai 53 orang guru.2009

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Pada mulanya, Sekolah Agama Menengah Tinggi Kuala Kubu Bharu sebahagian daripada kawasan estet pokok getah. Kemudian pihak Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) telah membelinya dari tuan punya estet getah tersebut.

Projek pembinaan Sekolah Agama Menengah Tinggi Kuala Kubu Bharu bermula pada tahun 1984 dan siap sepenuhnya pada 1986. melalui alat-alat yang canggih dan moden pada masa kini, sekolah yang besar ini dapat disiapkan dalam masa dua tahun sahaja. Secara tidak langsung Sekolah Agama Menengah Tinggi Kuala Kubu Bharu menjadi sekolah agama ketiga di Selangor yang terletak di bawah pentadbir JAIS. Antara bangunan yang telah siap dibina ialah dua buah bangunan sekolah iaitu blok A dan blok B, dua h bangunan asrama iaitu blok A dan blok B,sebuah dewan sekolah, sebuah dewan makan asrama, sebuah kantin, sebuah musollah (surau), empat buah Kuarters guru dan sebuah bengkel pertukangan di sekolah

Dahulu, tujuan SAMTKKB adalah untuk menampung pelajar-pelajar di Hulu Selangor sahaja. Keadaan ini disebabkan kerana bilangan sekolah yang ada ketika itu terhad. Bilangan-bilangan pelajar pula semakin bertambah. Masalah ini memaksa pihak JAIS untuk menubuhkan sebuah sekolah agama menengah di Selangor ini.

SAMTKKB telah dibuka pada 1 Jun 1986. Seiringan dengan itu, sekolah ini telah menerima kemasukan para pelajar dari Sekolah Agama Menengah Sungai Selisek dan SAM Batang Kali. Mereka adalah pelajar tingkatan 1 hingga tingkatan 3. pemindahan mereka ke SAMTKKB adalah disebabkan kekurangan kelas di sekolah mereka. Pelbagai masalah telah dihadapi oleh pihak SAMTKKB pada peringkat awalpentadbirannya. Antara masalah-masalah tersebut adalah seperti kekurangan guru, kekurangan alat-alat kelengkapan atau keperluan dan masalah pengurusan kerana tiada kerani. Guru yang ada pada masa itu lebih kurang 13 orang sahaja. Pada masa yang sama, SAMTKKB juga menghadapi masalah ketiadaan pengetua untuk menguatai pentadbiran sekolah. Sehingga pada awal 1987, SAMTKKB telah menerima seorang pengetua iaitu Ustaz Haji Tamyes Haji Abdul Wahid.

Peringkat kedua pembinaan SAMTKKb dilakukan pada akhir tahub 1998. tujuan pembinaannya adalah untuk membesarkan lagi SAMTKKB bagi menampung bilangan pelajar yang semakin bertambah. Kerja-kerja pembesaran SAMTKKB telah memakan masa selama dua tahu. Di antara bangunan yang telah dibina pada peringkat kedua ialah sebuah bangunan sekolah iaitu blok C dan dua buah bangunan asrama puteri iaitu blok A dan blok B

Walaupun pihak JAIS menghadapi masalah kewangan sepanjang projek pembesaran SAMTKKB namun perkara tersebut tidak menjejaskan usaha-usaha pembesarannya. Pada awal tahun 1993, projekpembesaran musollah SAMTKKB dilakukan. Pada awal tahun 2003, pihak sekolah telah membina sebuah musollah untuk pelajar puteri. Hasil usaha dan titik peluh dati guru-guru dan sokongan yang padu dari pelajar sendiri, SAMTKKB telah berjaya mencapai kejayaan yang cemerlang dalam bidang akademik dan kokurikulum.

Lagu Maahadku SAMT Kuala Kubu Bharu ini telah dicipta pada 4 Februari 2008 oleh tiga orang pelajar STAM iaitu Yusma Firdaus, Mohd Hisyam dan Zulhaiqal. Lirik lagu ini ditulis oleh Ustazah Noorlelawati bt Abdul Ghani dan dibantu oleh Cikgu Zahari daripada SK1 dalam penyusunan lagu. Pelbagai dugaan dan cabaran terpaksa dilalui untuk menyiapkan lagu ini. Namun berkat kesabaran dan kesunggahan akhirnya lagu ini dapat dilancarkan dengan jayanya pada 31 Mac 2008 di Dewan Abu Hurairah, SAMTKKB.

Pencapaian[sunting | sunting sumber]

Pencapaian akademik[sunting | sunting sumber]

pada tahun 2015 sekolah agama menengah tinggi kuala kubu bharu telah memperoleh kejayaan cemerlang dalam SMA dengan 15 orang mumtaz 53 jayyid jiddan dengan gpa 98.6 sekaligus menerima anugerah sekolah harapan negeri ia juga telah memecahkan rekod sekolah sejak sekolah ini dibina 29 tahun lalu , bagi STAM pula 12 orang pelajar telah berjaya memperoleh keputusan mumtaz dengan salah seorang daripadanya memperoleh mumtaz sofi sekaligus membuatkan samtkkb mendapat tempat ke-empat dalam selangor.

Alamat[sunting | sunting sumber]

Sekolah Agama Menengah Tinggi Kuala Kubu Bharu
Jalan Pahang
Selangor, Malaysia
Telefon = 03-60641224
Faks = 03-60641224

Pautan luar[sunting | sunting sumber]