Sekolah Agama Menengah Tinggi Tengku Ampuan Rahimah
| Sekolah Agama Menengah Tinggi Tengku Ampuan Rahimah | |
|---|---|
Logo rasmi SAMT Tengku Ampuan Rahimah. | |
| Lokasi | |
| Sungai Manggis, 42700, Banting, Selangor Malaysia | |
| Koordinat | 2°49′57″U 101°31′58″T / 2.832592°U 101.532641°T |
| Maklumat | |
| Jenis sekolah | Sekolah Agama Menengah, Sekolah Agama Bantuan Kerajaan |
| Moto | Ilmu Sinar Bahagia |
| Autoriti pendidikan | PPD Kuala Langat |
| Nombor sekolah | 60331872396 |
| Kod sekolah | BFT1002[1] |
| Pengerusi PIBG | Tn. LAr Mohd Nazri Bin Saidon |
| Pengetua | Pn. Norafizah Binti Ahmad |
| GPK Pentadbiran dan Akademik | Pn. Mazinah Bt. Kasran |
| Penolong Kanan Hal Ehwal Murid | Tn. Hj. Abdullah bin Hasman |
| Penolong Kanan Kokurikulum | Tn. Hj. Khairun Nizam bin Jajuli |
| Faks | 60331878675 |
Sekolah Agama Menengah Tinggi Tengku Ampuan Rahimah atau nama ringkasnya SAMT Tengku Ampuan Rahimah (SAMTTAR), merupakan sebuah sekolah menengah Sekolah Agama Menengah Tinggi (SAMT) yang terletak di Kampung Sungai Manggis, Banting, Selangor Darul Ehsan.
Pada 2009, Sekolah Agama Menengah Tinggi Tengku Ampuan Rahimah memiliki 443 pelajar lelaki dan 900 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 943 orang. Ia mempunyai seramai 68 orang guru.2009
Sejarah penubuhan sekolah
[sunting | sunting sumber]Sejarah sekolah ini bermula pada bulan Januari 1943 apabila ia ditubuhkan di atas tanah wakaf Masjid Kg Sg Manggis. Pada tahun 1945, pentadbiran sekolah telah diambil alih oleh Kerajaan Negeri Selangor dengan Majlis Agama Islam Selangor bertindak sebagai pengelolanya.
Seterusnya, pada tahun 1959, sebahagian daripada bangunan asal sekolah telah diruntuhkan bagi memberi laluan kepada projek pembesaran Masjid Kg Sg Manggis, dan sebuah bangunan baharu telah dibina di sebelah masjid berkenaan. Sekolah ini kemudiannya dinaik taraf menjadi Sekolah Agama Menengah Khas pada tahun 1960. Perkembangan diteruskan pada tahun 1976 apabila sebuah bangunan baharu dibina dan sekolah ini dikenali sebagai Sekolah Arab Menengah Rendah Sg Manggis, sebelum namanya ditukar kepada Sekolah Agama Menengah Rendah Sungai Manggis.
Pada tahun 1983, sekumpulan pelajar sekolah ini menjadi antara kumpulan pertama belajar ke peringkat menengah tinggi di sekolah baharu iaitu Sekolah Agama Menengah Tinggi Tengku Ampuan Jemaah (SAMTTAJ), yang terletak di Seksyen 11, Shah Alam, Selangor.
Pada tahun 1985, Kerajaan Negeri Selangor telah memperuntukkan sebanyak RM1.8 juta bagi membina bangunan baharu, di mana sekolah ini mula dikenali sebagai Sekolah Agama Menengah Sg Manggis (Berasrama). Bagi menampung keperluan murid, satu projek kilat yang mengandungi 5 buah bilik darjah telah didirikan sepenuhnya oleh Kerajaan Negeri Selangor pada tahun 1988. Menjelang tahun 1989, sekolah ini dikenali sebagai Sekolah Agama Menengah Tinggi Sg Manggis yang menyediakan pembelajaran dari Tingkatan 1 hingga 6 Atas.
Kerjasama komuniti turut menyaksikan pembinaan sebuah lagi bangunan 5 bilik darjah pada tahun 1991 menerusi usaha bersama pihak sekolah, PIBG, dan pihak tentera melalui Projek Askar Turun ke Desa. Akhir sekali, pada tahun 1992, sekolah ini secara rasminya ditukar nama kepada Sekolah Agama Menengah Tinggi Tengku Ampuan Rahimah bersempena nama Permaisuri Sultan Selangor, dan telah dirasmikan oleh DYMM Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah.
Senarai pengetua
[sunting | sunting sumber]Rencana ini perlu dikemas kini. |
| Bil. | Nama | Mula | Akhir |
|---|---|---|---|
| 1. | Siti Romziah binti Madong | 2012 | 2018 |
| 2. | Mohd Yazid bin Sharif | 2018 | 2022 |
| 3. | Azlina binti Emam Buhari | 2022 | 2024 |
| 4. | Norafizah binti Ahmad | 2024 | Sekarang |
Alamat
[sunting | sunting sumber]- Sekolah Agama Menengah Tinggi Tengku Ampuan Rahimah
- Kampung Sungai Manggis
- Selangor, Malaysia
- Telefon = 60331872396
- Fax = 60331878675