Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Batu Rakit
Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Batu Rakit | |
---|---|
Lokasi | |
![]() Malaysia | |
Maklumat | |
Jenis sekolah | Sekolah Berasrama Penuh, Sekolah kerajaan |
Moto | Berilmu, Berakhlak, Berkualiti |
Nombor sekolah | 6096693769 |
Kod sekolah | TRA7002[1] |
Pengerusi PIBG | Prof Dr Mohd Zamri Bin Ibrahim |
Pengetua | sulaiman bin ngarif |
Kelas | 4 |
Penolong Kanan Hal Ehwal Murid | Supian bin che mat |
Penolong Kanan Kokurikulum | Puan Hasnizan binti Hassan |
Faks | 6096695911 |
Laman sesawang | http://sbpibaturakit.net |
Sila klik untuk gambar sekolah di Peta Google |
Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Batu Rakit atau nama ringkasnya BRaInS, (Bahasa Inggeris: Batu Rakit Integrated Boarding School) ialah Sekolah Berasrama Penuh bertempat di Terengganu Darul Iman. Sekolah ini ialah Sekolah Berasrama Penuh Integrasi (SBPI) yang pertama ditubuhkan di Terengganu. Di samping itu, Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Batu Rakit ialah Sekolah Tahfiz Model Ulul Albab (TMUA) sejak 2016 di mana pelajar akan menjalani program Tahfiz dalam sepanjang 5 tahun pengajian, yang mana program ini akan disepadukan dengan akademik mereka. Dengan status 'SBP Tahfiz Model Ulul Albab', Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Batu Rakit bertujuan untuk melahirkan pelajar al-huffaz muda dan proaktif dengan keputusan kokurikulum dan akademik yang cemerlang dan sangat baik. Program ini akan diikuti oleh beberapa SBP dipilih selepas pelaksanaan pertama di Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Batu Rakit.
Sejarah[sunting | sunting sumber]
SBP Integrasi Batu Rakit (BRaInS) yang dahulunya dikenali sebagai SMKA Batu Rakit telah dinaik taraf dan dibuka pada 17 Januari 2003. Sekolah ini terletak kira-kira 37 kilometer dari Kuala Terengganu. SBP Integrasi Batu Rakit mula dibina pada tahun 2001 dan diduduki pada awal tahun 2003 iaitu apabila bermulanya sesi pertama penggal persekolahan. Pada 5 Januari 2003, SMKA Batu Rakit dinaikkan taraf menjadi sebuah Sekolah Berasrama Penuh.
Pencapaian[sunting | sunting sumber]
SBP Integrasi Batu Rakit ialah sekolah yang pertama menggunakan satu sistem yang mesra alam antara sekolah di Malaysia dan merupakan projek yang kedua terbesar selepas projek pembinaan Universiti Sains Malaysia. SBP Integrasi Batu Rakit mempunyai segala kemudahan untuk pentadbir, para guru, pelajar dan kakitangan yang merangkumi kediaman Pengetua, Penolong Kanan 1, Penolong Kanan HEM, 24 unit kuarters guru, surau sekolah, kantin sekolah, dewan besar, dewan makan dan padang permainan.
Alamat[sunting | sunting sumber]
- Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Batu Rakit
- Batu Rakit, Kuala Nerus, Malaysia
- Terengganu Darul Iman, Malaysia
- Telefon = 6096693769
- Faks = 6096695911