Pergi ke kandungan

Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Gombak

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Gombak
Lokasi
Batu 8, Jalan Sungai Pusu, Gombak, KUALA LUMPUR, Selangor
Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah Berasrama Penuh, Sekolah kerajaan
MotoBenar Tepat Efektif
Nombor sekolah0361863050
Kod sekolahBRA7002[1]
Pengerusi PIBGDato’ Haji Zaihal Hazri Bin Haji Abdul Halim
PengetuaTuan Haji Badrol Shah Bin Abdul Saha
GPK Pentadbiran dan AkademikEncik Mohd Amirnudin bin Jaafar
Penolong Kanan Hal Ehwal MuridEncik Asim bin Mohd Ariff
Penolong Kanan KokurikulumPuan Norzailiza binti Ab Rahman
Faks0361858472
Laman sesawang


Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Gombak atau nama ringkasnya SBPI Gombak dan lebih dikenali sebagai INTEGOMB, merupakan sebuah Sekolah Berasrama Penuh yang terletak di Batu 8, Jalan Sungai Pusu, Gombak.

Pada 2009, Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Gombak memiliki 245 pelajar lelaki dan 243 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 488 orang. Ia mempunyai seramai 67 orang guru.2009

Konsep Sekolah Berasrama Penuh Integrasi (SBPI) telah diilhamkan oleh Tan Sri Musa bin Muhammad, pada penghujung tahun 2000 semasa beliau memegang jawatan Menteri Pelajaran Malaysia. SBPI diwujudkan seiring dengan permintaan aliran Sains Agama yang semakin mendapat sambutan daripada pada masa kini. SBPI menawarkan 2 aliran iaitu aliran Sains Agama dan aliran Sains Tulen.

SBP Integrasi Gombak adalah satu daripada beberapa buah sekolah yang berkonsepkan integrasi dalam arena Sekolah Berasrama Penuh di Malaysia. SBP Integrasi Gombak menempatkan murid-murid yang terpilih dan terletak di Daerah Gombak. Sekolah ini telah beroperasi pentadbirannya pada Disember 2002 dan menerima kemasukan murid ambilan pertama pada 17 Februari 2003. Seramai 162 orang murid telah mendaftar pada hari tersebut yang terdiri daripada 82 orang murid tingkatan 1 dan 80 orang murid tingkatan 4.

Pada hari pertama pendaftaran, hanya seramai 14 orang tenaga pengajar tanpa staf sokongan. Terdapat hanya 7 buah kelas iaitu 4 buah kelas tingkatan 1 dan 3 kelas tingkatan 4, iaitu 1 Bestari, 1 Cendekia, 1 Fikrah, 1 Intelek, 4 Bestari, 4 Cendekia dan 4 Fikrah. Manakala asrama hanya 6 buah kamar putera dan 6 buah kamar puteri.

5

Lagu Sekolah

[sunting | sunting sumber]

Dipersada Ilmu

Putra Putri berganding bahu

Bersama menuntut ilmu

Menuju arah satu

Dipersada Ilmu

Kalangan cekal bersahsiah terpuji

Benar, Tepat dan Efektif

Kekuatan minda dijana

Nadi penggerak jaya

SBPI Gombak cemerlang

Geraknya terancang

Optimis capai impian

Bertatah gemilang

Dipersada Ilmu

Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Gombak
Batu 8, Jalan Sungai Pusu, Gombak
Selangor, Malaysia
Telefon = 361863050
Faks = 361858472

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]