Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Gopeng

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Gopeng
Lokasi
Jalan Kota Bharu,, Gopeng, 31600, Perak Darul Ridzuan
 Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah Berasrama Penuh, Sekolah Kluster Kecemerlangan, Sekolah Berprestasi Tinggi, Sekolah Kerajaan
MotoIlmu, Amal, Iman
Ditubuhkan2003
Nombor sekolah(+6)05-3597688
Kod sekolahARA9001[1]
Pengerusi PIBGEn. Jasni bin Hashim
PengetuaPn. Hjh Roslina binti Ishak
GPK Pentadbiran dan AkademikPn. Ainul Akmar binti Ahmad Tazalli
Penolong Kanan Hal Ehwal MuridCik Sauyah binti Abdul Halim
Penolong Kanan KokurikulumEn. Wan Norzuhairi bin Wan Abdullah
Faks(+6)05-3591788
Laman sesawang
"Menjana Komuniti Berilmu Bertaraf Dunia"


Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Gopeng (IGOP) atau nama ringkasnya SBPI Gopeng, merupakan salah sebuah Sekolah Berasrama Penuh di negara ini yang terletak di Jalan Kota Bharu. SBPI Gopeng mula dibuka pada 17 Februari 2003 dengan pengambilan pelajar perintis seramai 220 orang. SBPI Gopeng juga merupakan salah sebuah daripada 8 buah sekolah integrasi yang mula diperkenalkan pada tahun 2002. SBPI Gopeng merupakan Sekolah Berasrama Penuh Integrasi yang pertama dan satu-satunya dibuka di negeri Perak.

Dalam merealisasikan Falsafah Pendidikan Negara untuk melahirkan insan yang harmonis dan seimbang dari segi jasmani, rohani, intelek dan sosial, Kementerian Pendidikan Malaysia telah menubuhkan sekolah integrasi yang menyediakan bidang Sains Tulen, Sains Tulen Agama dan Sains Teknikal. Pada 2009, Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Gopeng memiliki 231 pelajar lelaki dan 256 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 487 orang. Ia mempunyai seramai 59 orang guru.2009

Pada 2013, Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Gopeng (I-GOP) telah dianugerahkan Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT) Kohort 4 oleh Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM).[2]

Latar Belakang Sekolah[sunting | sunting sumber]

Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Gopeng (I-GOP) dibina di atas Lot 137664 dalam Mukim Teja, Daerah Kecil Gopeng. Luas kawasan sekolah ini adalah 27 ekar. Pembinaan bermula pada 13 November 2000. Kos pembinaannya menelan belanja sebanyak RM 30.4 juta. I-GOP adalah merupakan salah sebuah daripada 14 Sekolah Menengah Kebangsaan Agama yang telah dinaiktaraf sebagai Sekolah Berasrama Penuh Integrasi.

I-GOP telah beroperasi secara pentadbiran pada bulan Disember 2002 dan dibuka pada tanggal 2 Januari tahun 2003. Manakala pada 17hb Februari 2003, I-GOP telah menerima murid sulong yang terdiri dari 89 orang murid Tingkatan 1 dan 81 orang murid Tingkatan Empat, dengan kekuatan 10 orang guru. Bilangan murid sekolah ini bertambah tahun demi tahun dan pada tahun 2010 seramai 599 orang murid yang terdiri daripada 290 putera dan 309 puteri telah menimba ilmu di sekolah ini. Bilangan guru juga telah bertambah kepada 60 orang pada tahun 2008 dengan dibantu oleh 22 orang kakitangan sokongan.

Profil sekolah[sunting | sunting sumber]

Moto[sunting | sunting sumber]

Ilmu, Amal, Iman

Visi[sunting | sunting sumber]

Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Gopeng Menjana Komuniti Berilmu Bertaraf Dunia.

Misi[sunting | sunting sumber]

Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Gopeng melaksanakan:-

  • Pengurusan pendidikan berkualiti
  • Kepimpinan
  • Pembangunan sahsiah
  • Kecermelangan kokurikulum
  • Memasyarakatkan sekolah

Piagam Pelanggan[sunting | sunting sumber]

Kami warga Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Gopeng berazam untuk merealisasikan Pengurusan Pendidikan Berkualiti seperti berikut:-

  • Melaksanakan pengurusan pendidikan berkualiti yang cekap dan berkesan
  • Memaksimumkan penggunaan ICT dalam P&P dan pentadbiran
  • Menyediakan kemudahan pembelajaran yang lengkap dan kondusif
  • Menyediakan peluang dan kemudahan aktiviti kokurikulum untuk semua murid
  • Menyediakan prasarana asrama yang selesa dan kondusif
  • Setiap guru dan kakitangan akan mendapat latihan peningkatan profesionalisme sekurang-kurangnya 7 hari dalam setahun
  • Setiap aduan guru, ibu bapa dan waris serta murid-murid akan diambil tindakan dalam tempoh 7 hari.
  • Memastikan sistem penyampaian maklumat secara tulus dan berkesan
  • Setiap pelanggan akan dilayan dengan mesra dan berbudi bahasa daripada warga sekolah
  • Pengurusan kewangan yang cekap, berkesan dan mematuhi peraturan yang sedang berkuatkuasa
  • Melaksanakan arahan Kementerian Pelajaran Malaysia dengan mengambil tindakan segera selewat-lewatnya 3 hari dari tarikh menerima arahan
  • Sila berurusan dengan Pengetua untuk mendapatkan sebarang maklumat

Falsafah Sekolah[sunting | sunting sumber]

Kesepaduan antara ilmu yang sempurna dan pengetahuan yang luas adalah tunggak dalam usaha membina insan berbudaya.

Lagu Sekolah[sunting | sunting sumber]

Ilmu Sentiasa Dijunjung
Agama Tetap Dijulang
Tabah, Harungi, Segala Liku Ini
Jasmani Dan Rohani, Sama Diimbangi
Azam Nyalakan Kukuh Peribadi

Integrasi Mencapah Ilmu
Lahirkan Insan Berkualiti
Harumkan Persada Pertiwi
Jayakan Wawasan Suci
Integrasi Gopeng Sedia Berbakti

[sunting | sunting sumber]

  1. Atom Bohr  : Merujuk kepada sains teras pemangkin kecermelangan pelajar
  2. Bentuk Bulatan  : Melambangkan keseimbangan individu
  3. buku  : Melambangkan pegangan agama sebagai asas kepada keimanan, ilmi dan amalan
  4. Jangka Lukis dan Gear  : Matlamat sekolah bagi melahirkan pelajar yang seiring dengan kemajuan negara yang berasaskan sains dan teknologi
  5. Lima bulatan yang bercantum  : Matlamat sekolah bagi melahirkan pelajar yang berpotensi ke arah kecermelangan insan yang seimbang dari segi intelek, emosi dan jasmani berteraskan 5 Rukun Islam dan 5 Rukunegara

Tiga Pakej Aliran Menengah Atas[sunting | sunting sumber]

Aliran Sains Tulen Agama[sunting | sunting sumber]

Kod Subjek Bahasa Dalam Peperiksaan
1103 Bahasa Melayu Bahasa Melayu
1119 Bahasa Inggeris Bahasa Inggeris
1449 Matematik Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris
1249 Sejarah Bahasa Melayu
3472 Matematik Tambahan Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris
5227 Pendidikan Al-Quran dan As-Sunnah Bahasa Melayu
5228 Pendidikan Syariah Islamiah Bahasa Melayu
2361 Bahasa Arab Tinggi Bahasa Arab
4531 Fizik Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris
4541 Kimia Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris
4551 Biologi Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris

Aliran Sains Tulen[sunting | sunting sumber]

Kod Subjek Bahasa Dalam Peperiksaan
1103 Bahasa Melayu Bahasa Melayu
1119 Bahasa Inggeris Bahasa Inggeris
1223 Pendidikan Islam Bahasa Melayu
1449 Matematik Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris
1249 Sejarah Bahasa Melayu
3472 Matematik Tambahan Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris
4531 Fizik Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris
4541 Kimia Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris
4551 Biologi Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris

Sistem Rumah[sunting | sunting sumber]

Sekolah ini mengamalkan sistem rumah sepertimana Sekolah Berasrama Penuh yang lain yang terdiri dari empat rumah:

  • Mutiara - Rumah kuning.
  • Nilam - Rumah biru.
  • Delima - Rumah merah.
  • Zamrud - Rumah hijau.

Pencapaian[sunting | sunting sumber]

  1. Anugerah Sekolah Cemerlang (2009)
  2. Anugerah Tawaran Baru Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) Pendidikan (2010, 2011, 2012, 2013, 2014)
  3. Bai'ah "New Deals" (2010, 2011, 2013)
  4. Anugerah Asrama Terbilang (Tempat Keempat, 2011), (Tempat Kelima, 2012), (Tempat Ketiga, 2013), (Naib Johan, 2014), (Johan, 2015, 2016), (Naib Johan, 2017)
  5. Anugerah Sistem Rumah Terbilang (Tempat Keempat, 2014)
  6. Anugerah Sekolah Kluster Kecemerlangan (2011)
  7. Anugerah Sekolah Berprestasi Tinggi (2013)

Perhubungan[sunting | sunting sumber]

Alamat:

Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Gopeng
Jalan Kota Bharu
31600, Gopeng
Perak,  Malaysia

No. Telefon / Faksimili :

No. Telefon = (+6)05-3597688
No. Faksimili = (+6)05-3591788

Informasi ICT :

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]