Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Jempol

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Jempol
Moto Ilmu Memantapkan Iman
Jenis Sekolah Berasrama Penuh, Sekolah Kluster Kecemerlangan, Sekolah Berprestasi Tinggi, Sekolah Kerajaan
Pengetua Tuan Haji Amir bin Berau
Penolong Kanan Pentadbiran dan Akademik Puan Siti Nor binti Musa
Penolong Kanan Hal Ehwal Murid Puan Norlela binti Baharuddin
Penolong Kanan Kokurikulum Puan Ku Zaleha binti Ku Saad
Kod sekolah NRA 6001
Lokasi Batu Kikir
Jempol, Negeri SembilanNegeri Sembilan Darul Khusus
Kemasukan Pelajar Tingkatan 1 - Tingkatan 5
Nama singkatan INTEJ, SBPIJ
Laman sesawang http://www.sbpijempol.edu.my

Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Jempol (INTEJ) merupakan salah sebuah Sekolah Berasrama Penuh di Malaysia. Sekolah ini merupakan SBP yang ke-40 ditubuhkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia selepas SM Sains Kuala Terengganu dan juga SBP yang kelima di Negeri Sembilan selepas SM Agama Persekutuan Labu. Sekolah ini terletak di pekan Batu Kikir, Negeri Sembilan. Sekolah ini terletak di sempadan antara daerah Jempol dengan Kuala Pilah. Bahau ialah bandar terdekat dengan sekolah ini. Sekolah ini merupakan antara sekolah menengah terbaik di Negeri Sembilan. Sekolah ini telah mendapat status sebagai Sekolah Kluster Kecemerlangan pada tahun 2011. Pada tanggal 18 September 2013, INTEJ telah berjaya mendapat pengiktirafan sebagai Sekolah Berprestasi Tinggi daripada Kementerian Pendidikan Malaysia.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Jempol mula dibuka pada 7 Januari 2002. Pada peringkat awal, sekolah ini dikenali sebagai Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Jempol (SMKAJ) sebelum menjadi Sekolah Menengah Agama Persekutuan Jempol (SMAPJ). Kemudian, sekolah ini telah dinaik taraf sebagai Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Jempol (INTEJ) pada 3 Disember 2003.

Sekolah ini pada mulanya menumpang di Sekolah Menengah Kebangsaan Batu Kikir (SMKBK) selama hampir 7 bulan sementara menunggu bangunan sekolah siap dibina. Sesi persekolahan dijalankan pada sebelah petang. Sebelum kedatangan Puan Pengetua, Puan Rubiyah Harun pada 16 Mac 2002, tugas pengetua dipangku oleh Guru Penolong Kanan Pentadbiran, Puan Hajjah Zabidah binti Haji Lasim. Bilangan guru pada ketika itu hanyalah seramai 16 orang dan seorang kakitangan sekolah. Bilangan pelajar tingkatan satu yang mendaftar adalah seramai 150 orang dan tingkatan empat seramai 29 orang.

Pada 8 Julai 2002, INTEJ telah berpindah ke bangunan rasmi sekolah yang terletak kira-kira 0.5 kilometer daripada SMKBK dengan keluasan kira-kira 48 ekar persegi dan dilengkapi kemudahan-kemudahan moden yang serba canggih bagi membolehkan para pelajar belajar dengan selesa dalam suasana kondusif.

Pada tahun 2003, bermula dari 8 Januari sehinggalah ke bulan Julai, seramai 188 pelajar yang terdiri daripada tingkatan satu dan empat mendaftar secara berperingkat-peringkat di sekolah ini. Sehingga akhir Oktober, jumlah keseluruhan pelajar INTEJ adalah seramai 367 orang dan kakitangan akademik pula seramai 54 orang manakala kakitangan sekolah seramai 12 orang. Pada tahun 2003, dua aliran ditawarkan untuk pelajar tingkatan empat iaitu Sains Agama dan Sains Tulen.

Kini, bilangan pelajar di INTEJ telah bertambah sehingga lebih kurang 530 orang dan dibarisi seramai 58 orang guru dan 20 orang staf sokongan. Bertepatan dengan nama Integrasi yang telah diberikan, sekolah ini juga telah memperkenalkan tiga aliran yang boleh dipilih oleh pelajar peringkat menengah atas iaitu aliran Sains Agama, Sains Tulen dan Sains Teknikal.

Visi Sekolah[sunting | sunting sumber]

Sekolah Unggul Penjana Generasi Terbilang.

Misi Sekolah[sunting | sunting sumber]

Membangun Potensi Individu Melalui Pendidikan Berkualiti.

Lagu Sekolah[sunting | sunting sumber]

Tersergam megah namamu di persada,
Menjadi lambang kebanggaan semua,
Kita cemerlang, gemilang dan terbilang,
Di mata dunia.

Harapan semua tak kami persia,
Berbakti demi nusa bangsa,
Tabah gagah mendukung cita-cita,
SBPIJ berjaya.

Di sini kami sematkan ikrar murni,
Sedia berkorban demi ibu pertiwi,
Semua cabaran rela diharungi,
Teguh berbakti.

Senarai Pengetua[sunting | sunting sumber]

Bil Nama Tahun Sebab Berhenti
1 Puan Hajah Rubiyah binti Haron 2002 - 2004 Menjadi pengetua di SBP Integrasi Kubang Pasu
2 Puan Hajah Rashidah binti Md Arif 2004 - 2007 Menjadi pengetua di Sekolah Seri Puteri
3 Puan Hajah Zainun binti Abdullah 2007 - 2016 Bersara
4 Puan Roslina binti Ahmad 2016 - 2017 Menjadi pengetua di Sekolah Seri Puteri
5 Tuan Haji Amir bin Berau 2018 - kini

Sistem Rumah[sunting | sunting sumber]

Seperi SBP lain, INTEJ juga menggunakan sistem rumah sukan. Antaranya ialah :

Sistem Kelas[sunting | sunting sumber]


2Aliran Sains Tulen Agama
3Aliran Sains Tulen

Tiga Pakej Aliran Menengah Atas[sunting | sunting sumber]

Aliran Sains Tulen Agama[sunting | sunting sumber]

  1. Bahasa Melayu
  2. Bahasa Inggeris
  3. Matematik
  4. Matematik Tambahan
  5. Sejarah
  6. Pendidikan Al-Quran dan As-Sunnah
  7. Pendidikan Syariah Islamiah
  8. Bahasa Arab
  9. Fizik
  10. Kimia
  11. Biologi

Aliran Sains Tulen[sunting | sunting sumber]

  1. Bahasa Melayu
  2. Bahasa Inggeris
  3. Matematik
  4. Matematik Tambahan
  5. Sejarah
  6. Pendidikan Agama Islam
  7. Fizik
  8. Kimia
  9. Biologi
  10. Prinsip Perakaunan (pilihan)

Asrama[sunting | sunting sumber]

Asrama putera atau lebih dikenali sebagai Aspura As-Syafie adalah kediaman pelajar lelaki di sekolah. Asrama puteri dikenali sebagai Aspuri Rabiatul Adawiah adalah kediaman bagi pelajar perempuan. Asrama ini mempunyai 3 aras 20 buah dorm mengikut rumah sukan, sebilik Majlis Tertinggi Pelajar, bilik warden, bilik bacaan, bilik rehat,bilik sakit (bilik As-Shifa') dan bilik air. Setiap rumah sukan mempunyai 5 buah dorm.Terdapat perkhidmatan 4 buah masing-masing dryer machine dan washer machine pada setiap aras.

  • Aras 1 = Bilik Warden, Bilik Majlis Tertinggi Pelajar 1, Bilik tetamu 1,bilik tetamu 2, Hamzah 5,Thariq 5,Usamah 5,Khalid 5 ,dua buah mesin basuh ,2 buah dryer machine dan tiga buah bilik air.
  • Aras 2 = Bilik Bagasi,Khalid 1,Khalid 2,Khalid 3,Khalid 4,Usamah 1,Usamah 2,Usamah 3,Usamah 4 empat buah washer machine, 4 buah dryer machine dan empat buah bilik air.
  • Aras 3 =Hamzah 1,Hamzah 2,Hamzah 3,Hamzah 4,Thariq 1,Thariq 2,Thariq 3, Thariq 4 ,epat buah washer machines, 4 buah dryer dan empat buah bilik air.

Pencapaian Sijil Pelajaran Malaysia[sunting | sunting sumber]

Bil Batch Tahun GPK Ranking SBP
1 0206 2006 53
2 Evoke 0307 2007 27
3 Vivid 0408 2008 2.2480 30
4 Prodigy 0509 2009 1.5526 13
5 0610 2010 1.5429 13
6 Zealous 0711 2011 1.6416 24
7 Intelligensia 0812 2012 1.9714 37
8 E'clat 0913 2013 2.1923 53
9 Deviver 1014 2014 2.0366 29
10 Armada 1115 2015 2.1412 34
11 Fortaleza 1216 2016 2.3224 42
12 Clarion 1317 2017 2.6090 51

ETOS Sekolah[sunting | sunting sumber]

INTEJ telah mendapat status Sekolah berprestasi tinggi . Dua etos yang telah dipiliha oleh pihak sekolah ialah Sukan Ragbi dan Bahasa Inggeris

Pautan luar[sunting | sunting sumber]