Pergi ke kandungan

Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Kuantan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Kuantan
سكوله براسراما ڤنوه اينتڬراسي كوانتن
Lokasi
Bandar Indera Mahkota, 25200 Kuantan, Pahang Darul Makmur
Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah Berasrama Penuh (SBP), Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT), Sekolah Kluster Kecemerlangan (SKK), Sekolah kerajaan
MotoMembentuk Generasi Pemimpin
Autoriti pendidikanPPD Kuantan, BPSBP KPM
Nombor sekolah6095733994
Kod sekolahCRA4001
Pengerusi PIBGEncik Wan Emril Nizam bin Wan Embong
PengetuaTuan Haji Ropizalhazri bin Haji Ismail
GPK Pentadbiran dan AkademikPuan Hajah Norsiati binti Razali @ Mohd Ghazali
Penolong Kanan Hal Ehwal MuridPuan Rahayu binti Mohamed
Penolong Kanan KokurikulumPuan Zalini binti Mat Zain
Laman sesawang

Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Kuantan (INTEK) merupakan sebuah Sekolah Berasrama Penuh jenis Integrasi yang terletak di Bandar Indera Mahkota, 6 km ke bandar Kuantan.Sekolah ini juga pernah mendapat Sekolah Kluster Kecemerlangan pada tahun 2011 namun pada tahun 2012 INTEK telah diiktiraf sebagai sebuah sekolah elit di Malaysia apabila meraih SEKOLAH BERPRESTASI TINGGI KOHORT 3 (SBT) . Sekolah ini masih meneruskan perjuangan sehingga mencapai Visi Sekolah .

Sekolah ini mula beoperasi pada 04 Ogos 2003 dengan 180 pelajar membuat pendaftaran pertama. Pada 2025, Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Kuantan memiliki 297 pelajar lelaki dan 295 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 592 orang. Ia mempunyai seramai 57 orang guru.2025

Misi sekolah

[sunting | sunting sumber]

Melahirkan insan yang cemerlang sesuai dengan tuntutan agama, bangsa dan negara.

Visi sekolah

[sunting | sunting sumber]

Menjelang tahun 2025, SBPI Kuantan menjadi sebuah sekolah unggul bagi melahirkan modal insan kelas pertama.

Pentadbiran

[sunting | sunting sumber]
Pengetua : Tuan Haji Ropizalhazri bin Haji Ismail
PK Pentadbiran : Puan Hajah Norsiati binti Razali @ Mohd Ghazali
PK Hal Ehwal Murid : Puan Rahayu binti Mohamed
PK Kokurikulum : Puan Zalini binti Mat Zain
  1. Tingkatan 1 ,2 & 3: Aktuari, Anatomi, Astronomi, Arkeologi
  2. Tingkatan 4 & 5 Sains Tulen Agama : Ibnu Khaldun, Ibnu Sina
  3. Tingkatan 4 & 5 Sains Tulen : Al - Farabi , Al - Biruni ,

SBP Integrasi Kuantan, atau nama ringkasnya INTEK telah dimulakan pembinaannya pada awal 2000 dan siap sepenuhnya pada akhir 2002. Ianya mula beroperasi pada 04 Ogos 2003 dengan seramai 100 pelajar Tingkatan 1, manakala seramai 80 pelajar Tingkatan 4 telah mendaftarkan diri awal tahun 2004. Pada tahun 2005, pelajar ambilan pertama tersebut telah mengambil peperiksaan SPM dan PMR pertama di INTEK.

Pada tahun 2011,INTEK telah diiktiraf sebagai Sekolah Kluster Kecemerlangan manakala pada tahun 2012,INTEK dijulang sebagai salah sebuah sekolah elit di Malaysia apabila diiktiraf sebagai Sekolah Berprestasi Tinggi.

Antara tokoh terkenal yang merupakan alumni sekolah ini ialah Mohd Faridzul dan Mohd Farhan sebagai tokoh usahawan manakala Wan Mohammad Asyraf sebagai tokoh sukan yang mewakili Malaysia dalam permainan ragbi.

Kebitaraan (ETOS)

[sunting | sunting sumber]

Inovasi Sains - Mencapai sehingga Peringkat Kebangsaan dan Antarabangsa

Ragbi - Mencapai sehingga Peringkat Kebangsaan dan Antarabangsa

Pentadbiran awal INTEK

[sunting | sunting sumber]

Pengetua pertama INTEK ialah Encik Salleh bin Wan Daud A.M.N. Beliau berasal dari negeri Kelantan telah mentadbir INTEK dari Ogos 2003 hingga 2005.

Biodata beliau: Dilahirkan pada 25 November 1951 di Kota Bharu, Kelantan Beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu (1-3), Special Malay School (4-6), Sekolah Menengah Kota Bahru, Maktab Sultan Ismail (Tingkatan 6). Beliau meneruskan pengajian di Universiti Malaya dalam bidang Bahasa Melayu.

   Pernah berkhidmat di :
       Sekolah Menengah Seri Nerang, Besut Terengganu.
       Sekolah Menengah Mahmud Mahyidin, Kota Bharu.
       Sekolah Menengah Jengka 2 dan Jengka 8.
       Sekolah Menengah Dato Bahaman Lanchang Pahang.

Mula berkhidmat di SBPI Kuantan(INTEK) pada 16 Jun 2003. Menjawat jawatan Pengarah Maktab Perguruan Batu Rakit, Kuala Terengganu pada 22 Jun 2005.

Apa itu SBPI?

[sunting | sunting sumber]

SBP adalah ringkasan yang digunakan di Malaysia merujuk kepada Sekolah Berasrama Penuh. SBP merupakan sekolah tanggungan penuh Kerajaan Malaysia dan semua pelajar yang dipilih khas hendaklah tinggal di asrama dengan kawalan warden bertugas diluar waktu rasmi sekolah.

SBPI pula mempunyai integrasi dari segi aliran yang boleh ditentukan oleh pihak Bahagian Sekolah Berasrama Penuh & Kluster Kecemerlangan, iaitu Aliran Sains Tulen, Sains Tulen Agama dan Sains Tulen Teknikal (sehingga 2016). Pelajar di menengah rendah pula wajib mengambil mata pelajaran Bahasa Arab.

Mata Pelajaran Menengah Atas SBPI

[sunting | sunting sumber]

1) Bahasa Melayu

2) Bahasa Inggeris

3) Pendidikan Islam (kec. aliran agama)

4) Matematik

5) Sejarah

6) Matematik Tambahan

7) Fizik

8) Kimia

9) Biologi

10) Bahasa Arab Tinggi (aliran agama shj.)

11) Pend. Quran Sunnah (aliran agama shj.)

12) Pend. Syariah Islamiah (aliran agama shj.)

Mata Pelajaran Menengah Rendah

[sunting | sunting sumber]

1) Bahasa Melayu

2) Bahasa Inggeris

3) Bahasa Arab

4) Sains

5) Matematik

6) Sejarah

7) Geografi

8) Pendidikan Islam

9) Asas Sains Komputer

10) Reka Bentuk dan Teknologi

Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Kuantan
Bandar Indera Mahkota
25200, Kuantan
Pahang, Malaysia
Telefon = 6095733994

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]