Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Tun Abdul Razak

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Koordinat: 3°34′N 103°23′E / 3.567°N 103.383°E / 3.567; 103.383

Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Tun Abdul Razak
Moto Beyond Success
Ditubuhkan (2003-08-04) 4 Ogos 2003 (umur 14)
Dirasmikan (2003-08-04) 4 Ogos 2003 (umur 14)
Jenis Sekolah Berasrama Penuh, Sekolah kerajaan
Pengetua Tuan Haji Azhari bin Tauhid
Kod sekolah CRA5001
Lokasi  Malaysia Pulau Serai Pekan, Pahang Darul Makmur, Malaysia
Nama singkatan InSTAR
Laman sesawang Facebook
Telefon 6094101010
Faks 6094101030


Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Tun Abdul Razak (Inggeris: Tun Abdul Razak Integrated Boarding School, Singkatan: InSTAR) merupakan sebuah daripada 54 buah Sekolah Berasrama Penuh (SBP) di Malaysia. Sekolah ini terletak di Pulau Serai, Pekan, Pahang. Pada 2009, Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Tun Abdul Razak memiliki 197 pelajar lelaki dan 228 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 425 orang. Ia mempunyai seramai 58 orang guru.2009

Keluasan tapak sekolah ini yang terletak dalam kawasan DUN Peramu Jaya, Parlimen Pekan, kira-kira 15km dari bandar Pekan dan 35km dari bandar Kuantan ialah 38 ekar.

Moto sekolah ini ialah Beyond Success dan visi sekolah ialah Pendidikan Sepanjang Hayat.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

InSTAR yang telah dibuka pada 4 Ogos 2003 dengan nama Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Pekan (SBPIP) hanya dihuni oleh para pelajar Tingkatan Satu yang diambil dari sekolah-sekolah yang berkelayakan.

Pengambilan para pelajar Tingkatan Empat pertama dimulakan pada tahun 2004.

Pada 23 Mei 2010, nama Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Pekan telah ditukar secara rasmi kepada Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Tun Abdul Razak dengan nama singkatan InSTAR (Intergrated Boarding School of Tun Abdul Razak). Sejak itu, InSTAR terus berkembang dan kini telah mencapai muatan maksimum dengan enrolmen 560 orang pelajar, 62 orang guru dan 20 orang kakitangan sokongan.

Sistem akademik[sunting | sunting sumber]

Seperti Sekolah-sekolah Berasrama Penuh Integrasi di Malaysia yang lain, InSTAR mewajibkan para pelajar menengah rendah mengambil sembilan (9) mata pelajaran bagi Penilaian Menengah Rendah (PMR) termasuk subjek Bahasa Arab Komunikasi.

Bagi para pelajar menengah tinggi, mereka ditawarkan untuk meneruskan pembelajaran dalam salah satu aliran yang ditawarkan untuk Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) iaitu:

1. Sains Tulen menawarkan 9 subjek untuk SPM iaitu Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Sejarah, Matematik, Matematik Tambahan, Biologi, Fizik, Kimia, Pendidikan Agama Islam.

2. Sains Tulen Agama menawarkan 11 subjek untuk SPM iaitu Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Sejarah, Matematik, Matematik Tambahan, Biologi, Fizik, Kimia, Bahasa Arab Tinggi, Pendidikan Quran dan Sunnah Pendidikan Syariah Islamiyah.

Bahasa antarabangsa yang diperkenalkan di sekolah ini ialah Bahasa Arab dan Bahasa Perancis. Sekolah ini juga terlibat dalam program BCCC iaitu salah satu program pengantarabangsaan sekolah.

Senarai pengetua[sunting | sunting sumber]

Sejak beroperasi pada 4 Ogos 2003, InSTAR telah diterajui oleh beberapa orang pengetua seperti berikut:

Bil Nama Tahun Khidmat
1 Tuan Haji Abas bin Abdul Rahman, AMP 2003-2006
2 Tuan Haji Mokhtar bin Abdullah, AMP, AMN, PKC 2006-2008
3 Tuan Haji Azhari bin Tauhid, SMP 2008-2011
4 Puan Lailatun Zalaliah bt Hussain 2011-2014
5 Tuan Haji Zaimi Abu Bakar 2014-2016
6 Encik Ahmad Zamri Bin Mat Isa 2016-kini

Tuan Haji Azhari bin Tauhid telah menerajui InSTAR sejak 16 April 2008. Dalam Rancangan Jangka Panjang 2010-2015, visi sekolah ini telah diubah kepada "Menjadi Sekolah Berkesan Yang Bertaraf Dunia" yang disesuaikan dengan Visi Bahagian Sekolah Berasrama Penuh Dan Sekolah Kecemerlangan iaitu "Peneraju Pendidikan Bertaraf Dunia". Salah satu agenda terhadap pencapaian visi ini ialah pengemblengan seluruh tenaga ke arah pencapaian taraf "Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT)". Enam lampiran yang ditetapkan dalam SBT cuba dicapai melalui program-program dalam rancangan jangka panjang tersebut yang dihalusi dalam rancangan jangka pendek tahunan. Slogan 2011 "We come, We win, We lead" direalisasikan dalam pelbagai kejayaan di peringkat Kebangsaan dan Antarabangsa dalam pelbagai bidang terutamanya inovasi sains. Pada 1 Oktober 2011, Tuan Haji Azhari telah ditukarkan ke SEMSAS dan kini, InSTAR diterajui oleh Pn. Lailatun Zalaliah bt Hussain.

Pencapaian[sunting | sunting sumber]

InSTAR Pekan menuju berwawasan Bersama azam jalin keilmuan Di sini kami berjuang berusaha Tekun penuh cekal waspada

We strive for excellence to be successful Discipline, commited is our ethics It visualizes the true colour of us To respect our teachers

Visinya pendidikan sepanjang hayat Demi agama, bangsa dan negara Rohani yang kuat bersama ik’tikad Kejayaan semua ( Arabic version)

We survive and struggle for the great With the challenge the success’s ours Begin with the… spirit of excellence Aim towards the great nation

Bersatu… berganding bahu Generasi gemilang Begin with the… spirit of excellence Aim towards the great nation

Mari kita… terus mara Usaha jaya BEYOND SUCCESS

Ikrar pelajar[sunting | sunting sumber]

We, the students of InSTAR,
pledge to,


Strive for excellence,
Be well-disciplined,
Always respect teachers,
Cleanliness is our way of life,
Well-mannered we will always be,
Pursue knowledge,
Live life harmoniously.

[sunting | sunting sumber]

Alamat[sunting | sunting sumber]

Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Tun Abdul Razak
Pulau Serai
26600, Pekan
Pahang, Malaysia
Telefon = 6094101010
Faks = 6094101030

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]