Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Rawang

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Rawang
Moto Sumber Penjana Muslim Bestari
Jenis Sekolah Berasrama Penuh, Sekolah kerajaan
Pengetua En Addenan bin Osman
Penolong Kanan Pentadbiran dan Akademik Tuan Haji Kamilen bin Marzoki
Penolong Kanan Hal Ehwal Murid Tuan Haji Tolhah Bin Ramli
Penolong Kanan Kokurikulum Encik Ilyas Bin Hamat
Pengerusi PIBG Puan Hazizah Kasim
Kod sekolah BRA7001
Lokasi Rawang Gombak, Selangor, Malaysia
Nama singkatan SEPINTAR
Laman sesawang http://www.sbpirawang.com/
Telefon 0360928192
Faks 0360917309
Logo SEPINTAR.

Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Rawang (SBPI Rawang) atau lebih dikenali sebagai SEPINTAR, merupakan sebuah sekolah jenis Sekolah Berasrama Penuh (SBP) yang terletak di Bandar Tasik Puteri, Rawang, Selangor Darul Ehsan. Pada awalnya dikenali sebagai SEBUTIR, namun telah diberi penamaan semula kepada SEPINTAR.

Pada 2009, Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Rawang memiliki 235 pelajar lelaki dan 224 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 459 orang. Ia mempunyai seramai 65 orang guru.2009

Prasarana[sunting | sunting sumber]

Terdapat banayak prasarana dan kemudahan yang disediakan di sekolah ini, bertujuan untuk memudahkan para pelajar dan guru dalam menjalankan peranan masing-masing demi mencapai visi dan misi sekolah. Prasrana dan kemudahan yang sedia ada ditambah selepas SEPINTAR mencapai tahap Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT). Antara prasrana dan kemudahan yang disediakan ialah :

  • Dewan Al-Aqsa
    Tuan Haji Addenan Bin Osman, Pengetua SEPINTAR sedang merasmikan Karnival Dakwah Bidang Pendidkan Islam pada 3 Mei 2016 di Dewan Al-Aqsa.

Dewan Al-Aqsa merupakan dewan utama bagi SEPINTAR. Dewan ini merupakan tempat utama dalam melaksanakan majlis penting sekolah seperti Sambutan Hari Guru, Pesta Sepintar Talent Enrichment Programme (STEP), Majils Anugerah Cemerlang (MAC) dan sebagainya. Dewan ini juga merupakan tempat untuk menjalankan peperiksaan awam seperti Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang biasanya diadakan pada bulan November dan Disember dan peperiksaan Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3) yang menggantikan Peperiksaan Menengah Rendah (PMR) dan biasanya diadakan pada bulan Ogos (Ujian lisan) dan bulan Oktober (Ujian bertulis). Perhimpuanan Rasmi Mingguan yang diadakan pada hari Isnin dan dihadiri oleh pentadbir merupakan majlis yang sering menggunkan dewan ini sepagai tempat majlis. Dewan ini juga biasanya menjadi tempat majlis pelancaran program-program sekolah seperti Pelancaran Karnival Dakwah Islam, Pelancaran Pesta STEP, Pelancaran Program NILAM dan lain-lain.

Dilengkapi dengan pelbagai kemudahan, seperti pendingin hawa, kipas dinding, sistem siaraya yang baik, lampu pentas dan lain-lain menjadi faktor mengapa dewan ini dijadikan sebagai tempat utama dalam menjalankan aktiviti-aktiviti sekolah. Dewan ini pada mulanya tidak mempunyai pendingin hawa, tetapi telah ditambah pada tahun 2014 menggunakan dana Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) untuk keselesaan murid-murid dalam menggunakan dewan untuk menjawab peperiksaan.

  • Masjid Al-Qadisiah
Tuan Haji Tolhah Bin Ramli, Penolong Kanan Hal Ehwal Murid SEPINTAR memberikan cenderamata kenang-kenangan kepada Ustaz Hadi atas ceramah yang disampaikan di Masjid Al-Qadisiah pada 15 Mei 2016.

Merupakan pusat Islam bagi SEPINTAR. Masjid ini merupakan tempat utama dalam menjalankan program-program yang diurus dan diselia oleh Badan Dakwah dan Rohani (BADAR). Antara program yang diadakan ialah sesi tayangan, tazkirah, Renjer Khutbah dan lain-lain. Kadang-kala masjid ini juga digunakan untuk membuat perjumpaan yang melibatkan semua atau segelintir pelajar dan untuk kelas tambahan pada hari minggu (Sabtu atau Ahad). Masjid ini digunakan setiap hari oleh pelajar SEPINTAR untuk menunaikan solat secara berjemaah setiap waktu solat kerana mereka diwajibkan untuk solat berjemaah setiap waktu di masjid dan dilarang solat di kamar dan asrama. Masjid ini dibuka setiap hari untuk kunjungan orang ramai untuk menunaikan solat setiap hari Jumaat, bermula jam 1230 hingga 1800, dan pada hari Sabtu dan Ahad pada jam 1100 hingga 1800, tertakluk kepada makluman dan arahan daripada pihak sekolah.

  • Anjung Bestari

Merupakan tempat pelajar SEPINTAR menggunakan komputer yang disediakan untuk mencari maklumat menggunakan internet. Disediakan pada tahun 2014, Anjung Bestari mempunyai 10 buah komputer yang menggunakan sistem operasi (operating system) Microsoft Windows Versi 6.1. Pada awal perkhidmatannya, kesemua komputer di Anjung Bestari menggunakan sistem operasi Ubuntu, tetapi telah ditukar dan diubah sepenuhnya kepada sistem operasi yang diguna pakai sekarang. Terletak di aras 1 blok akademik SEPINTAR, dua kipas siling dan empat lampu jenis pendafluor disediakan bermula pada tahun 2015 untuk memnuhi keperluan dan keselesaan murid. Bermula pada tahun 2015 juga, lima buah loker simpanan komputer riba berkunci juga disediakan untuk memudahkan murid yang membawa komputer riba ke sekolah dengan lesen yang diberikan menyimpan komputer riba mereka. Terdapat 24 ruang penyimpanan komputer riba di sesebuah loker, menjadikan jumlah murid yang boleh menggunakan perkhidmatan tersebut ialah 120 murid. Bagi memudahkan pelajar, setiap ruang penyimpanan disediakan satu punca palam untuk digunakan sebagai tempat mengecas komputer riba mereka. Murid yang ingin menggunakan perkhidamatan ini perlu membayar sewa kepada pihak sekolah bergantung kepada tempoh penyewaan.

  • Kelas
Thaqeef, salah seorang peserta hafazan lelaki kategori menengah rendah bagi Pertandingan MTQ Peringkat Sekolah sedang ditasmik oleh Ustaz Hanif pada 17 Febuari 2016 di kelas 4 Jannatul Adnin.

Terdapat 19 kelas di SEPINTAR. 4 kelas bagi pelajar tingkatan 1, 3 kelas bagi pelajar tingkatan 2, 3 kelas bagi pelajar tingkatan 3, 4 kelas bagi pelajar tingkatan 4 dan 5 kelas bagi pelajar tingkatan 5. Di setiap kelas, disediakan 6 buah kipas siling, 9 lampu jenis pendafluor dan 6 punca plag bagi kemudahan dan keselesaan murid.

  • Studio Al-Jabbar

Merupakan bilik khas untuk melaksanakan apa-apa sesi P&P dan kelas tambahan PKKS. Diselia oleh Puan Marlina Binti Mat Napes. Di dalam bilik ini disediakan sebuah projektor dan sebuah pendingin hawa untuk keselesaan murid.

  • Bilik-bilik Khas
Puan Hajah Siti Aida Binti Ibrahim, Guru Penolong Kanan Bidang Pendidikan Islam sedang menyampaikan ucapan ketika Perhimpunan Bulanan April 2016 di Bilik Seminar pada 29 April 2016.

Terdapat dua jenis bilik khas yang disediakan di SEPINTAR. Bilik khas yang pertama merupakan bilik khas yang diguna pakai untuk urusan pentadbiran. Contoh bilik khas yang diguna pakai untuk urusan pentadbiran ialah bilik dokumentasi dan bilik unit peperiksaan. Bilik dokumentasi merupakan bilik yang menyimpan semua fail berkaitan dengan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) semua murid SEPINTAR. Manakala bilik unit peperiksaan pula merupakan tempat penyimpanan dan pengurusan kertas-kertas soalan. Bilik ini kebiasaannya akan kelihatan sibuk pada hari peperiksaan lebih-lebih lagi ketika hari peperiksaan awam.

Jenis bilik khas kedua pula ialah bilik yang digunakan oleh murid untuk aktiviti pembelajarn dan pengajaran (P&P). Terdapat banyak bilik khas jenis ini yang disediakan di SEPINTAR. Contohnya ialah bilik matematik, makmal-makmal bahasa, bilik Pusat Akses Kendiri (PAK), bilik Alat Pandang Dengar (APD), Studio Al-Jabbar, makmal-makmal sains, bilik seminar, makmal STEP, Bilik Seminar Fathurrahman, bilik seni lukis, Bilik ICT dan bilik server.

Berikut ialah senarai-senarai bilik khas beserta keterangan, kemudahan disediakan dan penyelianya :

Senarai Bilik-bilik Khas
Nama Bilik Keterangan Kemudahan Disediakan Penyelia
Bilik Dokumentasi Tempat penyimpanan fail-fail PBS murid SEPINTAR. Rak-rak penyimpanan dan meja mesyuarat. Puan. Norazrina Bt. Mohd Safree
Bilik Unit Peperiksaan Tempat penyimpanan dan pengurusan kertas-kertas soalan peperiksaan. Loker-loker penyimpanan. Puan Hajah Siti Aida Binti Ibrahim.
Bilik Matematik Tempat murid mempelajari pelajaran matematik. Alat-alat pengajaran matematik untuk kegunaan para guru. (Belum ditentukan)
Bilik Pusat Akses Kendiri (PAK) Tempat murid mencari maklumat menggunakan komputer. 10 buah komputer. (Belum ditentukan)
Bilik Alat Pandang Dengar (APD) Tempat melaksanakan sesi P&P menggunakan projektor. Projektor dan dua buah pendingin hawa. (Diselia oleh pihak Pusat Sumber Sekolah (PSS))
Makmal Bahasa Bestari Tempat melaksanakan sesi P&P bahasa selain bahasa Jepun dan Perancis. Subjek lain juga dibenarkan melaksanakan P&P di sini. Kelas berpendingin hawa dan kamus- kamus bahasa Arab dan bahasa Inggeris. Puan Ruwaidah Bt. Abdul Jamil.
Makmal Bahasa Jepun Tempat melaksanakan sesi P&P Bahasa Jepun. Kamus-kamus Bahasa Jepun. (Belum ditentukan)
Makmal Bahasa Perancis Tempat melaksanakan sesi P&P Bahasa Perancis. Kamus-kamus Bahasa Perancis. (Belum ditentukan)
Makmal Tingkatan 3 Tempat melaksanakan sesi P&P dan eksperimen menurut silibus subjek Sains tingkatan 3. Alatan-alatan makmal. Puan Norazrina Bt Mohd Safree
Makmal Tingkatan 2 Tempat melaksanakan sesi P&P dan eksperimen menurut silibus subjek Sains tingkatan 2. Alatan-alatan makmal. (Belum ditentukan)
Makmal Tingkatan 1 Tempat melaksanakan sesi P&P dan eksperimen menurut silibus subjek Sains tingkatan 1. Alatan-alatan makmal. (Belum ditentukan)
Makmal Fizik Tempat melaksanakn sesi P&P dan eksperimen menurut silibus subjek Fizik tingkatan 4 dan 5. Alatan-alatan makmal. (Belum ditentukan)
Makmal Biologi Tempat melaksanakn sesi P&P dan eksperimen menurut silibus subjek biologi tingkatan 4 dan 5. Alatan-alatan makmal. (Belum ditentukan)
Makmal Kimia Tempat melaksanakn sesi P&P dan eksperimen menurut silibus subjek Kimia tingkatan 4 dan 5. Alatan-alatan makmal. (Belum ditentukan)
Makmal STEP Tempat murid mencari maklumat untuk melaksanakan aktiviti STEP dan juga merupakan bilik pergerakan pasukan R&D SEPINTAR. 9 buah komputer. Puan Kasmawati Binti Harun
Bilik Seminar Fathurrahman Pada awalnya dikenali sebagai Learning Centre (LC). Tempat melaksanakan sesi P&P dan kelas tambahan PKKS. Sebuah komputer dan tiga buah projektor. (Belum ditentukan)
Biilk Seni Lukis Tempat melaksanakan sesi P&P bagi subjek Pendidikan Seni Visual. Alatan-alatan dan bahan melukis. (Belum ditentukan)
Bilik ICT Tempat melaksanakan P&P yang menggunakan komputer. 39 buah Chrome Book dan projektor. Puan Siti Nur Aziah Bt. Md Khilfi
Bilik Server Tempat melaksanakan P&P yang menggunakan komputer. 30 buah komputer riba jenama Acer. (Belum ditentukan)

Aktiviti[sunting | sunting sumber]

  • 2016
  1. Pesta SEPINTAR Talent Enrichment Programme (STEP) Ke-2

Pada 25 Mei 2016, SEPINTAR telah melaksanakan Pesta SEPINTAR Talent Enrichment Programme (STEP) Ke-2 yang merupakan antara majlis berprestij SEPINTAR. Pesta ini merupakan pesta inovasi peringkat sekolah yang melibatkan semua murid tingkatan 5. Sebanyak 13 kumpulan yang terdiri daripada 69 murid lelaki tingkatan 5 dan 15 kumpulan yang terdiri daripada 83 murid perempuan tingkatan 5 telah menyertai pesta ini di bawah 3 bidang, iaitu bidang deskriptif, bidang sains dan inovasi dan bidang sains sosial. Sebanyak 2 kumpulan memilih bidang deskriptif, 12 kumpulan bagi bidang sains dan inovasi dan 14 kumpulan bagi bidang sains sosial. Pesta ini berlangsung dari jam 8.00 pagi hingga jam 4.30 petang dan bertempat di Dewan Al-Aqsa. Penyampaian hadiah kepada para pemenang dilaksanakan pada keesokan harinya juga di Dewan Al-Aqsa ketika perhimpunan pagi. Perasmi bagi pesta kali ini merupakan Prof. Madya Dr. Nor Azowa Binti Ibrahim, Timbalan Dekan Fakulti Sains Universiti Putra Malaysia (UPM) yang merupakan universiti angkat bagi SEPINTAR.

Untuk keputusan lengkap Pesta STEP 2016, sila klik link berikut : https://docs.google.com/spreadsheets/d/1_ZNICwDxWd8wDoXvG18RYXBbCqLFk1YieuqA2kIB9zE/edit?usp=sharing

Alamat[sunting | sunting sumber]

Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Rawang
Bandar Tasik Puteri
Selangor, Malaysia
Telefon = 0360928192
Fax = 0360917309

Pautan luar[sunting | sunting sumber]