Pergi ke kandungan

Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Tanah Merah

Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Tanah Merah (INTERA) (Jawi: ‏سكوله براسراما ڤنوه اينتڬراسي تانه ميره‎‎) merupakan sekolah berasrama penuh yang terletak di Jajahan Tanah Merah, Kelantan. SBPI Tanah Merah mula beroperasi pada tahun 2026 dan menjadi sekolah berasrama penuh yang ke-73 di Malaysia.[1]

Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Tanah Merah
سكوله براسراما ڤنوه اينتڬراسي تانه ميره
Lokasi
Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Tanah Merah yang terletak di Kelantan
Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Tanah Merah
Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Tanah Merah
Taman Manal Jaya 1, 17500 Tanah Merah, Kelantan Darul Naim
Malaysia
Koordinat5°48′27″U 102°07′08″T / 5.807530°U 102.118818°T / 5.807530; 102.118818
Maklumat
Nama lainINTERA
Jenis sekolahSekolah Berasrama Penuh (SBP)
sekolah kerajaan
MotoIntelek Takwa Mampan
Ditubuhkan2026
Autoriti pendidikanPPD Tanah Merah
BPSBP KPM
PengetuaTn. Hj. Mohd Faradin b. Ibrahim
Kelas ditawarkanSains Tulen Agama
Sains Tulen
Slogan1 Impian, 1 Tindakan, 1 Matlamat
GPK Pentadbiran dan AkademikEn. Hafizi bin Mohamad
Penolong Kanan Hal Ehwal MuridPn. Nor Azila bt. Zakaria

SBPI Tanah Merah terletak di bawah autoriti pendidikan melalui Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Tanah Merah.

Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Tanah Merah bermula perancangan dan pembinaannya pada tahun 2015 selepas Rancangan Malaysia ke-11 (RMKe-11).[2] Sekolah tersebut siap pada tahun 2025 dan telah bermulanya operasi pada tahun 2026 dengan lawatan oleh Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek sewaktu melihat perkembangan projek.[1]

  1. 1 2 MANZOR, ZULKIFLI (2025-03-28). "SBPI Tanah Merah dijangka beroperasi tahun 2026". Kosmo Digital. Dicapai pada 2026-08-14.
  2. ↑ "SBPI pertama Kelantan di Tanah Merah". www.klik.com.my. Berita Harian. 13 April 2025. Dicapai pada 2026-08-14 – melalui KLiK.{{cite web}}: CS1 maint: url-status (link)