Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Tun Abdul Razak
Koordinat: 3°34′N 103°23′E / 3.567°N 103.383°E
Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Tun Abdul Razak | |
---|---|
![]() | |
Lokasi | |
![]() Malaysia | |
Maklumat | |
Jenis sekolah | Sekolah Berasrama Penuh, Sekolah kerajaan |
Moto | Beyond Success |
Ditubuhkan | 4 Ogos 2003 |
Nombor sekolah | +6094101010 |
Kod sekolah | CRA5001 |
Pengetua | En. Mohd Asri bin Yusof |
GPK Pentadbiran dan Akademik | Tn. Hj. Shamwil bin Salleh |
Penolong Kanan Hal Ehwal Murid | En. Mohd Syamsul Izwan bin Mohd Ghazali |
Penolong Kanan Kokurikulum | En. Zulkifli Bin Ismail |
Faks | +6094101030 |
Laman sesawang | InSTAR[1] |
![]() |
Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Tun Abdul Razak (Inggeris: Tun Abdul Razak Integrated Boarding School, Singkatan: InSTAR) merupakan sebuah daripada 54 buah Sekolah Berasrama Penuh (SBP) di Malaysia. Sekolah ini terletak di Pulau Serai, Pekan, Pahang. Pada 2009, Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Tun Abdul Razak memiliki 197 pelajar lelaki dan 228 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 425 orang. Ia mempunyai seramai 58 orang guru.2009
Keluasan tapak sekolah ini yang terletak dalam kawasan DUN Peramu Jaya, Parlimen Pekan, kira-kira 15km dari bandar Pekan dan 35km dari bandar Kuantan ialah 38 ekar.
Moto sekolah ini ialah Beyond Success dan visi sekolah ialah Pendidikan Sepanjang Hayat.
Sejarah[sunting | sunting sumber]
InSTAR yang telah dibuka pada 4 Ogos 2003 dengan nama Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Pekan (SBPIP) hanya dihuni oleh para pelajar Tingkatan Satu yang diambil dari sekolah-sekolah yang berkelayakan.
Pengambilan para pelajar Tingkatan Empat pertama dimulakan pada tahun 2004.
Pada 23 Mei 2010, nama Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Pekan telah ditukar secara rasmi kepada Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Tun Abdul Razak dengan nama singkatan InSTAR (Intergrated Boarding School of Tun Abdul Razak). Sejak itu, InSTAR terus berkembang dan pernah mencapai muatan maksimum dengan enrolmen 560 orang pelajar, 62 orang guru dan 20 orang kakitangan sokongan.
Sistem akademik[sunting | sunting sumber]
Seperti Sekolah-sekolah Berasrama Penuh Integrasi di Malaysia yang lain, InSTAR mewajibkan para pelajar menengah rendah mengambil sebelas (11) mata pelajaran bagi Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3) termasuk subjek Bahasa Arab .
Bagi para pelajar menengah tinggi, mereka ditawarkan untuk meneruskan pembelajaran dalam salah satu aliran yang ditawarkan untuk Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) iaitu:
1. Sains Tulen menawarkan 9 subjek untuk SPM iaitu Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Sejarah, Matematik, Matematik Tambahan, Biologi, Fizik, Kimia, Pendidikan Agama Islam.
2. Sains Tulen Agama menawarkan 11 subjek untuk SPM iaitu Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Sejarah, Matematik, Matematik Tambahan, Biologi, Fizik, Kimia, Bahasa Arab Tinggi, Pendidikan Quran dan Sunnah Pendidikan Syariah Islamiyah.
Bahasa antarabangsa yang diperkenalkan di sekolah ini ialah Bahasa Arab dan Bahasa Perancis. Sekolah ini juga terlibat dalam program BCCC iaitu salah satu program pengantarabangsaan sekolah.
Senarai pengetua[sunting | sunting sumber]
Sejak beroperasi pada 4 Ogos 2003, InSTAR telah diterajui oleh beberapa orang pengetua seperti berikut:
Bil | Nama | Tahun Khidmat |
---|---|---|
1 | Tuan Haji Abas bin Abdul Rahman, AMP | 2003-2006 |
2 | Tuan Haji Mokhtar bin Abdullah, AMP, AMN, PKC | 2006-2008 |
3 | Tuan Haji Azhari bin Tauhid, SMP | 2008-2011 |
4 | Puan Lailatun Zalaliah bt Hussain | 2011-2014 |
5 | Tuan Haji Zaimi Abu Bakar | 2014-2016 |
6 | Encik Ahmad Zamri bin Md Isa | 2016-2018 |
7 | Encik Muhamad Yazid Bin Abdul Wahab | 2018-2021 |
8 | Encik Azaha bin Awang | 2021-kini |
Tuan Haji Azhari bin Tauhid telah menerajui InSTAR sejak 16 April 2008. Dalam Rancangan Jangka Panjang 2010-2015, visi sekolah ini telah diubah kepada "Menjadi Sekolah Berkesan Yang Bertaraf Dunia" yang disesuaikan dengan Visi Bahagian Sekolah Berasrama Penuh Dan Sekolah Kecemerlangan iaitu "Peneraju Pendidikan Bertaraf Dunia". Salah satu agenda terhadap pencapaian visi ini ialah pengemblengan seluruh tenaga ke arah pencapaian taraf "Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT)". Enam lampiran yang ditetapkan dalam SBT cuba dicapai melalui program-program dalam rancangan jangka panjang tersebut yang dihalusi dalam rancangan jangka pendek tahunan. Slogan 2011 "We come, We win, We lead" direalisasikan dalam pelbagai kejayaan di peringkat Kebangsaan dan Antarabangsa dalam pelbagai bidang terutamanya inovasi sains. Pada 1 Oktober 2011, Tuan Haji Azhari telah ditukarkan ke SEMSAS dan kini, InSTAR diterajui oleh Pn. Lailatun Zalaliah bt Hussain.
Pencapaian[sunting | sunting sumber]
- 16 Februari 2011: Timbalan Perdana Menteri Malaysia yang juga Menteri Pelajaran Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini mengumumkan InSTAR sebagai Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT).[1]
- 12 September 2011: Menerima Anugerah Tawaran Baru Kepada Pengetua dan Guru Besar Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) Pendidikan daripada Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pelajaran Malaysia
Ikrar pelajar[sunting | sunting sumber]
We,
The students of InSTAR,
Pledge to,
Strive for excellence,
Be well-disciplined,
Always respect teachers,
Cleanliness is our way of life,
Well-mannered we will always be,
Pursue knowledge,
Live life harmoniously.
Logo[sunting | sunting sumber]
-
Logo lama SBPIP (2004-2007)
-
Logo lama SBPIP (2007-2010)
Alamat[sunting | sunting sumber]
- Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Tun Abdul Razak
- Pulau Serai
- 26600, Pekan
- Pahang, Malaysia
- Telefon = 6094101010
- Faks = 6094101030
Rujukan[sunting | sunting sumber]
Pautan luar[sunting | sunting sumber]
- Alumni
- Channel Telegram https://t.me/SBPITAR