Sekolah Europeesche Lagere
Sekolah Europeesche Lagere (Belanda: Europeesche Lagere School , ELS) ialah sebuah sekolah rendah pada zaman penjajah Belanda di Indonesia. Sekolah ini menggunakan bahasa Belanda sebagai bahasa pengantarnya.
Pada awalnya, ELS hanya terbuka kepada warganegara Belanda di Hindia Belanda tetapi sejak tahun 1903, peluang untuk belajar di sekolah ini juga diberikan kepada orang-orang pribumi dan Tionghoa yang layak. Selepas beberapa tahun, pemerintah Belanda beranggapan bahawa hal ini jelas menjejaskan prestasi pendidikan di sekolah-sekolah Hollandsch-Inlandsche (HIS), dan persekolahan di HIS dihadkan semula kepada warganegara Belanda sahaja.
Sekolah yang khusus untuk warganegara pribumi kemudian dibuka pada tahun 1907. Pada tahun 1914, sekolah tersebut menggantikan namanya menjadi "Sekolah Hollandsch-Inlandsche (HIS), sementara Sekolah Hollandsch-Chineesche (HCS), sekolah bagi warganegara Tionghoa, dibuka pada tahun 1908.