Sekolah Jenis Kebangsaan (T) Ladang Kulai Besar

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Sekolah Jenis Kebangsaan (T) Ladang Kulai Besar
Jenis Sekolah jenis kebangsaan Tamil, Sekolah kerajaan
Kod sekolah JBD8004
Lokasi Ladang Kulai Besar 81000, Kulai,, Johor Darul Takzim,  Malaysia
Telefon 6076621486
Faks 6076621486


Sekolah Jenis Kebangsaan (T) Ladang Kulai Besar atau nama ringkasnya SJK(T) Ladang Kulai Besar, merupakan sebuah Sekolah jenis kebangsaan Tamil yang terletak di Ladang Kulai Besar.

Pada 2009, Sekolah Jenis Kebangsaan (T) Ladang Kulai Besar memiliki 627 pelajar lelaki dan 613 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 1240 orang. Ia mempunyai seramai 67 orang guru.2009

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Pada tahun 1951, sebuah bangunan berdekatan klinik Ladang dijadikan sekolah permulaan. Pada tahun 1953, pihak ladang membina sebuah bangunan. En.Subramaniam telah bertugas sebagai Guru Besar mulai 1951 hingga 1958 dengan jumlah murid 27 orang murid.

Pada tahun 1974, sebuah sekolah cawangan telah dibuka di Ladang Swee Lam. Cawangan ini ditutup selepas 10 tahun. Kemudian beberapa kemudahan tambahan telah dibina atas tanggungjawab En.Paul Raj. Seterusnya, En.Devasagayam mengambil alih tugasnya. Beliau berusaha meningkatkan jumlah bilik darjah kepada 3 bilik darjah pada tahun 1988. Pada tahun 16 Mei 1994, En.R.Ramasamy mula bertugas sebagai Guru Besar. Beberapa perubahan dan pelaksanaan telah dilakukan. Usaha menceriakan sekolah juga telah dijalankan.

Seterusnya, En.Devaraj Joseph mula berkhidmat pada 31 Jun 2000. Beberapa perubahan dan pelaksanaan telah dilakukan oleh beliau. Beliau juga telah membuat banyak perubahan dari segi pentadbiran dan juga kawasan sekolah. Beliau berjaya menubuhkan sebuah bangunan baru dengan 3 bilik yang digunakan sebagai bilik perpustakaan,bilik komputer,bilik makmal sains dan sebuah bilik darjah.

Pada 1 Januari 2004, En.G.Manoharan telah mengambil alih tugas En.Devaraj Joseph. 2 buah bangunan yang mengandungi 5 bilik darjah telah didirikan atas usaha beliau. Pada bulan Ogos, beliau bertukar ke SJK(T) Cantuman Chaah. Mulai Ogos 2004 sehingga bulan November 2005, En.R.Annamalai telah mengambil alih tugas dan menjalankan tugas sebagai Guru Besar. Beliau juga telah menjalankan tugas beliau sebagaimana bekas Guru Besar yang lain. Selepas beliau bersara kini, En.D.Munusamy telah mengambil alih jawatan sebagai Guru Besar yang akan meneruskan visi dan misi sekolah ke arah kecemerlangan sekolah.

Dengan usaha beliau sekolah telah mencapai peningkatan dalam bidang akademik, sejak tahun 2006. Beliau juga berusaha dalam pembinaan bangunan baru sejak mula bertugas di sekolah ini. Kini usaha beliau dapat dicerminkan dengan bangunan baru yang megah yang mengandungi 21 buah bilik darjah, bengkel kemahiran hidup, pejabat, bilik guru, bilik komputer, kantin dan sebagainya. Beliau juga sedang meneruskan perjuangan untuk pembinaan bangunan baru selanjutnya yang meliputi bilik mesyuarat, 24 bilik darjah, bilik PSS, bilik SPBT dan sebagainya.

Pada 18.12.2014, En.D.Munusamy telah bersara dan Pn. M. Saraswathi Vani mengambil alih jawatan Guru Besar mulai 19.12.2014 dan meneruskan perjuangan visi dan misi sekolah ke arah Pelan Induk Pembangunan Pendidikan Malaysia dan ke arah wawasan 2020.

Kini sekolah terdiri daripada 60 orang warga pendidik dan 5 orang anggota kakitangan sokongan. Seramai 909 orang murid menimba ilmu di sekolah ini. Sekolah ini juga terdiri daripada 31 kelas pembelajaran dan pengajaran dan 2 kelas khas yang terdiri daripada masalah pembelajaran (Pendidikan Khas).

Pencapaian[sunting | sunting sumber]

Alamat[sunting | sunting sumber]

Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil Ladang Kulai Besar
Zon 35, Persiaran Indahpura35,
81000, Kulaijaya
Johor, Malaysia
Telefon = 607 6841686
Fax =TIADA

Pautan luar[sunting | sunting sumber]