Sekolah Jenis Kebangsaan (C) Chi Sheng (2)

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Sekolah Jenis Kebangsaan (C) Chi Sheng (2)
JenisSekolah jenis kebangsaan Cina, Sekolah kerajaan
PengetuaPuan Lim Geik Hiang
Penolong Kanan Pentadbiran dan AkademikCik Lim Sou Fen
Penolong Kanan Hal Ehwal MuridEn. Cheah Weng Hui
Penolong Kanan KokurikulumEn. Lee Che Leong
Kod sekolahABC6096
Lokasi Malaysia Rantau Panjang 34140, Rantau Panjang,, Perak Darul Ridzwan, Malaysia
Telefon6058396149
Faks6058396149


Sekolah Jenis Kebangsaan (C) Chi Sheng (2) atau nama ringkasnya SJK(C) Chi Sheng (2), merupakan sebuah Sekolah jenis kebangsaan Cina yang terletak di Rantau Panjang.

Pada 2012, Sekolah Jenis Kebangsaan (C) Chi Sheng (2) memiliki 18 pelajar lelaki dan 7 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 25 orang. Ia mempunyai seramai 10 orang guru.2012

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Sekolah ini dibina pada tahun 1936, pada mulanya sekolah ini didirikan di sebidang tanah ladang getah di selatan pekan Rantau panjang, dengan berdinding papan dan berbumbung atap asli, kemudahan adalah sangat kekurangan. Sungguhpun dinamakan sekolah ini Sekolah Chi Sheng No.2, tetapi segala pentadbiran adalah persendirian , tidak ada berkaitan dengan sekolah Chi Sheng No.1, Selama Perak.

Pada masa itu, bilangan murid hanya lebih kurang 40 orang sahaja. Kemudian murid kian bertambah. Oleh itu, Lembaga Pengurus bercadang untuk mendirikan sebuah bangunan baru. Kerja pembangunan ini dipimpin oleh Encik Ng Cik Pak, Encik Lee Chee Seng, Encik Wong Ah Mook serta lain-lain anggota, juga dari kerjasama pemimpin masyarakat Selama Encik Wong Yong Hew J.P.MBE untuk memohon kepada kerajaan Negeri Perak supaya mendapat tapak sekolah iaitu tempat sekarang dengan keluasan 1a. Or. 23.6p. dan seterusnya meminta derma dari orang ramai supaya dapat mendirikan sekolah baru dengan secepat mungkin.

Kerjasama membina dimulakan pada tahun 1936, disiapkan pada tahun 1940. Bangunan ini ialah separuh kekal (semi Permenant) dan mempunyai tiga buah bilik darjah, dua bilik guru, sebuah dapur dan sebuah tandas. Pada tahun 1941, bangunan baru ini telah dirasmikan dan mula digunakan. Pada masa itu, bilangan murid adalah lebih kurang 100 orang dan dua kelas cantuman dijalankan, iaitu darjah satu hingga darjah empat, bilik tengah dijadikan pejabat. Terdapat dua orang guru sahaja. Pada akhir tahun 1941, peperangan kedua telah meletus, sekolah ini terpaksa dihentikan.

Pada tahun 1947, ahli-ahli Lembaga Pengurus bermesyuarat untuk memulakan sekolah dan Encik Lim Boon Lan telah dilantik sebagai Guru Besar pada masa itu, peraturan darjah adalah seperti dahulu, setelah habiskan empat tahun pelajaran, murid yang mampu melanjutkan pelajaran terpaksa ke sekolah Chi Sheng No. 1 Selama Perak untuk belajar.

Pada tahun 1949, Encik Lim Boon Lan telah meletak jawatan dan Encik Lim Yoke Wah dilantik menjadi guru besar. Sepanjang perkhidmatannya, beliau telah memohon mendirikan dua bilik guru dan meranjang membina sebuah gelanggang badminton di depan bilik guru. Ini disebabkan bilangan murid kian bertambah, bilangan guru turut bertambah dari tiga orang ke empat orang. Pada tahun 1958, Encik Lim Yoke Wah mengundur diri dan jawatannya dipegang oleh Encik Lee fatt Thiam. Semasa Encik Lee Fatt Thiam memegang jawatan guru besar, beliau telah memohon daripada Lembaga Pengurus sekolah untuk memasang elektrik dan paip air, seterusnya beliau terus memohon bantuan daripada kerajaan untuk membina padang bola keranjang serta pentasnya. Dengan ini, murid-murid dapat belajar dalam suasana yang nyaman.

Pada tahun 1966, oleh kerana murid-murid miskin tidak dapat melanjutkan pelajaran di Selama, maka sekolah ini pun mengadakan kelas darjah lima. Selepas itu, sekolah ini barulah menjadi sebuah sekolah yang lengkap. Bilangan murid bertambah melebihi 100 orang, guru pun bertambah menjadi lima orang. Pada tahun 1969, sebilangan ibu bapa berpindah ke tempat lain dan ini menyebabkan kekurangan murid setiap tahun. Walaubagaimanapun sekolah in telah mendapat sokongan daripada orang-orang Melayu dan India untuk mendaftar anak-anak mereka untuk belajar di sekolah ini dan Lembaga Pengurus sanggup membantu kemudahan-kemudahan mereka. Kini bilangan murid telah bertambah hingga 20 peratus.

Pada 1976, pihak sekolah telah memohon kepada Kementerian Pendidikan untuk memperbaiki bangunan serta memagar sekolah. Pada tahun 1979, pihak sekolah telah mendapat peruntukan sebanyak RM10,000.00 daripada Kerajaan Negeri Perak untuk menukar bumbung sekolah dan memperbaiki bangunan sekolah sahaja, manakala kerja memagar sekolah tidak dapat dilaksanakan.

Pada bulan Ogos 1980, pihak sekolah telah mendapat RM8,000.00 daripada Kementerian Pendidikan Pembangunan dan Perumahan yang diluluskan oleh Datuk Michael Chen untuk mendirikan sebuah bilik perpustakaan, kini menjadi pejabat sekolah. Pada tahun 1982, pihak sekolah telah mendapat peruntukan sebanyak RM8,000.00 daripada Kementerian Pendidikan untuk memperbaiki tandas. Pada tahun yang sama, pihak sekolah juga mendapat peruntukan sebanyak RM3,000.00 daripada ADUN Selama untuk memperbaiki bangunan sekolah serta menukar wayar eletrik keseluruhan dan memasang kipas angin.

Pada tahun 1989, Guru Besar Lee Fatt Thiam telah bersara dan jawatan Guru Besar telah disandang oleh Puan Chen Choon Mey. Semasa beliau ditugaskan di sekolah ini, Puan Chen Choon Mey juga memohon beberapa peruntukan termasuklah mengecat semula bangunan sekolah walaupun bukan keseluruhan.

Pada 16.12.1993, Puan Chen Choon Mey telah ditukarkan ke SJK (C) Hua Lian 2, Taiping Perak dan jawatan Guru Besar telah disandang oleh Encik Lee Hin Beng hingga 2008. Jawatan guru besar telah disandang oleh Puan Lim Geik Hiang hingga sekarang.

Pencapaian[sunting | sunting sumber]

Alamat[sunting | sunting sumber]

Sekolah Jenis Kebangsaan (C) Chi Sheng (2)
Rantau Panjang
34140, Rantau Panjang
Negeri Perak, Malaysia
Telefon = 6058396149
Fax = 6058396149

Pautan luar[sunting | sunting sumber]