Sekolah Jenis Kebangsaan (C) Chung Hwa, Sik

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Sekolah Jenis Kebangsaan (C) Chung Hwa
Lokasi
Sik, Kedah Darul Aman
 Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah Jenis Kebangsaan Cina, Sekolah kerajaan
Nombor sekolah044693657
Kod sekolahKBC8019
Guru besarLIM PEI KEOW
GPK Pentadbiran dan AkademikVOON YEN FONG
Penolong Kanan Hal Ehwal MuridCHANG POH WOON
Penolong Kanan KokurikulumTEOW JOO SHENG
Laman sesawang


Sekolah Jenis Kebangsaan (C) Chung Hwa atau nama ringkasnya SJKC Chung Hwa, merupakan sebuah Sekolah Jenis Kebangsaan Cina yang terletak di Kedah.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Sekolah ini ditubuhkan pada zaman sebelum perang, iaitu pada tahun 1923. Lokasinya ialah kawasan di hadapan masjid masa kini. Pada awalnya, sekolah ini diketuai oleh seorang guru, En. Khoo dengan belasan murid sahaja. Pada tahun 1941, sekolah ini terpaksa diberhentikan buat seketika akibat serangan Jepun ke atas Tanah Melayu.

Selepas penyerahan Jepun pada tahun 1945, sekolah dibuka semula. Pada tahun 1955, bekas pengerusi lembaga pengurus sekolah, En. Tan telah mendapat persetujuan daripada orang kenamaan Kangar, En. Saw untuk menyumbangkan tanah supaya dijadikan tapak sekolah. Atas budi dan jasa baik En. Saw, sekolah mempunyai bangunannya sendiri pada tahun 1956 (bilik darjah Tahun 5 & 6 dan pejabat guru serta asrama guru). Istiadat meletakkan batu asas sekolah disempurnakan oleh bekas Pegawai Daerah Syed Osman pada 24 Julai 1955.

Pada masa itu, hanya terdapat 2 orang guru dengan bilangan murid tidak melebihi 50 orang. Corak Pengajaran dan Pembelajaran (P&P) ialah Kelas Bercantum. Dengan bertambahnya bilangan murid pada tahun berikutnya, pada tahun 1960, 4 bilik darjah yang baru dibina, iaitu bilik darjah Tahun 1 – 4 sekarang.

Pencapaian[sunting | sunting sumber]

Alamat[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]