Sekolah Jenis Kebangsaan (C) Chung Sin

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Sekolah Jenis Kebangsaan (C) Chung Sin
Lokasi
 Malaysia 121-122 Jln Ketoyong, 35900, Tanjong Malim,, Perak Darul Ridzwan
Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah jenis kebangsaan Cina, Sekolah kerajaan
Nombor sekolah05-4481287
Kod sekolahABCA005
Faks-

Sekolah Jenis Kebangsaan (C) Chung Sin merupakan sebuah sekolah kebangsaan cina di Tanjung Malim, Malaysia.

Pada tahun 1914, Encik Chong Meng Tat membuka sebuah kelas tuisyen  percuma yang dinamakan Sekolah Chung Sin, Tanjong Malim. Bilangan murid dalam kelas itu kurang daripada 20 orang. Apabila Encik Chong Meng Tat pulang ke negeri China, Encik Looi Weng Tien dan Encik Chan Chee Nien telah meneruskan perjuangannya untuk membangun pendidikan sekolah Cina di Tanjong Malim. Tidak lama kemudian, tempat belajar tersebut telah dipindahkan ke bangunan kedai Guan Bee di Jalan Besar, Tanjong Malim.

Pada tahun 1919, bilangan murid telah bertambah menjadi 70 orang. Encik Thong Kit Pu menderma sebidang tanah iaitu di Lot 129, Jalan Ketoyong, Tanjong Malim. Encik Lee Yin pula menderma tanah Lot 12, di Sungai Empat dengan keluasan 7 ekar. Seorang lagi penderma yang tidak diketahui namanya telah  menderma tanah di Lot 1772, Kampong Lambak.

Pada tahun 1926, kepimpinan Encik Tan See Siew, Encik Tan Yeow, Encik Chan Loong Yee, Encik Looi Weng Tien, Encik Wong Pan Chin dan Encik Lee Ting Chow, sebuah bangunan yang mengandungi dua buah bilik darjah dan sebuah pejabat guru telah dibina. Encik Choo Kim Chee telah dilantik sebagai guru besar yang pertama.

Pada tahun 1932, tiga buah bilik darjah lagi telah dibina kerana bilangan murid telah bertambah. Pada tahun 1936, Lembaga pengelola sekolah telah membeli  sebidang tanah iaitu Lot 130 yang bersebelahan dengan sekolah. Di atas tanah tersebut terdapat sebuah rumah, rumah itu telah dijadikan sebagai asrama guru.

Pada tahun 1941, Jepun telah menyerang Malaya, Sekolah Chung Sin terpaksa ditutup kerana pada masa itu sekolah ini telah dijadikan sebagai pusat gerakan tentera Jepun. Guru besar Encik Choo Kim Chee telah dibunuh oleh tentera Jepun.

Pada tahun1945, Jepun telah menyerah kalah, Sekolah Chung Sin dibuka semula. Encik Lee Pak Piaw menjadi pengerusi lembaga pengelola sekolah. Encik Dai Sung Ru menjadi guru besar yang kedua. Pada tahun 1949 sekolah ini telah mempunyai empat belas buah bilik darjah dengan bilangan murid seramai enam ratus orang.

Encik Chen Lang Ping telah menjadi guru besar yang ketiga dari 1947 hingga 1948. Encik Li Wei telah menjadi guru besar yang keempat pada tahun 1948. Encik Dai Song Ru dilantik semula menjadi guru besar yang kelima dari 1948 hingga 1952.

Pada tahun 1953, Encik Tan Cheow menjadi guru besar keenam. Encik Tan Yoke Lian menjadi pengerusi lembaga pengelola. Pada tahun  ini juga lembaga pengelola sekolah telah membina empat buah bilik darjah.

Pada tahun 1956, bilangan murid semakin bertambah. Bilik darjah yang sedia ada tidak dapat menampung murid yang semakin ramai. Pihak sekolah terpaksa meminjam dewan Persatuan Eng Choon dan dewan persatuan Kheh untuk dijadikan bilik darjah sementara.

Pada tahun 1958, sebuah bangunan dua tingkat yang mengandungi sepuluh buah bilik darjah, sebuah bilik pergigian dan sebuah pejabat telah dibina.

Pada tahun 1962,  sekolah ini telah  menurut arahan Kementerian Pelajaran Malaysia menukarkan namanya kepada Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Cina Chung Sin (SRJK C Chung SIN).

Pada tahun 1976, sekolah ini dibawah pimpinan guru besar yang ketujuh Encik Huang Bing Kun dan lembaga pengelola sekolah, lima buah bilik darjah, sebuah bilik sains dan sebuah bilik perpustakaan telah dibina.

Pada tahun 1979, Encik Loong Yok Ming dilantik untuk menjadi guru besar yang kelapan. Encik Tai Kim Ying dilantik menjadi guru besar ke sembilan. Encik Chiap Tart dilantik menjadi guru besar ke sepuluh. Encik Chan Poh Hoong dilantik sebagai guru besar yang ke sebelas. Puan Goh Thuan telah dilantik sebagai guru besar yang ke duabelas Beliau telah bersara pada 13 Desember 2004. Encik Wong Wan Chun telah dilantik menjadi guru besar yang ke tigabelas.

Pada tahun 2005, majlis sambutan ulang tahun yang ke 91 telah diadakan. Majlis ini diadakan untuk mencari dana untuk pembinaan bangunan empat tingkat. Bangunan ini telah dibina dengan kos RM1500000. Semua sumbangan adalah daripada masyarakat tempatan. Pada tahun ini sekolah juga pecah rekod kerana terdapat dua belas orang murid yang mendapat 7A dalam Ujian Penilaian Sekolah Renda darjah.h (UPSR).

Encik Hui Leong Kan telah dilantik menjadi guru besar yang keempatbelas dari 2005 hingga 2010. Encik Ho Siew Koon telah dilantik menjadi guru besar kelimabelas. Encik Choo Heng Foo telah dilantik menjadi guru besar yang keenambelas pada tahun 2011.

Pada tahun 2014, majlis sambutan ulang tahun ke 100 telah diadakan. Lembaga pengelola sekolah telah menaiktarafkan semua bilik darjah dengan smart board dan komputer. Penaiftarafan ini adalah sepadan dengan hasrat PPPM yang menuju kearah pembelajaran abad ke 21. Kini, murid dapat belajar di bilik darjah yang kondusif. Semua nama-nama penderma telah  dilekatkan di setiap bilik darjah supaya murid-murid dapat mengenang jasa mereka.

Pada tahun 16 Februari 2016, Puan Piong Yee Hsiang telah dilantik menjadi guru besar ketujuhbelas. Beliau telah bertugas sebagai guru besar di lima buah sekolah selama sembilan tahun.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Pencapaian[sunting | sunting sumber]

Alamat[sunting | sunting sumber]

Sekolah Jenis Kebangsaan (C) Chung Sin
121-122 Jln Ketoyong
35900, Tanjong Malim
Negeri Perak, Malaysia
Telefon = 05-4481287
Fax = -

Pautan luar[sunting | sunting sumber]