Sekolah Jenis Kebangsaan (C) Convent Datuk Keramat

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Sekolah Jenis Kebangsaan (C) Convent Datuk Keramat
Lokasi
 Malaysia 421, Jalan Datuk Keramat, 10150, Georgetown,, Mutiara Timur
Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah jenis kebangsaan Cina, Sekolah kerajaan
MotoTulus Dengan Fadilat, Azam Dengan Bakti
Nombor sekolah604-2272502
Kod sekolahPBC1053
Faks604-2263494


Sekolah Jenis Kebangsaan (C) Convent Datuk Keramat atau nama ringkasnya SJK(C) Convent Datuk Keramat, merupakan sebuah Sekolah jenis kebangsaan Cina yang terletak di 421, Jalan Datuk Keramat.

Pada 2009, Sekolah Jenis Kebangsaan (C) Convent Datuk Keramat memiliki 0 pelajar lelaki dan 738 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 738 orang. Ia mempunyai seramai 40 orang guru.2009

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Sekolah Convent Datuk Keramat ditubuhkan pada tahun 1935 oleh seorang mubaligh Katholik yang bernama Rev. Mother Tarcisius dengan nama asalnya Sekolah Convent Cina. 

Sekolah ini beroperasi dengan menggunakan rumahpapan dan mempunyai seramai 12 orang murid yang terdiri daripada murid lelaki 

dan perempuan di peringkat awalnya. Bilangan ini meningkat menjadi 75 orang 6 bulan kemudian. Murid-murid tersebut belajar dalam tiga buah kelas di bawah bimbingan Sister St. Henry, Sister St. Angnes dan Madam Chong Chee Cheng. 

Pada tahun 1938, sekolah ini dipindahkan ke sebuah bangunan yang lebih besar di No. 421, Jalan Datuk Keramat. Seramai 300 orang murid diterima untuk menimba ilmu di sekolah ini. Sister St. Rose 

SJK (C) Convent Datuk Keramat
Pandangan hadapan sekolah rendah Sekolah Jenis Kebangsaan (C) Convent Datuk Keramat. Sekolah rendah berada di bahagian depan padang di sebelah kanan foto ini. Sekolah menengah SMJK Convent Datuk Keramat juga boleh dilihat in bahagian kiri

dilantik sebagai guru besar pertamanya. 14 buah bilik darjah telah dibina untuk menampung murid yang semakin bertambah. 

Pada zaman pemerintahan Jepun, Sekolah Convent Cina digunakan sebagai pejabat operasi tentera Jepun. Selepas berakhirnya penjajahan 

Jepun, hanya murid perempuan yang diterima untuk belajar di sekolah 

ini. Pada tahun 1951, Sister Pierre menggantikan Sister Rose sebagai guru besar yang baru. 2 tahun kemudian, 12 buah bilik darjah yang baru telah didirikan untuk membolehkan murid-murid tahun enam 

melanjutkan pelajaran ke peringkat sekolah menengah. 

Pada tahun 1957, sekolah ini menjadi sekolah bantuan modal kerajaan dan secara rasminya, sekolah ini telah diasingkan kepada Sekolah Menengah Convent Datuk Keramat dan Sekolah Rendah Convent Datuk Keramat. Pada tahun 1960, bangunan sekolah telah dilengkapi dengan dewan, makmal sains, bilik guru, bilik lukisan dan 2 buah bilik darjah yang baru. Pada tahun 1975 pula, bangunan lama telah dirobohkan dan digantikan dengan bangunan baru yang bertingkat dua. Setahun kemudian, sebuah bangunan baru yang bertingkat tiga telah didirikan memandangkan bangunan sedia ada masih tidak cukup untuk 

menampung bilangan pelajar yang semakin meningkat. Bangunan baru itu dirasmikan oleh Timbalan Menteri Pendidikan pada masa itu, iaitu Yang Berhormat En. Chan Siang Sun JSM, JP pada 3 Julai 1976. 

Alamat[sunting | sunting sumber]

Sekolah Jenis Kebangsaan (C) Convent Datuk Keramat
421, Jalan Datuk Keramat
10150, Georgetown
Pulau Pinang, Malaysia
Telefon = 604-2272502
Fax = 604-2263494

Pautan luar[sunting | sunting sumber]