Sekolah Jenis Kebangsaan (C) Jabor Kemaman

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Sekolah Jenis Kebangsaan (C) Jabor Kemaman
JenisSekolah jenis kebangsaan Cina, Sekolah kerajaan
Guru BesarNg Sok Pui
Penolong Kanan Pentadbiran dan AkademikLeau Yen Ping
Penolong Kanan Hal Ehwal MuridTeo Boon Ching
Penolong Kanan KokurikulumAhmad Ikhwan Che Rahim
Kod sekolahTBC2029
Lokasi Malaysia Via Kuantan, Kuantan, Malaysia Kuantan, Terengganu Darul Iman, Malaysia
Telefon6095513416
FaksTIADA


Sekolah Jenis Kebangsaan (C) Jabor Kemaman merupakan sebuah Sekolah Jenis Kebangsaan Cina yang terletak di Via Kuantan , Kuantan , Terengganu Darul Iman, Malaysia.

Pada 2009, Sekolah Jenis Kebangsaan (C) Jabor Kemaman memiliki 6 pelajar lelaki dan 8 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 14 orang. Ia mempunyai seramai 5 orang guru.2009

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Nama “Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan (China) Jabor “ 雅姆新村学校 ” adalah diilhamkan oleh pengasas sekolah Encik Phua Ah Kee berdasarkan kedudukan sekolah di Kampung Cina Jabor pada tahun 1951 sebelum merdeka.

Sekolah ini telah ditubuhkan pada tahun 1951 di atas sebidang tanah seluas 1 ekar yang telah dipinjamkan oleh Encik Phua Ah Kee, tuan punya ladang. Bangunan sekolah pertama yang berharga $9000.00 telah dibina dengan bantuan kerajaan, Malaysia Chinese Association (MCA) dan derma daripada penduduk setempat. Sekolah ini hanya mempunyai lebih kurang 30 orang murid.

Pada tahun 1961, sekolah ini mendapat bantuan penuh dari kerajaan dan operasi sekolah mula berjalan lancar. Pada tahun 1964, sekolah ini mendapat peruntukkan kerajaan sebanyak $7000.00 untuk membina pagar, mendirikan tandas berpam, membeli pam air dan memasang paip air.

Pada tahun 1965, murid di sekolah ini adalah melebihi 100 orang, kerajaan sekali lagi menyalurkan bantuan sebanyak $7000.00 untuk membina 2 bilik darjah. Jumlah bilik darjah yang ada pada tahun 1965 adalah 6 bilik darjah.

Pihak sekolah telah menubuhkan Persatuan Ibu Bapa dan Guru pada tahun 1973. Pada tahun 70-an, Encik Phua Xian Kee telah menjual ladang beliau dan tapak sekolah kepada Ladang Guthrie Holding Berhad. Ekoran daripada itu, ramai penduduk telah berpindah ke Kuantan dan menyebabkan bilangan murid di sekolah ini turun secara mendadak.

Alamat[sunting | sunting sumber]

Sekolah Jenis Kebangsaan (C) Jabor Kemaman
Via Kuantan , Kuantan , Terengganu Darul Iman, Malaysia
Telefon = 6095513416
Fax = TIADA

Rujukan[sunting | sunting sumber]


Pautan luar[sunting | sunting sumber]