Sekolah Jenis Kebangsaan (C) Khe Beng

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Sekolah Jenis Kebangsaan (C) Khe Beng
Lokasi
 Malaysia Batu 8, Jalan Bukit Kemuning, KLANG, Selangor
Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah Jenis Kebangsaan, Sekolah kerajaan
Nombor sekolah351211318
Kod sekolahBBC0046
Faks351211318


Sekolah Jenis Kebangsaan (C) Khe Beng atau nama ringkasnya SJK (C) Khe Beng, merupakan sebuah Sekolah Jenis Kebangsaan yang terletak di Batu 8, Jalan Bukit Kemuning.

Pada 2009, Sekolah Jenis Kebangsaan (C) Khe Beng memiliki 710 pelajar lelaki dan 660 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 1370 orang. Ia mempunyai seramai 62 orang guru.2009

Sejarah[sunting | sunting sumber]

SJK(C) KHE BENG pada mulanya merupakan sebuah sekolah pondok yang ditubuhkan pada awal tahun 1929. Pada masa itu, hanya ada dua orang guru dan 20 orang murid. Pertubuhan sekolah ini adalah atas usaha beberapa orang tempatan.

Sekolah Persendirian Khe Beng nama asas sekolah ini pernah ditutup pada tahun 1941 waktu pemerintahan tentera Jepun dan pada tahun 1949 waktu darurat. Ia ditubuh semula pada tahun 1959 dan diberi nama Sekolah Rendah Jenis Standard (China) Khe Beng. Pengerusi Lembaga sekolah pada masa itu ialah Encik Ng Huai Tiong dan Guru Besarnya ialah Encik Chew Kok Tong. Pada tahun 1962, pelajaran rendah percuma untuk semua kanak-kanak dimulakan. Sekolah ini ditukarkan nama kepada SRJK(C) Khe Beng. Pegerusi Lembaga Sekolah pada masa itu ialah Encik Ng Kim Beng. Beliau telah berbakti kepada sekolah ini selama 25 tahun.

Pada tahun 80an, pembangunan pesat di Bandar Shah Alam dan Hicom menyebabkan enrolmen murid bertambah dari seratus ke tiga ratus ke atas. Pada 7 hb Oktober 1982, Lembaga Sekolah bermesyuarat mencari jalan untuk mengatasi masalah kekurangan bilik darjah. Satu Jawatan Kuasa Pembinaan Sekolah ditubuhkan. Encik Ng Kim Beng menderma ½ ekar tanah untuk tapak pembinaan bangunan sekolah. Pengerusi Jawatan Kuasa Pembinaan Sekolah Encik Ng Tiong Seng menderma RM50,000 dan kempen kutipan derma sebanyak RM500,000 diadakan. Tujuan kempen ini ialah untuk membina sebuah dewan serbaguna dan sebuah bangunan 3 tingkat serta bilik pejabat.

Dua bangunan 3 tingkat siap dibina pada tahun 1985 dan tahun 1987. Timbalan Menteri Pendidikan Encik Ng Cheng Kiat merasmikan bangunan sekolah tersebut. Beliau merupakan bekas murid sekolah ini.

Pada tahun 1986, Guru Besar Encik Chew Kok Tong bersara, tempatnya diambil alih oleh Encik Eng Lian Keat. Oleh kerana kekurangan bilik darjah, projek pembinaan sekolah peringkat ke 2 dilancarkan. Selepas setahun Encik Eng Lian Keat dinaik pangkat, Encik Wong Kuan Feng mengganti tempatnya. Oleh kerana sekolah ini dikategori ke jenis B, Encik Wong ditukarkan ke sekolah lain. Encik Ng boon Chuan menjadi pemangku Guru Besar. Ketika itu, segala kemudahan sekolah diperlengkapkan. Pada bulan Jun, Encik Shin Yuk Thong dilantik ke sekolah ini. Enrolmen murid pada masa itu sudah mencapai 600 ke atas.

Pada tahun 1990, bilangan murid dari Shah Alam bertambah secara mendadak menyebabkan bilik darjah yang sedia ada tidak mencukupi. Dalam jangka masa yang pendek, dewan digunakan sebagai bilik darjah sementara. Pada awal tahun 1992, Jawatan kuasa Pembinaan Sekolah sekali lagi berusaha mengutip derma untuk membina sebuah bangunan 4 tingkat. Dengan kerjasama daripada semua pihak, wang sebanyak RM300,000 dapat dikutip melalui tajaan Nan Yang Siang Pau. Para penjaja Taman Sri Muda berjaya mengutip derma sebanyak RM30,000 dengan jualan barangan mereka. Mendiang Encik Ng Kuai Tiong menderma wang simpanannya. Retoran Yee Kee (Shah Alam) Sdn Bhd berjaya mengumpul RM50,000. Selain daripada itu, Pengerusi Jawatan Kuasa Pembinaan Sekolah Encik Ng Tiong Seng mengetuai rombongan berjumpa dengan Timbalan Menteri Pendidikan Encik Fong Chan Onn berjaya mendapat peruntukan sebanyak RM50,000.

Pada awal bulan April 1993, projek pembinaan sekolah peringkat ke 3 dilancarkan. Dalam bangunan ini terdapat sebuah kantin, sebuah bilik pusat sumber, sebuah bilik komputer dan 6 buah bilik darjah. Oleh kerana pembinaan bangunan sekolah memerlukan perbelanjaan sebanyak RM500,000, maka kempen mengutip derma diteruskan bagi menambahkan kelengkapan dalam bangunan.

Pada bulan Mei 1994, Menteri Tenaga dan Pos, Datuk Samy Vellu melawat ke sekolah ini dan memberi peruntukan sebanyak RM30,000.

Pada 9 hb September 1994, Timbalan Menteri Pendidikan Encik Fong Chan Onn dijemput untuk merasmikan bangunan 4 tingkat itu. Pada tahun 1994, sekolah ini dikategori ke jenis A dengan bilangan murid seramai 1200 orang. Guru Besar Pada masa itu ialah Encik Ting Chan Bing. Tapak sekolah seluas 0.98 ekar telah digunakan dengan sepenuhnya.

Guru besar Encik Ting Chan Bing telah bersara pada tahun 1996 dan digantikan oleh Guru Besar Pn. Quah Siew Jong. Bilangan murid yang semakin bertambah telah meyebabkan kekurangan bilik darjah lagi. Pada tahun 1998 Lembaga sekolah telah memperluaskan dewan sekolah yang sedia ada dan membina tiga buah bilik darjah. Projek ini telah disiapkan pada tahun 1999.

Guru Besar Pn. Quah Siew Jong telah bersara pada bulan Feb 2004 dan digantikan oleh Guru Besar Pn. Hong Leong Mooi yang melaporkan diri pada 16 Mac 2004. Pn. Hong telah memperolehi sokongan yang sepenuhnya dari 3 badan sekolah dan berjaya mengadakan sambutan Ulang Tahun Sekolah yang ke 75 pada 31.10.2004 serta menganjurkan Hari Kantin pada 29.10.2006 untuk mendapat dana mengecat bangunan sekolah di samping menaiktaraf infrastruktur dan kemudahan sekolah demi kebajikan murid.

Pada tahun 2005, pihak sekolah mendapat peruntukkan sebanyak RM 20 000.00 daripada Kementerian Pelajaran Malaysia untuk menaiktaraf bekalan elektrik sekolah dan bantuan modal sebanyak RM 100 000.00 pada April tahun 2009 untuk membaiki pagar sekolah, lantai dan pintu bilik darjah.

Di bawah kepimpinan Guru Besar Pn. Hong Leong Mooi, pihak sekolah telah mewujudkan sekolah penyayang dan menggalakkan perkembangan ke atas bakat murid sehingga sekolah memperolehi banyak pencapaian yang cemerlang di peringkat daerah, negeri dan kebangsaan.

Pada 7.11.2009, dengan kerjasama Lembaga Pengurus, PIBG dan Persatuan Bekas Murid sekolah, sambutan Ulang Tahun Sekolah Ke 80 telah berjaya diadakan dengan kehadiran tetamu khas undangan Yang Berhormat Menteri Kesihatan Malaysia iaitu Dato’ Seri Liow Tiong Lai, SSAP,DIMP, SMP sebagai perasmi majlis. Beliau telah mengumumkan peruntukkan sebanyak RM 50 000.00 sebagai dana tambahan untuk menaiktarf bilik guru, dewan dan keliling kawasan sekolah.

Pada hari pembukaan sekolah 2011, dengan sokongan sekolah, Lembaga Pengurus, PIBG dan Persatuan Bekas Murid, sekolah menuju ke arah pengajaran dan pembelajaran dalam ICT dengan wujudnya kelas-kelas digital yang dilancarkan secara luas ke semua bilik darjah dan mengamalkan sistem pengurusan sekolah yang berbentuk rangkaian, membawa sekolah ke era baru yang memberi manfaat kepada murid-murid dan sekolah.

Pada awal tahun 2011, Guru Besar Pn. Hong Leong Mooi telah ditukarkan ke SJK(C) Desa Jaya 2, Bandar Sri Damansara dan diganti oleh Guru Besar Cik Yong Fong Leng, AMN, PJK. Cik Yong akan bekerjasama dengan Lembaga Pengurus Sekolah dan PIBG untuk pelaksanaan projek permohonan tapak baru dan membina bangunan baru.

Pencapaian[sunting | sunting sumber]

Alamat[sunting | sunting sumber]

Sekolah Jenis Kebangsaan (C) Khe Beng
Batu 8, Jalan Bukit Kemuning
Selangor, Malaysia
Telefon = 351211318
Fax = 351211318

Pautan luar[sunting | sunting sumber]