Sekolah Jenis Kebangsaan (C) Kubang Semang

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Sekolah Jenis Kebangsaan (C) Kubang Semang
Lokasi
 Malaysia Kubang Semang, 14400, Bukit Mertajam,, Mutiara Timur
Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah jenis kebangsaan Cina, Sekolah kerajaan
Nombor sekolah6045211841
Kod sekolahPBC0023
Faks6045211841


Sekolah Jenis Kebangsaan (C) Kubang Semang atau nama ringkasnya SJK(C) Kubang Semang, merupakan sebuah Sekolah jenis kebangsaan Cina yang terletak di Kubang Semang.

Pada 2009, Sekolah Jenis Kebangsaan (C) Kubang Semang memiliki 120 pelajar lelaki dan 115 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 235 orang. Ia mempunyai seramai 24 orang guru.2009

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Sekolah Cina Seberang Laut ini ditubuhkan pada tahun 1921 dengan nama asalnya Sekolah Nam Hwa. Pengajaran dan pembelajaran bermula dengan 30 orang murid di bawah penyeliaan seorang Guru Besar di dalam sebuah bilik darjah yang usang. Pengurusan sekolah berjalan dengan lancar dan teguh sehingga pemerintahan Jepun. Sekolah terpaksa ditutup. Apabila British kembali memerintah Malaya, sekolah ini dibuka semula pada tahun 1957. Guru Besar pada masa itu ialah Encik Ooi Cheng Keat.

Pada 1957, satu pertunjukan "A Dollar for Disc" telah diadakan dengan tujuan mengumpul wang tabung untuk pembangunan sekolah. Jumlah wang yang dikutip sangatlah sedikit maka wang ini telah digunakan untuk membeli sebuah piano.

Sekolah ini mendapat bantuan penuh daripada kerajaan pada tahun 1958 dan diuruskan dengan baik. Pada tahun 1959, hanya terdapat 5 bilik darjah sahaja untuk 388 murid. Oleh yang demikian, sesi pagi dan petang telah diadakan.

Pada awal tahun 1959, Lembaga Pengurus telah membeli sebidang tanah yang seluas 8 ekar. Di atas tanah ini telah dibina sebuah dewan perhimpunan, sebuah kantin, sebuah pejabat dan 12 bilik darjah yang berharga 100 000 ringgit. Dalam tahun 1960, jumlah bilik darjah telah bertambah menjadi 12 dengan 450 orang murid.

Satu Pesta Makan dan Hiburan telah diadakan dalam tahun 1960 untuk mengutip wang bagi tabung pembangunan sekolah. Sekolah ini telah dipindah dari bangunan lama ke bangunan baru dalam pertengahan tahun 1960. Pembukaan rasmi bangunan sekolah baru itu telah diisytiharkan oleh Y.A.B. Ketua Menteri Pulau Pinang, Dato Wang Paow Nee. Pembukaan rasmi sekolah itu telah diadakan sempena hari ulang tahun sekolah iaitu 11 November 1960.

Pada tahun 1962, di bawah arahan Kementerian Pelajaran Malaysia, nama Sekolah China Seberang Laut telah ditukar kepada SRJK (C) KUBANG SEMANG. Bilangan murid telah bertambah dari tahun ke tahun sehingga 520 orang di bawah pimpinan Guru Besar Encik Wong Chong Wang.

Pada rahun 1985, sebuah bilik khas telah dibina untuk dijadikan sebagai perpustakaan. Perbelanjaan ialah RM35,000.00.

Pada tahun 1994, Jawatankuasa Jemaah Pengurus Sekolah dengan bantuan Persatuan Murid Tua, persatuan PIBG dan AJK Penyokong telah membuat keputusan untuk menambahbaikkan infrastruktur sekolah yang telah usang.

Pada tahun 1998, satu blok yang bertingkat dua dengan sebanyak 12 kelas telah dibina untuk menggantikan blok lama. Bili Perpustakaan, Bilik Pusat Sumber Sekolah dan Bilik Komputer juga dibina. Keadaan kantin juga dipertingkatkan. Perbelanjaan sebanyak RM500,000 telah digunakan untuk projek ini.

Pada tahun 2005, SJK (C) Kubang Semang mempunyai 12 kelas yang mencukupi untuk menampung seramai 288 orang murid. Bilik khas seperti Bilik Kesihatan, Bilik BOSS, Bilik Sains, Bilik Kemahiran Hidup, Bilik Pemulihan, Bilik Muzik dan Bilik Agama telah disediakan. Bilangan guru pada masa itu adalah seramai 21 orang manakala bilangan kakitangan sekolah ialah 6 orang.

Pada tahun yang sama juga, pihak sekolah mendapat bantuan kewangan khas sebanyak RM90,000 daripada Kementerian Pelajaran Malaysia untuk memperbaiki bangunan-bangunan dan bilik-bilik yang diserang oleh anai-anai. Projek ini dilaksanakan oleh JKR Daerah Seberang Perai Tengah. Dalam projek ini, bumbung dewan telah diperbaharui, 8 buah dinding papan (termasuk 6 dinding papan kelas dan pejabat) telah ditukar kepada dinding batu. Ubat anai-anai telah dibubuh di sekeliling kawasan sekolah. Siling rosak telah ditukarkan. Projek ini dilaksanakan dalam bulan Disember dan siap pada awal bulan Januari (2.1.2006) tahun 2006.

Pada tahun2006, sekolah telah dilengkapi dengan sistem P.A yang dibantu oleh ADUN Penanti, Dato Jalil. Pejabat, Bilik Guru Besar dan Bilik Guru telah dilengkapi dengan pemasangan pendingin udara dengan bantuan Jemaah Pengurus Sekolah. Sistem Alarm sekolah diderma oleh Encik Heng Yau Nan, selaku Pengerusi Jemaah Pengurus Sekolah.

Murid didapati semakin berkurangan sejak tahun 2007 akibat pemindahan kawasan perumahan di Kubang Semang ke Bukit Mertajam dan Lunas. Projek perumahan masih tergendala. Oleh itu, bilangan murid hanya 279 orang sahaja. Sehingga tahun 2011, bilangan murid tinggal 220 orang sahaja.

Pencapaian[sunting | sunting sumber]

Alamat[sunting | sunting sumber]

Sekolah Jenis Kebangsaan (C) Kubang Semang
Kubang Semang
14400, Bukit Mertajam
Pulau Pinang, Malaysia
Telefon = 6045211841
Fax = 6045211841

Pautan luar[sunting | sunting sumber]